Beautiful Friends

Tuesday, April 29, 2014

Busuk bagi mu.. nikmat bagi ku..

Assalamualaikum all, 

Cerita basi.. belacan. Siapa yang tak kenal belacan kan..

Sinonim dengan masyarakat Asia especially orang Melayu. Tapi orang bangsa lain pun pandai makan belacan. Sama jugak macam orang Melayu yang pandai makan dim sum, moon cake or tosei.
 
Well.. this privileges might not and will not be shared by us here in negara Pasir Berdengung ni. Hatta baru goreng ikan bilis pun dah ada jiran yang bakar kemenyan arab depan pintu.

Thus.. dah jadi macam tu biasanya Ibu akan buat stok lebih dari extra (banyak la tu) once Ibu nak prepare sambal belacan. Yang jadi kisah ni sebab Ibu biasa goreng kering dulu stok belacan tu then baru diproses untuk step yang seterusnya.

Dah jadi macam tu.. semalam Ibu buat stok sambal belacan. Macam biasa.. lebih la sikit.

Cuma.. pelik la jugak bila jiran tak pulak bakar kemenyang arab. Elok la tu.. mungkin dia pun dah lali kut.

Well.. presenting..


Bolehlah bertahan untuk sebulan kut.. And masih dengan unsur-unsur belacan.. pagi ni..

Alhamdulillah..

Kita cerita lain kali saja la ya.. "ayat" belum mari lagi laa..

Monday, April 28, 2014

Old habit die hard..

Assalamualaikum all,




Cerita best (very the "perasaan").. tak ada or actually ada cuma belum sempat nak mengarang lagi. Yada yada yada..

Long story short story.. sementara tu Ibu nak show-off hasil tangkapan "reta yang tak seberapa" masa Ibu pi buat umrah baru-baru ni.

Old habit die hard babe.. the moment nampak je 3 beradik ni terus jatuh chenta. Tapi time tu "touch and go" je la. Cuma masa hari nak balik tu baru Ibu pi ber-akad beli 3 beradik ni. Time tu memang dah niat.. kut ada jumpa balik.. ada la. Kut tak ada lagi.. tak jadi penyakit pun.

Anyway.. itu je nak cerita.. tengah tunggu mood mari ni. Ada benda nak share. Tajuk.. huhhhh.. gossip ke.. mengumpat ke.. plus minus kategori tu la.

Ilal' liqa' friend..
 



Sunday, April 27, 2014

KAFA -vs- ...

Assalamualaikum all,






Saja nak tunjuk-tunjuk.. dia orang ni sebahagian dari anak-anak yang Ibu jaga. Bukanlah Ibu ni bukak pusat jagaan anak-anak tapi anak-anak yang belajar agama di KAFA. Well.. last week ada mid-term exam.

Macam-macam peil and macam-macam ekspresi muka. Yang muka stress.. yang panjang leher.. yang jari mencuit-cuit member sebelah.. just name it. Nak gelak pun ada.




But since anak-anak Ibu ada di semua bahagian (kelas comel, kelas pertengahan and senior) so Ibu tak bolehlah lama-lama berlegar di kawasan dewan exam. Nanti ada pulak yang kata Ibu.. you know what.

So, lepas ambik gambar (part of my job too).. Ibu pun cabut naik tingkat atas. Layan perut dengan mak-mak yang lain.


Harapan Ibu, agar yang baik-baik sahaja untuk dia orang ni. Pandai-pandailah bawak diri ya sayang..

Thursday, April 24, 2014

Ustazah INSTANT..

Assalamualaikum all,

Pandai betul korang menggelarkan orang. Ustazah segera.. Ustazah instant..

Ya.. dah betullah tu.. takda ilmu banyak mana pun tapi lagak je lebih. Terus nak keluar fatwa-fatwi macam-macam. Kan kan..

Susah.. agaknya macam ni la dugaan bila kita yang rasa nak berkongsi ilmu yang seciput ni dengan kawan-kawan yang boleh dianggap "kawan-kawan".

Mungkin time ni ada yang membaca dengan dengan tune.. "sedar pun diri tu".

Ikhlas.. sebab segala yang Ibu share tu bukan setakat ilmu dihujung jari tapi perkongsian dari yang lebih "sepatutnya" dipanggil USTAZAH. Cuma contoh Ibu lebih ringan.. lebih kepada yang mengena dengan diri sendiri.

Macam ni je la.. suka baca.. tak suka.. jangan baca.

Ibu bukak pintu rumah ni pada yang sudi nak berkongsi ilmu.

Yang lain-lain tu.. pandai-pandai la bawak diri ya.

Kita rehat dulu la ya..

Hutang itu WAJIB dibayar..

Assalamualaikum all,

Not so long ago ada kawan lelaki kami kahwin. Terlajak la jugak. Ya'ni cecah 40 la jugak time tu. Tak jadi hal pun.. dah jodoh dia nak sampai time umur tu kan. Semua ni ketentuan Allah.. lambat.. cepat.. siapa kita nak mempertikai.

Cuma yang tak best ni.. bila dia nak kahwin dia start calling-calling segala suku-sakat kenkawan yang pernah sama kerja dengan dia dulu. Hatta.. kami pun terjebak jugak la. Bukan nak menjemput tapi cuma nak S.O.S. Adatlah.. ada ketika.. ada jugak yang tersepit.

