Assalamualaikum all,
Ragam anak.. kalau ada sepuluh orang anak, nescaya ada sepuluh ragam la jugak. Kalau ada sepuluh orang anak, tak mustahil ada sepuluh selera yang berlainan jugak.
Bukan nak manjakan anak.. tipulah kalau Ibu kata Ibu tak geram. Ada masa, tergugat jugak. Menjerit jugak. Naik angin tu selalu. Tapi still tak sanggup bila tengok anak makan lebih kurang, tengok anak menguis-nguis jari dalam pinggan.. seboleh-bolehnya, biarlah dia kenyang sekenyang-kenyangnya.
Haazem, dia tak banyak demand. Cuma dia memang tak boleh nampak apa-apa yang sewaktu dengan bawang merah, bawang putih, halia, daun-daun, sayur-sayuran (faham-faham je la ya). Hatta sehiris bawang pun, confirm dia boleh terasa.
Pernah sekali Ibu cuba tipu, Ibu blender segala bahan penumis.. at last muntah dalam sinki anak Ibu sorang tu. Tak pasal-pasal, dah dapat penyakit lain pulak. So sejak dari hari tu, Ibu serik dah nak menipu anak. Biarlah Ibu keluar tenaga lebih sikit. Bukan untuk orang lain pun, anak sendiri jugak.
Dengan sebab tu, bila dia mintak Ibu masakkan ayam masak merah.. Ibu tak guna tomato puri atau tomato hat biasa. Sebaliknya Ibu ganti dengan "sos tomato" dalam botol. Then untuk tambah rasa, terpaksalah guna stok ayam sikit. Alhamdulillah, makan bertambah-tambah manja Ibu sorang tu.
Bila tengok dia makan "bersungguh", terus cair hati Ibu. Nak marah pun tak jadi. Penat pun terus hilang. At last.. Ibu pulak yang sedih. At the same time.. Ibu nangis dalam hati.
P/s;
Ibu memang "emo" kalau cerita pasal anak-anak..
Sabaq la ibu. Dugaan dalam membesarkan anak. Ibu dapat pahala, in syaa Allah :)
ReplyDeleteInsya'Allah Dinas..
ReplyDeleteSelagi sihat tubuh badan, selagi ada rezeki Allah bagi..
Selalu jer org dok tegur kata Sham manjakan sgt anak2.. tapi.. still.. tak boleh la..
Tambah bila tgk dia keluar masuk dapur (faham la tu), dalam dok bebel pun.. layan jugak..
tu dia la mak... mulut pok pet tak renti.. marah kekunun nya.. dalam hati...?? hihii.. bertabah ler kita kak dalam membesarkan anak anak yg pelbagai ragam nie..
ReplyDeletehurmmm tak tau nak kata apa, tp kalau anis jadi akak, anis akan buat benda yg sama....huhu
ReplyDeleteKuazue & Anis,
ReplyDeleteTu la kan.. mcm tu la kita ni jadi mak, mama, ibu dan segala yg sewaktu dengannya.
Mulut je bising.. tapi dlm hati.. Allah shj yg tahu.