Tuesday, July 31, 2012

Menyalai ikan di bulan puasa..


Menyalai ikan dalam puasa.. sangattttttt la mencabar. Tapi lagi horror kalau menyalai daging sebab prosesnya lagi lama dari menyalai ikan. Tapi nak makan punya pasal, sanggup babe. Dah lama sangat tak makan gulai ikan sembilang salai dengan pucuk ubi. Harga wise, memang semua barang di kampung ni sangat la mahal. Kalau sekilo ikan sembilang di Selayang hanya RM3.50, di sini cecah sampai RM5.00 sekilo. Kalau berniaga, memang tak boleh nak "up" harga tinggi sangat. Tapi, tak berbaloi pulak nanti dengan kederat yang keluar semasa menyalai ikan.

Our family memang jarang sangat beli ikan sembilang salai yang ready-made. Reason, my dad and mom sedikit particular bab-bab mencuci ikan sembilang ni. Kami biasa cuci dengan asam limau. So bau hanyir tu tak la menyengat hidung sangat. Lagi pun kalau ikan sembilang ni tak dicuci extra bersih, rasa pun ada "kureng". Itu tak dikira lagi some part of the ikan sembilang yang kita memang kena extra cuci sebab segala selut, lumpur, darah hitam yang banyak berkumpul. Dari banyak dakwa-dakwi, baik buat sendiri sahaja.

Then, masak wise. Arrrr... memang Omak la yang jadi mangsa. Bila lagi nak manja-manja kan kan kan. So, petang tu Ibu jadi "Madam" kejap. Tau-tau je semua dah siap. Sampaikan ke memetik pucuk ubi pun, Ayah yang yang petikkan.

BTW, pada yang kurang pasti.. ikan sembilang dan ikan keli tu adik-beradik je. Cuma panggilannya saja yang berbeza.

Air tangan Omak.. 
Timo kasih Omak.. and to Ayah too yang tolong potik pucuk ubi..


Ikan bakar at Bagan Lalang.. celebrating Omak on her birthday.


Inilah sahaja gambar-gambar lauk-pauk yag sempak diambil gambarnya semasa kami berbuka puasa di Bagan Lalang tempoh hari. Ada lagi a few yang tak sempat berposing lantaran keadaan yang sedikit kelam-kabut. Sesampai di sana sudah hampir masa untuk berbuka puasa. Dengan keadaan anak-anak yang riuhnya lebih dari orang yang berpuasa, nak order makanan lagi.. memang chaos in the house.

Sebenarnya tujuan kami ke sana adalah untuk meraikan hari lahir Omak yang jatuh pada 31st July lalu. Bukan selalu pun nak keluar makan jauh-jauh macam ni. Mana tidaknya, dari rumah adik di Seremban hingga sampai ke Bagan Lalang memakan masa dalam 1 jam lebih jugak.

Alhamdulillah, makanan yang di-order tidak begitu menghampakan. Ikan, sotong, ketam dan lain-lain masih segar. Dan yang paling mustahak.. harga memang berbaloi. Tapi sekiranya ada di antara rakan-rakan yang ingin mencuba makan-makan di sini dalam bulan ramadhan ini, ada baiknya jika datang sedikit awal. Otherwise, memang kelam-kabut. BTW, solat wise.. alhamdulillah tempat makan yang kami pilih ada menyediakan tempat untuk bersembahyang. Kemudahan tandas dan tempat solat juga, alhamdulillah sangat selesa.


Ikan jaket sumbat belakang - 3.5 *
Pari bakar (sebelah ikan jaket) - 4 *
Tomyam - 3.75 *
Kerapu stim - 4 *
Ketam masak pedas - 4 *
Sotong goreng tepung - 5 *

- Yang tidak sempat berposing -
Kerang bakar
Ikan selar goreng kunyit
Kailan ikan masin
Kangkung goreng
Sayur campur

Monday, July 30, 2012

Mok'su Dah Kahwin..