Sekali bila dia sebut nak pinjam 5K.. tercekik air liur kami sekejap. Lepas ding-dong-ding-dong.. akhir qalam.. kami pun hulur la 1K. Dengan akadnya akan dibayar semula selepas 3 bulan.

Dah ramai yang "berpesan" sebenarnya.. dengan sebab itu instead of 5K tinggal seribu saja. Bukan kami kedekut tapi seikhlasnya.. memang itu saja yang kami mampu.

Nak jadi kisah.. selepas 3 bulan belum lagi nampak tanda yang kawan sorang ni ada usaha nak membayar hutangnya. And seperti biasa, bila jadi macam ni.. Ibu la yang jadi mangsa.. 

Bukan jadi mangsa apa pun.. cuma jadi mangsa "tukang kutip hutang". Cik Asben ku jenis yang "terlampau penyegan dengan kawan-kawan".

Maka setelah puas mengarang ayat maka mula la sesi mengayat. Alangkah sedih bila kita yang memberi hutang tapi akhirnya dilayan macam kita pulak yang membuat hutang.

Tak kisah la.. walaupun setelah hutang dibayar.. nama Ibu terus di-UNFRIEND dari nama-nama senarai kawan. 10 tahun berkawan.. akhirnya itu penyudahnya.. sedih?? well I'm not.

Sebab.. kalau itulah peribadi sebenar kawan yang sorang ni.. Ibu redha.

Ding-dong-ding-dong.. baru-baru ni kami dijemput semula ke group kawan-kawan lama. Ding-dong-ding-dong dapatlah banyak update terkini pasal kawan-kawan lama. Antaranya.. tak lain tak bukan.. kawan yang sorang tu la.

Rupa-rupanya ramai yang masih menunggu giliran masing-masing.. 

Aduhaiiii.. malangnya la nasib.

Morale of the story..

Macam ni sajalah..
Hutang tetap hutang. Dah pandai berhutang... pandai-pandailah bayar.. "beransur" tu adat tapi jangan tak "bergerak" langsung. Sebab "berhutang" ni berat..

Tak percaya.. 

Surah Al-Baqarah ayat 283 : (tafsiran) 
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

In short.. kiranya.. hutang ni WAJIB dibayar.. as simple as that..

Tuesday, April 22, 2014

Cincin dijari manis-ku..


Scary babe..

Ronda-ronda.. nampak kedai cincin. Ronda-ronda nampak lagi kedai cincin.. 

Di sini kedai perhiasan diri wanita memang "bersepah". Setiap ceruk.. setiap sudut.. senang sangat nak jumpa kedai-kedai yang sebegini. Cumaaaa.. ada ke yang berkenan di hati??

Dia orang ni kalau bab berhias ada sikit "over".. actually over yang ter-over.. sungguh.. Ibu tak tipu. Jangan disangka dalam abaya and niqab tu just plain and simple Arabic Lady.. sekali tengok dia orang ni berhias di diwaniya.. ya habibi.. tak terjangkau dek akal yang biasa-biasa (Ibu la tu).

Well.. pernah dulu.. duluuuuuuuu.. lama dah. Masa Ibu baru sampai sini. Berkenan la jugak nak masuk kedai perhiasan dia orang ni. Tapi pernah sekali tu.. Minah Arab sebelah Ibu ni asyik sarung cincin ke jari telunjuk dia. Then ada la kawan dia tegur.. tapi dia jawab.. SEKSI. Geleng kepala kawan yang sorang tu.

Then malam tadi.. masa Ibu tengah beratur nak bayar barang kat market.. nampak balik benda yang sama ya'ni pakai cincin di jari telunjuk. Actually common je that type of view. Setiap masa boleh tengok. Cuma yang menarik perhatian Ibu tu sebab.. cincinnya cantik. Sungguh.. cantikkkk sangat.

Cuma bila dah disarung ke jari telunjuk tu macam "kureng" la sikit.

Anyway.. meh nak share.

Sebenarnya salah cara pemakaian cincin yang sebegitu.

Hadis Pertama 
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth a.s” 

Hadis Kedua 
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. 
- Hadith Riwayat Muslim 

Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. 
- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai

Dah macam tu.. kita cuba apply mana-mana yang patut. Berhias ni memang dituntut dalam Islam especially jika si isteri berhias untuk suami. Jap.. kita divert sikit. Pernah sekali Ibu terserempak dengan jiran sebelah masa tu dia pi buang sampah kat tangga. Ibu tegur and kata dia cantikkkk sangat. Dia jawab "I'm waiting for my husband to come back". Tersekima Ibu kejap.

Then later ada la peluang sembang-sembang dengan dia lagi. Dia ceritalah macam mana the husband memang bagi dia extra pocket money just untuk pi salon.. manicure.. pedicure.. buat rambut.. in short.. what a wonderful life. Errkkk.. termenyimpang ke lain la pulak.

Anyway.. morale of today's cerita.. pakai cincin ni sweet.. bonus.. dapat pahala kalau kita pakai dengan cara yang sepatutnya ya'ni mengikut sunnah.

P/s;
Sunnah tu kita buat / ikut jugak.
Tapi yang wajib.. jangan ditinggal pulak.

Wallahu' alam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...