Beautiful Friends

Sunday, November 17, 2013

Our ordinary life.. here in Kuwait..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah..
Dah boleh rasa lega. Majlis penyampaian hadiah untuk hari Sukan M.A.K 2013 dah selesai. Yang suspen sangat ni sebab Ibu kena jadi MC. Dah lama tak bercakap depan orang ramai ni.. rasa gugup jugak. Tho' yang hadir tu among kawan-kawan and adik-adik yang hampir setiap hari setiap minggu Ibu jumpa di sini. Tapi bila dah kena "bercakap" dalam majlis rasmi ni.. kena la ada protokol sikit kan.

Sebenarnya komuniti "Malaysia" tak ramai di sini. Campur family sekali dengan anak-anak.. adalah dalam 400 orang. Itu dah termasuk the students sekali. Yang hat sekolah menengah dan yang kat U. So, bila ada majlis sebegini.. sebenarnya satu peluang yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Kami pun tumpang seronok.. dapat makan-makan (biasa la tu kan) as well as keeping in touch with others. Adat laa.. tak semua ada facebook.. and tak semua "friends" in facebook. Tak semua ada masa nak jumpa kat luar pi ngeteh and whatsoever la kan.

Tapi.. macam biasa jugak. Tak semua "itu" indah. Seperti "life" di tempat yang lain jugak. Ada manis.. ada yang kelat.. ada yang masam.. ada yang senget. Normal la kan. Nak join.. join la.. yang tak suka.. sila sambung ayat sendiri..


Selain dari jadi MC, Ibu jugak jadi tukang masak. Biasa la tu kan. Menu wise.. yang biasa-biasa saja. Tapi bila kena masak guna dapur elektrik ni.. renyah la sikit. Api tak power. Dah la kena masak lebih dari biasa. Anyway.. alhamdulillah.. setel jugak "on time". Anddddd.. syukur.. abih acik meniago potang tu.

 Intai-intai untuk "next project"..

Simple and nice..


Para pemenang bersama TYT Dato' Adnan Othman. Duta Besar Malaysia di Kuwait..

Me with JUARA congkak terbuka.
Handal kawan yang sorang ni.
Kami terpaksa lawan 4 frame.. asyik seri jer.

Yang kat bawah ni saja nak tayang-tayang. Cik Asben dapat candle burner tapi at last Ibu modify jadi vase. Balik dari majlis terus pi kedai bunga. And since Ibu pi hari cuti, so fresh flowers dah banyak yang habis. Roses and lilies tu banyak la. So.. ended Ibu pilih orkid. Okey la tu kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...