Beautiful Friends

Saturday, March 15, 2014

Joran MAK.. happy hours..

Assalamualaikum all,

Semalam sehari suntuk kami berjimba di Pantai Az-Zour. Apa lagi kalau bukan pi mancing. Unfortunately hajat Ibu nak mancing tak kesampaian sebab terpaksa jadi jurufoto terjah untuk hari tu.

Jom kita layan gambar. Sambil-sambil tu nanti Ibu cerita la sikit-sikit.




Penempatan sementara kami. Siap ada yang bawak generator and lampu besar. Lepak sampai ke malam. Plus.. siap bawak dapur kecik. Lepas la kut nak menggoreng ke.. masak-masak yang ringkas-ringkas. Tapi kali ni takda yang bermalam sampai ke pagi.



Tangkapan pertama. 3.5 kg. Cik Abang sorang ni memang "bersungguh" nak menang and at last dia menang kategori ikan terbanyak.

Memang tuah pengantin baru..



Then dapat pulak ikan duri yang beratnya 4 kg. Member lain dah mula cuak. Sebab selain dari kategori ikan terbanyak, pihak penganjur ada jugak sediakan hadiah untuk ikan terberat.
 


Hasil tangkapan anak bujang Puan Munaliza. 2 ekor sotong katak and seekor ikan todak. Masa nak menaikkan sotong tu, ramai la jugak anak-anak kecik yang kena pancut dakwat hitam sotong tu. Tu semua alasan nak mandi laut la lepas tu.

Kan dah kata.. mula-mula celup kaki.. at last.. lencun..





Seperti yang diramalkan.. memang Cik Abang sorang ni conquer both categories. Cuma a bit unfortunate.. lepas tamat masa pertandingan.. baru semua ikan naik. Memang rezeki nak bersedekah la tu. Even asam pedas ikan yang Ibu masak previously tu pun hasil tangkapan kawan yang sorang ni.



Lagi sorang peserta favorite. Cuma yang kami tak sangka tu.. dapat pulak naik seekor anak ikan yu. Berat hampir 8 kg. So kategori ikan terberat, memang dia punya la.


Cuma kami "secara berjemaah" takda sorang pun yang sanggup nak makan ikan tu. So at last, sepakat suara kami setuju lepaskan semula ikan yu tu. And alhamdulillah.. ikan tu masih hidup at the time kami lepaskan ke laut. Cuma, at that time ikan tu macam "pening-pening" la sikit.

Alhamdulillah.. panjang lagi umur ikan yu tu.

Dalam sibuk-sibuk terkejar sana-sini ambik gambar.. gambar family sendiri tak sempat nak snap. Gambar Cik Asben pun sipi-sipi jer. Nevertheless, semua enjoy. And dalam kereta masa nak balik rumah (sejam lebih jugak perjalanan) semua lentok sebab kepenatan.

Maybe ni kali terakhir kami ke Port Az-Zour. Satu.. sebab dah nak masuk musim panas ni. Kedua.. jauh tu babe. Rasanya kami lebih sanggup lepak kat Pantai Shuwaih jer. Tapi tak jugak kut.. sebab sana banyak sangat batu.. asyik sangkut jer mata pancing kami.

Tapi siapa tau kan kan.. kut la ada yang nak buat camp-fire sampai ke subuh..

Ilal liqa'..



8 comments:

  1. Wow meriahnya!!
    Kak Sham handsome ikan pari tu macam corak kain batik.. Tapi Yong tak makan ikan pari..

    ReplyDelete
  2. Mmg meriah Yong.. && ikan pari tu mmg handsome.
    Tp kut dah besar sgt tu.. seriau jugak tgk.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..besarnyaaaaaaa ikan2 tu semua. cuaca sejuk yer kak. Bagusnya. Tak payah risau ikan busuk kalau biar lama2 kan...

    ReplyDelete
  4. Aziela,
    Biasanya yg saiz besar melampau tu dia org akan terus siang kat pantai then bahagi between them.
    Ramai jugaklah yg dapat bahagian.
    Bab sejuk tu mungkin la sng nak simpan ikan, tapi bab storage tu.
    Unless masing2 ada freezer besar yg boleh simpan.

    ReplyDelete
  5. Mancing tepi-tepi..ikan besar-besar tu kak. Da tak perlu naik bot ke tengah laut...muahaha..kalau mancing tepi selat melaka...jangan la harap..haha

    ReplyDelete
  6. Chot,
    Ada masa geng mancing ni pi jugak layan kat tengah laut. Siap sewa bot besar.
    Tapi tu la.. rezeki ni.. ada masa.. okey.. ada masa.. bawak balik bakul kosong jer la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...