It has been a month now since my SIL wedding. Tapi pedih dan lenguh-lenguh di tangan sebelah kanan masih terasa. My doctor friend told me I might have injured some of the "urat-urat" dalam tangan. But nevertheless, hati puas dan happy. Happy sebab semua yang dirancangkan, alhamdulillah berjalan dengan baik dan lancar. Tho' biasa laa ada masalah "ad-hoc" here and there. Tambahan pulak bila kenduri sebesar "majlis perkahwinan" dijalankan secara "gotong-royong".

Me, memang tak dapat nak melaram on the said day. Ibu terpaksa bertindak sebagai orang dapur nak siapkan lauk pengantin dengan my mom dan cousin Hafiz. Projek terjah you. At last, Ibu tak dapat sama semasa SIL tengah mengadap Tok Imam untuk majlis akad nikah. Even sehingga selesai majlis makan beradap, Ibu pun tak dapat sama. Reason, Ibu masuk bilik and sambung mimpi malam semalam yang tergendala. Masa sessi photografi pulak, Ibu masih dok berdengkur.. kata laa apa nak kata pun.. I've done my part. Yang lain-lain, orang lain tolong sambung yek..

Okey, emo laa pulak.. tapi memang emo ni. Kalau nak cerita, sampai esok pun tak habis. Wokeih, Ibu nak tayang gambar my SIL masa her wedding day la.. She insisted my boys bergambar dengan dia. Anak buah kesayangan tu..

- My SIL -

Mok'su tengah menyakat Arif & Haazem

- Mok'su with her first love -
Uncle Joe jangan jeles yek..

Sangat tak suka gambar ni because the yellow dress makes me look "lebar"
Huh.. jenis perasan diri sendiri selim melim..


Friday, July 27, 2012

Siakap goreng berlada..


Ikan, ikan dan ikan lagi. Kali ni ikan siakap pulak. Ini pun request dari Haazem jugak. Manja Ibu ni memang suka sangat laa makan ikan. Jadi untuk menyampaikan hajat Haazem, Ibu pun masaklah ikan siap berlada. Posing je yang lebih dengan segala cili merah dan cili hijau tu. Walhal bila guna cili besar, mana nak pedas sangat. Dia pun bukannya tahan pedas sangat pun. Kalau ada yang berhajat nak mencuba resepi mudah ni, resepi ada di bawah ya.

Bahan-bahan;
Ikan siakap
Cili besar merah dan hijau
Sebiji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
Sedikit daun sup
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya;
1- Ikan siakap dibelah perut, dicuci bersih lalu diperap bersama serbuk kunyit dan garam.
2- Setelah seketika, digoreng mengikut kegaringan yang dikehendaki di dalam minyak panas.
3- Kemudian diangkat dan ditoskan. Hidangkan di dalam bekas yang bersesuaian.
4- Bawang putih, cili besar merah dan hijau dicincang. Tapi jangan terlalu halus.
5- Lalu digoreng sehingga naik bau.
6- Masukkan daun sup yang dipotong kecil dan bawang besar yang dipotong bulat untuk memberi aroma yang lebih wangi.
7- Perisakan dengan garam.
8- Setelah itu, tuangkan ia ke atas ikan siakap tadi.
9- Beres.




Obsession..


Recently I've had the opportunity to meet my good old friend, Tina. Melepak dengan minah ni, you could easily lupa your surroundings. We spent nearly 1 hour tapi rasa macam 10 minit saja. Actually, dia ni laa penggerak dan pencetus minat mengumpul souvenir fridge magnet Ibu. Alahhh. benda yang boleh melekat kat fridge tu. Macam yang dalam gambar tu la. Dulu masa Ibu a bit none-selective, as long as "boleh melekat" semua Ibu kumpul. Only by end of 2008, with the help and encouragement serta "money support" from Cik Asben, Ibu mula mengumpul fridge magnet according to tema-tema yang tertentu. Cuma sekarang ni saja, Ibu lebih organize and selective in my collections.

Back then, besides collecting fridge magnets, me and Tina also have these "obsession" of decorating our house with certain ideas. Tak perlu keluar belanja banyak pun and most of our ideas derives from books, magazines or other friend's houses yang mana menggunakan bahan-bahan recycle. But being a Muslim, sudah tentu cara Ibu menghias sedikit berbeza dibandingkan dengan Tina.

