Beautiful Friends

Monday, January 13, 2014

Menyimpan kuku panjang & cara memakai cincin..

Assalamualaikum all,

Ni Ibu copy paste je sebenarnya. Sekadar nak berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.


Sekarang ni ramai yang pakai cincin.. tapi ikut suka dia je.. ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu.. alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi.. (oppss khinzir lembut sikit), jika ke semua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut.. potonglah kuku anda.

The truth jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.

Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.

Nasihat Nabi Muhammad (saw) kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad (saw) berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk Nabi Muhammad (saw) melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut (as).

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. Oleh itu sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah (swt).

Nabi (saw) memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi (saw) senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut : 

Maksudnya : "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi (saw) suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Salam ukhuwah.

7 comments:

  1. sy pun igt pesan nenek
    cukup marah dia klu nampak anak cucu berkuku panjang
    katanya 'kuku tu panje (panjang) tu nok(nak)pero(bela) babi ko?'
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    Org tua dolu2 pun dah pesan mcm tu. Tapi sebenarnya K.Sham pun hairan dgn org yg berkuku panjang ni.. tak rimas ke?
    Mcm mana nak makan if guna tgn.. & mcm mana nak mensucikan tang hat tutttt..
    Isshhhh..

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul. Allahumma Solli'ala Muhammad.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak saya ni termasuk dalam golongan orang yang sangat rimas berkuku panjang. Kalau panjang sikit aje rasa macam berat aje tangan ni. Once dah kontot, wah ringannya rasa. Hahahaha.

    Tapi kalau nak potong pun tengok hari juga. Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja potong. Kalau terlepas hari-hari tu saya sanggup tunggu ia datang minggu depannya.

    Masa period pun kan kak sebenarnya kita boleh aje potong kuku tu. Tak payah simpan tak payah mandikan sekali pun boleh. Just buang terus aje.

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidul rasul Ya Hajah.
    Selamat kembali.. semoga umrah yang baru lepas umrah yang barakah serta diterima olehNya.
    Insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. Likewise TATA.
    Mmg kita tidak perlu menunggu sehingga "bersih" untuk memotong kuku atau memandikan cebisan kuku yg dipotong semasa kita haid.. tetapi memadailah dipotong di tempat yg bersih dan bukan seperti di buang ke dalam tong sampah dll.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. Saya ada tanya ustaz tempat yang elok utk buang kuku. Ustaz kata seeloknya kat tanah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...