Beautiful Friends

Sunday, August 31, 2014

Cerita takda gambar..

Soalan cepupas.. soalan wajib.. soalan berhantu..
Macam-macam la.. soalannya

LONG.. KO TAK NAK NAMBAH KO?
3 LELAKI.. MANO CUKUP?

Jawab Ibu.. "blom joki laei"..
(eiii.. penat la nak jawab soalan ni tiap tahun)

Subhanallah.. kenapalah kepoci sangat? Karang Ibu bukak mulut.. kut tersekima lak karang. Tak pasal-pasal ada yang sentap.. ada yang terasa.. ada yang terus angkat kaki.. tambah pulak bila ngadap orang yang lebih berusia dari kita.

Berat mata korang memandang.. berat lagi perasaan orang yang menanggung ni.

Tell me..
Siapa tak nak anak perempuan.. tell me.. tambah pulak bila dah ada 3 boys. Kut dapat sorang gegirl pun dah syukur alhamdulillah.

Tapi itu semua kerja Almighty. Kita ni yang jadi hamba DIA.. kena la redha. Setiap yang DIA dah aturkan tu.. ada la ceritanya.

Menjaga amanah Allah ni bukan mudah.. may it be boys or girls.

Mungkin..
How do I put it..
Allah tahu kemampuan setiap umatnya.
Allah tahu sejauh mana kita akan berusaha.
Dah sifat-Nya pun.. maha mengetahui.

Recently.. well.. during last Syawal.. Ibu tengok ramai antara kawan-kawan Ibu yang seronok pi beraya sana-sini. Rumah cantik.. baju raya cantik-cantik.. semua yang cantik la. Not to mention anak dara yang jugak cantik-cantik. Alhamdulillah.. rezeki masing-masing.

I bet most of them are not more than Amsyar's age. Manis.

Cuma yang Ibu kurang faham tu.. call me naive for maybe so I am. Boleh pulak ada yang merelakan anak dara masing-masing bergambar "mesra" dengan yang bukan muhrimnya. I rephrase.. MESRA as in.. mesra laa.

Siap ada yang mengenalkan teman bergambar tu as teman mesra. Bila ditanya.. jawabnya.. "senang sikit keja I.. at least dia ada kawan nak melayan".

Aik??
Mudahnya mak bapak hari ni. Boleh pulak lepas tangan macam tu saja. Call me kolot.. memang patut macam tu ke??

Yang mak bapak pulak bukan calang-calang. Segala hukum-hakam ni ilmu masing-masing jauh lebih bagus.. again I rephrase.. dengan segala pembacaan.. segala majlis agama yang dihadiri.. panggil lagi guru agama datang ke rumah.. etc.

Bab aurat. Memang betul la.. orang bijaksana pun dah keluar statement.. IMAN BUKAN DIWARISI. It something that you got to.. sambung ayat dalam hati saja la ya.

Nak je mulut Ibu ni bertanya.. so and so dah akil baligh ke? Serious.. memang Ibu puzzle. Dia orang tahu hukum mendedahkan aurat.. dia orang tahu hukum had "mesra" antara bukan muhrim.. but still.. 

Dah jadi macam tu.. (cukup la Ibu ambik 2 contoh tu saja).. nak membesarkan dan menjaga amanah Allah yang 3 ni pun.. Ibu dah rasa beratnya. Inikan pulak kalau ada anak perempuan.

Ishhhh.. berteraburnya. Tapi macam tu la yang Ibu rasa.

Nak cakap camana ni ya.. seikhlasnya.. Ibu tak rasa Ibu mampu nak menjaga walau seorang anak perempuan. Tapi kalau dah sampai rezeki kami.. pandai-pandai la bawak diri kan..

Korang faham la apa yang Ibu nak cuba sampaikan ni. Walaupun dari atas sampai bawah.. cerita tak ada yang selari..

Anyway.. selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Kami di sini tak ada buat apa-apa sambutan. Budget kureng.

Ilal liqa'..

6 comments:

  1. salam k.sham, selamat hari merdeka wpun realitinya kini nie tak pernah merdeka hinggalah kiamat pun..
    btul k.sham, takut sebenarnya amanah nak jg anak pompuan nie...berat, besar...sampai nak letak kat taska pun berpuluh2 kali pikir...
    dont wori lah k.sham...dlm quran sendiri Allah sudaah jelaskan yg Dia anugerahkan anak pompuan atau anak lelaki atau berpasangan atau jdkan mandul sesiapa yg Dia ingini..itu kuasa dia, bukan bidang kuasa kita....:)

    ReplyDelete
  2. saya pn bila sedare mara tanya, 'ank llki dh brpasang ank dare sorang je xnk tambah ke?'. Sll saya jawab ' amanah Allah yg dberi ni pn kita x tahu dpt djaga elok ke tdk nak brtambah plak?tapi x prnh trlintas tuk menidakkan rezeki Allah. Smga Allah mmbantu kita mmbesarkn amanahnya dngn jln yg betl n dredhai

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Ummu & Tifa,
    Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan serta rahmat Allah.

    Dan semoga kita sama-sama menjaga amanah Allah ini sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  4. Salam Ibuk

    anak bapak berdua sepasang,ada yang bertanya " cukup je 2 orang" bapak jawab , tak sempat pasal siang malam sibuk noreh kat kebun hahaha

    anak adalah anugerah dan amanah Allah yang berat sebenarnya tanggungjawabnya yang perlu dilaksanakan buat ibubapa .

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt Bapak,
    Setuju.
    Menjaga amanah Allah ni bukan sekadar melahirkan, membesarkan, bagi cukup makan pakai.. pi hantar sekolah etc.
    List tu goes on.. and on.. and on.

    Semoga yang baik2 sahaja utk anak2 kita kelak hendaknya. Insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. kak.. saya yang anak sorang je nih pun selalu gak panas telinga.. mcm2 tekaan. tapi lama kelamaan saya dan pekakkan telinga jer, kekadang ada yg tanya, merancang ke.. saya jawab senang jer, Yer.. memang merancang, tapi perancangan Allah :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...