In this entry, I would like to share some of her ideas.. dari bilik makan sampailah ke bilik air. Cuma Ibu tak sempat nak ambil gambar kat hall. Lupa sebab syok sangat bersembang.










All the above can be found in her kitchen


While these can be found in her second toilet.. 



There are from her bathroom..

Her dining room..


Selamat Hari Lahir.. Omak..


Selamat hari lahir Omak.
Tahun ini hari lahir Omak jatuh dalam bulan Ramadhan. Sungguh pun begitu, masih jugak meriah.. tambahan pulak anak cucu ada bersama. Pagi-pagi lagi cucu-cucu Uwan dah dok nyanyi lagu "Happy Birthday". Walaupun tiada juadah istimewa terhidang atas meja, namun "the thought that count".

Hadiah wise - dah bagi awal-awal lagi.
Something yang my mom pilih sendiri semasa berada di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Laa ni, Ibu lagi prefer something yang "birthday person" pilih sendiri. Lagi puas hati, lagi berbaloi. At the same time, tho' berpuluh jambangan bunga diberi pada hari ini, tetap tidak menyamai "segala" yang telah Omak beri dan korbankan untuk kami sekeluarga selama ini.

From the bottom of my heart.. Luv u mom..
Selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, semakin sukses in whatever you do dan semoga segala urusan dunia serta akhirat Omak dipermudahkan oleh-Nya kelak.

Thursday, July 26, 2012

Ikan tenggiri bakar..



Hi all,

Daun pisang banyak, ikan segar pun senang, rempah ratus lagi la pulak. Makanya membakar ikan laa kita hari ini ya. Cukup senang nak membuatnya. Janji kena rajin jaga api. Kalau besar sangat nanti ikan masak di luar sahaja. Yang di dalam "merah" lagi. Kali ini Ibu nak share resepi yang cukup simple. Ayah kurang minat kalau masak dengan rempah yang berlebih-lebih.

Bahan-bahan untuk memerap ikan;
Applicable to sebarang ikan.
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit serbuk
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-caranya;
Kisar semua bahan-bahan tersebut kemudian lumurkan ke ikan.
Balut dalam daun pisang bersama sedikit pes perap yang berlebihan.


Kalau di Bazaar Ramadhan ni, kecik comel macam ni pun kena charge RM3.00 sekeping. Lagi berbaloi kalau sendiri yang bikin. Makan laa puas-puas. BTW, inilah hasil ikan yang Ibu bakar tadi. Memang Ibu pilih ikan tenggiri yang sederhana besar, secukup rasa untuk sekali makan. Tak kurang tak lebih.


Ikan tenggiri bakar dalam mode "showing-off". Sebenarnya Ibu pilih ikan tenggiri sebab Haazem yang berhajat sangat nak makan ikan bakar. Manja Ibu tu tak pandai lagi nak scan tulang-tulang ikan. So, solution ikan tenggiri la jadi pilihan.

Manakala untuk air asamnya pulak, lagi senang nak prepare.

Bahan-bahannya;
Sebiji bawang besar
Cili api secukup pedas
Kicap kipas udang yang hat botol merah
Limau nipis

Cara-caranya;
Cili dan bawang dipotong nipis.
Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai.
Campurkan kicap kipas udang dan perahkan sedikit jus limau nipis.
Setel..

Nota kaki;
Ini version "nak masak cepat".
Biasa laa nak kena masak 2-3 lauk dalam masa 1 jam.
Rushing babe..



Gulai ikan tenggiri dengan peria


Alhamdulillah, khatam sudah. Ni kategori wishlish Ibu pulak. Gulai ikan tenggiri dengan peria. Menu ni masuk wishlish sebab Ibu nak makan peria Malaya. Peria di Kuwait tak pahit. Dulu masa duduk sini tak pandang langsung nak makan yang pahit-pahit. Cuma semenjak dah merantau ni pulak pandai makan peria, kambas, petai dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab dah jemu dengan udang, daging, ayam, sotong atau ketam yang terlalu senang nak dapat, jadinya tekak mintak menu original orang kampung Neghori Sembilan.

