Beautiful Friends

Wednesday, November 27, 2013

Tak makan.. sendiri la rugi..

Assalamualaikum all,

Dah lama jugak tak menggulai.. tapi hari ni Ibu masak lain sikit. Kepah masak lemak cili api campur kacang panjang. Tak pernah makan??


Dok merantau tak boleh nak manja-manja or ngada-ngda sangat. Apa yang ada.. kita masak.. kita makan.. alhamdulillah.

Kisahnya..
Asalnya Ibu nak cari kerang.. ingat nak buat rendang kerang dangan kacang panjang. Orang N9 biasa laa dengan dish ni. Sini memang ada jual kerang. Tapi bila dah jumpa.. ada tapinya.. sekilo cecah 7KD. Aduhai.. nak makan kerang yang seciput pun sampai RM70.00..

Dah macam tu terus la cancel. So.. ronda punya ronda jumpa pulak spicis ni. Dah alang-alang kacang panjang dah siap beli.. kita boh je la. Suka makan.. tak suka tetap kena makan. Rezeki Allah bagi.. alhamdulillah.

Rasa wise.. tak la selemak "kerang" tapi ada masa kena jugak belajar adapt tu substitute. Tak rugi pun.

Ilal liqa'.. 





9 comments:

  1. betul k.sham.. masak2 ni kita kena kreatif jugak, kan.

    ReplyDelete
  2. memang takleh nak ngada2 k.sham..apa yg dpt itulah rezkinya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Su & Ummu,
    Apa2 yg ada.. itulah rezeki kita.
    Masalahnya.. anak2 K.Sham ni masih terikat dgn "kebiasaan".
    Bila K.Sham adjust lain sikit.. mulalah dok duis jari dalam pinggan.

    ReplyDelete
  4. Saya suka Kak Syam kata, 'Tak sedap, kena juga makan'. Hehehehe. Itulah yang mak ayah, atuk nenek saya terapkan pada kami. Dan saya cuba didik anak saya macam tu juga walau pun tak berapa berjaya lagi. Rezeki yang halal, harus di nikmati dengan kesyukuran. Bersyukur itu asas penting dalam aqidah kita tu kan kak...

    By the way, sekilo kerang yang 70 hengget tu, dah siap kopek ke, ada kulitnya lagi?

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Statement tu mmg Omak & Ayah K.Sham selalu ajar pd kami adik-beradik masa kecik dulu. Even sampailah ke hari ni.
    && hari ni K.Sham cuba ajar pulak pd anak2 K.Sham.
    Mmg selalunya mcm susah "nak jalan".
    Tapi.. tak banyak sikit.. diaorg telan jugak.

    Btw, RM70 sekilo tu.. hat yg belom berkopik lagi.

    ReplyDelete
  6. nampak cam menarik juga menu tak sengaja k.sham ni. heheh!!!kalau ros pun fikir 10x nak beli kalau dah sapai 70 henggit seciput kerang.

    ReplyDelete
  7. Haaa.. tu la pasal sekilo kerang RM70.00.
    Lepas kopek kulit.. tinggal la seciput.
    Tapi kalau nak buat mi kari or goreng kue tiaw.. mcm kurang sifat la pulak kalau tak ada kerang kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...