Beautiful Friends

Sunday, February 17, 2013

Tika rindu datang menggamit..

Buruk ke kalau orang tua layan blues. Tapi orang tua pun ada perasaan jugak. Lagi tua, lagi sayang. Sejak kami merantau, ini la kali pertama Cik Asben lama berpergian.

Masa Ibu dok Tanah Malaya mungkin kurang terasa sebab dek bizi-bizi-bee yang melampau. Tambah pulak Ibu sama menolong Omak berniaga. Dengan Amsyar time tu bersekolah pagi.. petang sekolah agama.. weekend tuition pulak. Memang kurang la masa nak layan diri.

Tapi hari ni, memang sebak tul rasa di hati. Makin bertambah bila Cik Asben kirim gambar ketika dia baru sahaja selesai bercukur selepas mengerjakan umrah. The moment tengok gambar, terus je meleleh air mata.

Kalau dulu memang jadi bahan gelak dek anak la kalau nampak Ibu menangis. Tapi sekarang.. dia orang cuma diam. Cuma Haazem yang kurang ada perasaan tu yang selalu bertanya.. "Ibu rindu kat ayah ya..".

Korang nak gelak.. gelak laaaa..


Jatuh melayang ditapak tangan
Daun senduduk terus melayu
Insan tersayang sedang berpergian
Dari jauh mula merindu..

Angin menderu daun selisih
Bunyi berderai berhenti kaku
Kubiar rindu mendakap kasih
Menjalar teguh dalam jiwaku..

Sudah selalu hujan gerimis
Mencari merbah sampai ke desa
Teringat daku kenangan manis
Sesak jiwaku mengepung rasa..

4 comments:

  1. paham kak....anis skrg ni pun tgh berjauhan ni...dah la tak sihat lagi...huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt Sham ... minta izin ... nak gelak ye ... hehehe ...

    itulah adat berjauhkan ...

    :)

    ReplyDelete
  3. Alaikum'salam wbt REAL & Salam Anis & Azie,

    Korang gelak ya.. tak apa.. tak ada hal pun.
    Sekarang ni je la pulak cepat sgt cairnya. Empangan dah makin "renggang" kut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...