Beautiful Friends

Wednesday, May 22, 2013

Kenapa berlaku senggugut??

Makin menjadi-jadilah pulak kakak kembo mengganas kebelakangan ni. Hari ni sehari suntuk Ibu asyik terbaring. Bangun pun cuma setakat nak masak lunch untuk anak-anak balik sekolah and cuci pinggan as well as kemas rumah mana yang perlu.

Yang lain-lain.. terpaksa on hold dulu.

Selama ni Ibu tak pernah nak ambik tahu sangat kenapa "sakit" ni sakittttt sangat. Tapi bila dah jadi macam ni, tambah pulak bila sampai dah mengganggu tugas-tugas lain.. terpaksalah tanya Tok Wi, tanya Cik Gugel and mana-mana yang patut.

And hasil dari pencarian tersebut, Ibu share kat sini. Semoga mampu memberi manfaat pada yang lain.

Senggugut? 
Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia matang. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit, ”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya bermaksud kesakitan ketika haid, atau haid yang sukar dan bermasalah. Oleh itu, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami ketika haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Gejala senggugut 
Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan cirit-birit. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi
Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan ketika haid. Pengecutan ini terjadi terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, ketika haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan, akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.

Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologi. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang terjadi akibat dari prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi, keluhan senggugut akan berlaku. 

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak? 
Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan. Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.

Selain itu terdapat beberapa faktor risiko lain yang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang awal, kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya mengakibatkan senggugut. 

So lepas ni, Ibu kena pastikan Ibu cukup rehat dan kurangkan emo/stress sebelum kakak kembo nak datang berziarah.

Thus sebab tak larat nak masak dinner, malam ni kami layan hat ni sahaja. Pada anak-anak, suka sangatlah. Tapi Cik Asben.. mencari nasik jugak laa..


5 comments:

  1. ada jugak kawan saya tuh senggugut teruk sbb ada ketulan.. fibroid ke apa namanya.. lepas buang tuh, katanya taklah teruk sgt senggugut.

    ReplyDelete
  2. Mila,
    Fibroid pun ada kaitan dengan darah haid. Biasanya kes darah haid yg terlalu lama. Ada masa, lebih dari 2 minggu. Jugak boleh akibatkan senggugut.
    Semua perempuan ada fibroid ni, cuma kecik atau besar.
    Mana2 yg besar tu, mmg kena buang la.
    Takut nanti mudarat ke diri sendiri pulak.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya KakSham, every month macam nie. Take care sis

    ReplyDelete
  4. sabaq naaaa kaksham. balik cuti nanti cari penawar kat msia.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Yong & Mala,
    Insya'Allah.. balik kg ni nnt try la cari penawar apa yg patut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...