Yang best tu, bukannya nak sangat makan ikan tu, tapi nak makan peria. Memang betul la.. dah jemu makan ikan kut. Yang elok sangat tu.. nak-anak makan ikan, Ibu and Atok makan peria. Jika ada yang mempertimbangkan nak masak juadah ni untuk iftar petang nanti, bolehlah lihat resepi.

Bahan-bahannya;
Ikan tenggiri
* Kuantiti ikan terpulang pada saiz hidangan masing-masing
Peria
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan 500ml 

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit,  dan kacau selalu.
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun kurang lemak.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4- Peria dibelah 4 dan buang bijinya.
5- Masukkan peria ke dalam kuah dan masakkan seketika.
6- Perasakan dengan garam.
7- Siap sudah..
 

Wednesday, July 25, 2012

Laksa sardin - moreh untuk Omak dan Ayah..


Alhamdulillah, sampai jugak hajat Ibu nak jamu Omak and Ayah dengan laksa sardin untuk moreh malam ni. Mulanya Omak macam kurang percaya "wujud" laksa sardin. Biasa laa kan, Omak masak ikut law. Mana aci short-cut macam yang Ibu masak. Dari mula Ibu start operasi sampai laa ke masa menghidang, Omak dok monitor. Kata Omak, dia pun nak belajar jugak laa cara-cara membuat laksa sardin ni. Gabra jugak wei bila Omak dok sebelah monitor Ibu masak. Takut nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Tapi since Omak dah puji kata laksa sardin Ibu "ada rasa", so berani laa Ibu nak rekomen pada kawan-kawan yang terasa nak makan laksa tapi dengan bahan-bahan yang sangat minimum dan sangat mudah pula untuk disediakan. Resepi seperti di bawah ya..

Bahan-bahan;
2 tin sardin cap ayam (tin kecik)
Sebiji bawang besar
Sekeping belacan (dalam anggaran 3cm)
5-6 ulas cili merah (kalau nak pedas lagi, guna jer cili api)
Sedikit daun kesum
Sedikit bunga kantan
Sedikit asam keping
 
Eksesori;
Telur rebus, limau nipis, hirisan bawang, hirisan cili api (kalau tak cukup pedas la), nenas madu yang dipotong kiub, hirisan timun dan salad.
 
Cara-cara menyediakannya;
1- Blend bawang besar, cili merah, belacan, sardin.
2- Setelah semua bahan-bahan tersebut hancur, masukkan ia dan sedikit air ke dalam bekas yang sesuai untuk dimasak.
3- Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan sebagai penambah aroma dan rasa pada laksa tersebut.
4- Apabila telah mendidih dan masak, perasakan dengan garam secukupnya.
5- Alhamdulillah, dah siap.


Nota kaki;
Ibu tidak mencampurkan belacan pada kali ini sebab Ayah "alah" pada belacan.

Sotong goreng kunyit yang tak cukup kuning..

Menyampaikan hajat orang puasa. Dugaan berpuasa ni pada yang dewasa mungkinlah hanya pada hawa nafsu ie. shoping wise dan yang sewaktu dengannya. Takkan laa dah umur separuh abad pun masih "sengsara" nak berpuasa mencukupkan satu hari gamaknya. Tapi pada anak-anak tentu lain dugaannya. Nak makan itu la, nak air ini laa. By the time azan berkumandang, dapat air seteguk.. abis semua lupa.

Samalah seperti anak-anak Ibu, masing-masing dok bagi senarai nak makan itu dan makan ini. Petang ni si Bujang Sulong sebenarnya berhajat nak makan lauk "ayam sambal" tapi last minute dia tukar selera nak makan sotong goreng kunyit pulak. Pada Ibu, alhamdulillah sangat laa sebab Arif memang suka makan kacang. At least Ibu dah tak payah pening kepala nak fikir nak masak sayur pulak.

