Practice make perfect..
Betul ke macam tu??
Tapi kalau dah berkali-kali cuba still tak jadi jugak.. ada masa kita kena angkat bendera putih jugak. Ada la sebab kita tak boleh sukses tu.
Tapi jangan pulak ambik jalan mudah.. langsung tak mahu mencuba. Mungkin jugak yang kat "satu" tu tak berhasil.. cuba pulak hat yang lain.
Insya'Allah minggu depan Ibu dah mula dengan tugas baru. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Ibu nanti ya..
So dengan sebab itu, hari ni Ibu brush-up semula skill lama. Apa lagi kalau bukan skill membungkus nasi lemak. Cuma kali ni bukan nasi lemak tapi mihun goreng. Agenda asal nak menghabiskan stok daun pisang. Yang tinggal pun, cukup-cukup laa untuk Cik Asben buat bungkus ikan bakar. Itu pun kalau dia "rajin".
Ini sebenarnya bekal kami untuk pergi berjuang malam ini. Tak laa jauh mana, cuma setakat kat Kedutaan Besar saja. Kami sekeluarga and few others janji nak main badminton malam ni.
Ibu tak main laa kali ni. Setakat nak menemankan anak-anak and Cik Asben saja. Nak dok umah sensorang.. macam tak best pulak.
Dan walaupun tak ramai mana yang join kali ni tapi alhamdulillah..
REZEKI...
Baru nak start diet, masuk sini nampak telur dadar tu...dah teringin hwaaaaa!
ReplyDeleteLW,
ReplyDeleteKut mcm tu, x yah ambik nasik.. ratah telur dadar jer.
Tak mudarat mana pun..