Beautiful Friends

Thursday, February 28, 2013

Mihun soto.. penutup dapur Ibu..

Penutup dapur Ibu malam ini.

Harap-harapnya memang PENUTUP la. Jangan nanti, kita dah nak tarik selimut.. ada pulak yang selak selimut masuk dapur. Ibu ni mulut jer dok bebel itu-ini tapi tak sampai hati pun.

Sebetulnya siang tadi ada adik sepupu post gambar dia makan mihun soto untuk lunch. Sangatttttt la pulak Ibu teruja tengok. Walaupun gambar tak seindah mana, tapi demi kreativiti yang tinggi.. rasa macam dah masuk mulut jer bergedil dengan kuah soto tu.

Haishhhh.. tak boleh tahan la macam ni. Maka dengan kadar segera, terus Ibu suruh Amsyar pi beli fries kat Great Steak (nak buat bergedil). Yang lain-lain tu, memang kena buat sendiri la.

Mula la dengan aktiviti mencarik daging ayam dan merebus soto.

Btw, inilah rupa mihun soto yang cousin tu post..


Nampak macam plain jer. Tapi dah Ibu ni suka semua yang berkuah.. nak buat macam mana kan kan.


Ini pulak yang baru selesai Ibu makan for tonight's dinner. Ikan bilis tu sebenarnya hat extra buat nasi lemak tu hari. Darikan membazir.. kita boh jer apa yang suka. Dah kita yang adjust dia kan.

Portion dalam gambar tu sebenarnya, Amsyar punya.

Kalau Haazem dia makan mihun, ayam and kuah soto.

While Arif cuma kuah soto and nasi impit jer.

Macam-macam pesen.. macam-macam kerenah. Tak kisah la.. janji makan. Bliss.. alhamdulillah..


9 comments:

  1. Ya ampun... meleleh.. saya segala jenis laksa, mihun sup@soto memang terus berubah jadi hantu. sukaaa sangat makannn.

    ReplyDelete
  2. Hello Shamsiah, I love mee sito, or sito ayam.
    I have not eaten this 26 years. And your bi hoon soto looks delicious!
    I think tentu boleh habis two bowls, ha ha.
    You have fun and keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. Kak sham,
    Saya makan semua yg halal tak kira macam mana seklipun. Orang kata tolak batu dan kayu jer...dahsyat kan selera makan saya..hehe

    ReplyDelete
  4. ai like
    makan pulak dgn sambal kicap
    pergh...........melelh air hidung

    ReplyDelete
  5. mmm..saya suka yang berkuah2 ni... sedap nih..

    haa kan..kita yang buat dia..kita nak bubuh daging ayam banyak2 pun boleh kan...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt Sham ... suka ikan bilis goreng dengan crushed cili tu ... Alahai ... kelior lagi :)

    ReplyDelete
  7. Farah,
    Scary marry la..
    K.Sham pun segala yg berkuah.. best jer layan. Sekapal la kita.


    Hi Lee,
    Terima kasih kerana sudi singgah.
    26 years.. lama tu..

    P/s;
    2 big bowls.. can.. no problem.


    LW,
    Dah betul la tu.. K.Sham pun as long as HALAL.. okey jer.. cuma bila enjin dah sikit meragam ni.. kena pelan-pelan kayuh sikit la. Tak larat nak pi ziarah Tuan Doktor.


    Irfa,
    Sambal kicap ada cuma boh sikit jer kali ni. Cili Siam tu, pedas sangat. Cirit lak nanti.


    NP,
    Tabur isi ayam tu to the max.. nikmat babe.. sendri adjust kan kan..


    Alaikumsalam wbt REAL,
    Sana senang nak cari. Terlebih rajin, buat sendiri jer. Nak cepat.. kat Giant ada jer jual perencah soto (all in one). Lps tu, layannn..

    ReplyDelete
  8. Yong,
    Dok jejauh ni kena kreatif, kena pandai berjimat, sbb brg2 byk yg status brg kawalan.
    Especially sardin cap ayam & ikan bilis putih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...