Beautiful Friends

Thursday, July 25, 2013

Jam Besar Kota Mekah..

Ramadhan Mubarak..
Begitu meriah kota Mekah menyambut bulan yang mulia ini. Ketika selesai sahaja azan maghrib berkumandang, maka terus jam besar ini bertukar wajah.

Terus segala jenis gadget dihalakan ke arahnya bagi merakamkan detik yang sungguh istimewa ini. Rugi pulak rasanya sebab Ibu tak sempat hendak merakamkan gelagat manusia pada ketika ini. Dari yang kecil hinggalah yang dewasa serta OTAI. Dari kamera yang canggih hinggalah ke talifon pintar. Semuanya ingin turut sama dalam detik istimewa ini.


Hari pertama berpuasa, kami berbuka puasa di masjid sahaja. Pada asalnya, kami (Omak sey and me) hanya berbuka puasa dengan berbekalkan sebotol air zam-zam dan beberapa biji buah kurma. Hajat di hati, lepas solat maghrib kami akan makan di luar. Tapi sayang pulak hendak melepaskan tempat solat. Knowing that that the moment you angkat ponggong, ramai lagi yang berebut nak tempat tu. Takut nanti tak ada tempat nak menyelit masa solat terawih nanti.

Tapi alhamdulillah, murah rezeki kami malam tu. Walaupun sekadar sebotol air zam-zam dan beberapa biji buah kurma, tapi akhirnya ramai pulak yang bersedekah pada malam tersebut. Omak sey pulak at last kenyang dek makan juadah yang disedekahkan oleh para jemaah.


Seriously, kenyang sampai selesai solat terawih..

Yang sebetulnya macam-macam juadah yang disedekahkan oleh para jemaah semasa menunggu solat terawih. And at last, plan kami hendak makan di luar kami batalkan sahaja. Ayah pun rupa-rupanya sama sahaja ceritanya. So at last, balik ke bilik.. tunggu waktu sahur di hotel sahajalah.

And, setakat ini dulu cerita Ibu untuk kali ni. Nak pi pasar pulak.

Wassalam..

Wednesday, July 24, 2013

It's ziarah time..


Banyak sungguh perubahan yang dilalui.

Jika ketika Ibu berziarah ke sini dua tahun yang lalu, tidak ada langsung deretan penjual yang menjual segala jenis buah tangan dan barang-barang keperluan harian. Kini tidak lagi, kaki lima yang dahulunya cukup senang untuk dilalui, kini penuh dengan hamparan serta meja yang berjual itu dan ini.

Ibu tak sempat la nak snap gambar sebab laluan tu dah jadi terlalu sempit dan sesak dengan orang yang berjual beli.

Antara sebab mengapa Masjid Qubah ini menjadi pilihan bagi setiap ziarah.. ini kerana, hadis riwayat Ibnu Majah mengatakan bahawa Rasullullah bersabda bahawa (in layman's term), sesiapa yang bersembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.. maka sama baginya mendapat pahala mengerjakan umrah.



Sama jugak semasa kami berziarah ke Bukit Uhud yang menempatkan kubur para Syuhada'. Masa kami berziarah ke sini, tidak lagi kelihatan kubur-kubur tersebut kerana semuanya telah ditutup dengan pelapik yang seakan-akan plastik tebal. Semua ini kerana kawasan tersebut juga sedang mengalami proses penambahbaikan. Jugak kelihatan sebuah bangunan sedang didirikan. Reason.. Ibu tak pasti la pulak.


Us, dua tahun yang lalu..

So, nampaknya bukan hanya kawasan yang berhampiran Masjidil Haram sahaja yang sedang pengalami proses penambahbaikan, bahkan kawasan-kawasan lain juga sama terlibat.


Seterusnya, kami dibawa pulak ke kawasan ladang kurma. Sesiapa yang nak shoping buah kurma dan yang sewaktu dengannya.. boleh la layan diri. Harga wise.. entah laa. Susah Ibu nak kata. Pada yang mampu, mungkin murah. Dan mungkin jugak sebaliknya.

Okey, habis idea dah. Nak sambung projek buat sepah kat dapur Omak sey pulak.

Wassalam.

Tuesday, July 23, 2013

Ayam kampong.. nunggu anak cucu balik bebuko samo-samo..


Ayam kampong owhhhh ayam kampong..

Sungguh pun liat, tapi itu jugak yang dicari. Nak kira harga pun, memang lebih la sikit dari ayam daging. Tapi kalau dah nak makan sedap tu ada masa kena keluar belanja la sikit. Dua ekor cecah sampai RM38.50, setel bayar.. siap ngan sembelih, salai dan siang sekali. Hajat di hati nak buat rendang dengan daun puding tapi sedikit malang pokok puding habis meranting la pulak so at last Omak sey gulai ngan serai sahaja.


Dah tu Ibu tambah pulak dengan 3 jenis lauk lain..


Ini lauk favorite Ayah sey ni. Ayah memang suka segala yang ber-sup. Jadi nak menyampaikan hajat.. Ibu pun buat la sup tauhu kelompong.


Yang ini untuk Bujang Sulong pulak. Kesihan ke Amsyar. Selama Ibu bepergian, belum sempat lagi nak masak as in "masak" untuk dia. Harap anak Ibu tak ada komplen lagi ya.


The greens..
Last but not least.. kacang buncis goreng dengan telur. Adik Ibu tak makan udang or sebarang seafood. So terpaksa ubah sikit la cara masak.

Sekian la dulu kisah lauk-pauk untuk iftar kami hari ni. Ada rezeki, esok lusa atau tulat kita fikir la lauk apa nak masak pulak.