Kalau ada yang berhajat nak mencuba, boleh laa lihat resepi seperti di bawah;


Bahan-bahan
Sotong sederhana saiz
Cili merah - dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak

Cara-cara
1- Bersihkan sotong dan potong mengikut cara masing-masing.
2- Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3- Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk mengeringkan air sotong)
4- Selepas air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak
5- Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah.
6- Perasakan dengan garam (jika perlu).
7- Gaul sebati.
8- Setel dan sedia untuk dihidangkan..

Wordless Wednesday.



When it comes to people like that, they'll be all over in your life, SO EITHER GET OVER IT, OR GET USED TO IT.....

Tuesday, July 24, 2012

Asam pedas ikan parang

Khatam sudah.. satu lagi wishlist makan-makan sudah termakbul. Bukan mintak kijang panggang pun, cuma setakat asam pedas ikan parang. Sebetulnya Ibu boleh masak sendiri, tapi kali ini Ibu nak Omak yang masak. Kata laa Ibu mendera sekali pun, tapi dah setahun sekali kan.. bila lagi nak mengada-ngada.

Sememangnya semenjak dari duduk di asrama lagi, ini laa lauk kegemaran Ibu. Kalau setiap kali Omak datang menziarah seboleh-bolehnya memang Ibu harap Omak akan bawak lauk ni bersama. Walaupun, ikan parang banyak tulang, tapi itu laa Ibu paling suka.

Tahun lepas memang Ibu sempat jugak merasa lauk ini tapi macam tak aci laa sebab bukan Omak yang masak, tapi Kak Miss. Rasa masakan memang tak jauh beza sebab memang Omak dah train Kak Miss masak mengikut resepi Omak.. tapi ntah laa. Rasa macam tak cukup sifat saja.

So kali ini, Ibu dah boleh slash terus lauk ni dari wishlist. Even lepas ni kalau Omak tak masak or Kak Miss yang tolong masakkan, memang tak ada isu "kempunan" lagi dah..


Monday, July 23, 2012

Bersedia untuk moreh, mi goreng basah.

Assalamualaikum all,

Sebetulnya Ibu merancang nak buat laksa sardin untuk moreh malam ni. Tapi apakan daya, Ibu and Omak turun ke pasar pun dah jam 3.00 petang. Segala jenis sayur, ikan, udang, sotong, daun kesum dan bunga kantan sudah pun habis. Sampaikan nak beli laksa basah pun dah habis. Ibu ingatkan since hari ini hari bekerja, pasar tidak laa terlalu sibuk. Nampaknya tekaan Ibu meleset sama sekali. Kalau macam inilah keadaannya, maka kena turun pasar sebelah pagi jugak laa.

Ibu pulak jenis yang tak suka nak turun pasar awal-awal pagi sebab Ibu memang jenis kurang suka berebut barang. Pasar di tempat Ibu barang-barangnya tersangat laa mahal. Sekali ganda dari yang dijual di Tesco atau di Giant. Kalau macam ni, memang Ibu sanggup turun ke bandar Seremban. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa dalam 20 minit, tapi kalau dah malas tu.. malas laa jugak. Lagi pun, sebenarnya Ibu ni takut. Bukan takut sikit tapi takut "banyak". Maklum sahaja laa, kalau pergi ke market yang macam tu, dugaannya "besar". Dari kain tudung yang macam-macam jenis sampailah ke aksesori perhisan rumah. Mana tahannnnnn...

Berbalik ke "moreh", so since bahan-bahan tak mencukupi.. malam ni Ibu jamu tekak dengan mi goreng basah sahaja laa. Tapi Ibu buat plain. Kalau ada sesiapa yang nak pedas, Ibu sediakan cili potong yang dicampur dengan kicap bersama dengan perahan air limau nipis. So sendiri adjust la ya. Selamat menjamu mata.. bismillah...



 


Petua Menghilangkan Jerawat.


1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.


2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.


3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.


4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.


5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.


6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.


7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.


8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.


9. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.


10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


11. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh  tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.


12. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


13. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


14. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


15. Hilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
 
Selain dari petua-petua yang terdapat di sini, adalah amat penting bagi kita;

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.