Wassalam.

Baskin Robin lopeh terawih waghih...

Tekonang seminggu yang lopeh.

Sememang eh inilah aktiviti wajib tiap kali selosai solat terawih. Omak and Ayah sey memang tak ponah ngelat. Tughun jo dari mesojid memang semasing dah pasang niat dalam ati flavor yang nak dimintak.

Seminggu kek Mokah, seminggu jugak la Omak ngan Ayah sey dok mengkhatam segalo peghaso yang ado kek kodai Baskin Robin tu. Sampaikan budak yang kek kodai tu pun dah konal ngan muko sey.

Tuhan tu memang kayo.. kalau selamo ni Omak sey tak tahan makan bondo yang sojuk-sojuk (semanjang sakit bahu la lopeh tu), ini takdo la pulak do. Sodappppp jo semangkuk dilayan eh. Ayah sey pulak memang takdo problem. Sumo bondo dio OK.


Sebonar eh time kito oghang makan eskerim ni, oghang baghu balik terawih. Jadi darikan bepusu-pusu ngan oghang kek jalan tu, kita oghang pun duduk-duduk la dulu sementagho nunggu jalan tu ghodo sikit.


Pemandangan biaso tiap kali abih solat terawih


Dah tontu la Omak sey tu gear ghondah, jadi eh dah macam tu.. kono la banyak soba. Dio jalan pun dah selow. So daghi sey angin dek kono siku dek oghang kiri kanan.. elok la sey ambik angin dulu.

By the time abih semangkuk eskerim, oghang pun dah ghodo. Jalan pun dah clear sikit. Toruih boli bokal untuk sahur pulak.

Sok sok kito sambung cito laei yo.

Wassalam..

Wednesday, July 17, 2013

Rindunya hati ini kepada mu Ya Rasulullah..

Assalamualaikum all,

Hari kedua.. aktiviti kami dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Ini kerana pada jam 9.00 pagi adalah giliran bagi kaum wanita untuk menziarah ke Raudah. Giliran bagi kaum wanita adalah hanya tiga kali sehari iaitu selepas solat suboh, selepas solat dzohur dan akhir sekali selepas solat isyak.

Berbeza dengan kaum lelaki, peluang mereka untuk menziarah ke sana adalah lebih terbuka iaitu tanpa sekatan dan tanpa had.


Muka-muka ceria yang sangat bersemangat sebelum memulakan perjuangan meredah lautan manusia yang semuanya dengan niat yang satu iaitu untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW serta makam yang terdapat berhampiran dengannya.


Ayah bersama dengan rakan-rakan juga dengan semangat serta hati yang riang kerana dengan kurnia dan limpah rahmat dari-Nya diberikan peluang untuk berziarah ke Kota Madinah.


Rindu, sedih, gembira.. semuanya bercampur dalam saat dan ketika yang sama. Lautan manusia dari pelbagai negara, dengan satu maksud, dengan satu niat dan dengan satu harapan..

Cuma doa kami, agar Allah memperkenankan hajat kami untuk berziarah ke makam Rasulullah.

Sunday, July 7, 2013

Kepada Mu kami datang..

Terasa seperti pulang ke rumah..

Unlike tahun-tahun yang lepas, tahun ini MAS dibenarkan mendarat di lapangan terbang Madinah terus dari Kuala Lumpur. Penerbangan yang ditempah khas untuk jemaah dari KRS Travel Sdn Bhd mengumpulkan jemaah-jemaah dari Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sesampai kami di Madinah, perjalanan diteruskan dengan menaiki bas untuk sampai ke hotel. Perjalanan yang mengambil masa dalam 15-20 minit sangat mengujakan bagi jemaah yang pertama kali sampai ke tanah gersang ini. Tambah pulak dengan deretan pokok kurma yang sedang lebat berbuah di kiri kanan jalan, sepertinya melihat pokok buah rambutan sedang masak ranum jika di Malaysia.


Tipulah kalau Ibu kata Ibu tidak rindukan pemandangan yang biasa seperti pokok kurma, rumah batu berdinding pucat, debu pasir dan batu-batu di tepi jalan raya. Dalam keadaan panas terik yang mencecah hingga 45’C, sebenarnya dalam hati ini seperti ada perasaan gembira walaupun terpaksa berpisah dengan hero-hero Ibu yang berada di Tanah Malaya.

Untuk hari pertama, para jemaah diberikan kelonggaran bagi melakukan aktiviti sendiri. Insya’Allah.. untuk hari kedua dan seterusnya sudah ada rancangan yang disusun oleh pihak yang terlibat.


Ada rezeki kita sambung lagi ya..






Saturday, July 6, 2013

Kerusi nombor 1.


Alhamdulillah ya rabb..
Permulaan bagi perjalanan kami menziarah ke rumah Allah sangat selesa. Walaupun setelah 3 kali dipinda dengan tarikh, waktu serta penerbangan yang berlainan, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua.

Sangat bersyukur. Tambah pulak dengan keadaan Omak yang tidak tahan duduk lama.. kali ini pasti Omak tidak ada masalah itu lagi.

Walaupun dengan keadaan di luar yang tidak begitu baik, namun akhirnya kami sampai jugak di Madinah pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya dengan urusan pihak kastam yang sedikit pun tidak ada masalah.. sesungguhnya cantik sungguh aturan perancangan Mu Ya-Allah.

Doa Ibu.. harapnya segala urusan kami di sini Kau permudahkan.. seterusnya mendapat umrah yang mabroor.. Insya'Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...