Beautiful Friends

Wednesday, August 27, 2014

No Gadget Day..

Alhamdulillah.. kita dah masuk bulan baru hari ni.. Zulkaedah dah ni. Orang lain mungkin dah "over" dengan cerita during Syawal tapi Ibu baru nak bukak buku. Layankan saja la ya.

No gadget please..
Rasa macam hilang separuh nyawa bebudak ni.. dah biasa dok sini anak-anak memang tau main game jer la. Kut tak pun.. layan movie. Nak turun bawah.. alahai.. apa la yang bebudak ni boleh buat. Setakat main scooter.. sepak bola lebih-kurang.. banyak yang HARAM dari yang boleh dibuat. Tambah pulak dah musim panas ni. Berkurung dalam rumah je la kan..

Dah jadi macam tu..
Balik kampung wajib kena buat itu.. try buat ini. Dah nama pun asal dari kampung kan.


Mujur Ibu dia orang jenis yang kuat melasak masa kecik-kecik dulu. Setakat masuk hutan kecik depan rumah.. memang dah jadi perkara biasa. Kut Ayah and Omak sey tak jumpo dalam umah.. pi la carik dalam somak nun.. insya'Allah.. sure ado tu. Kut tak men masak-masak.. tongah carik buah gotah la tu.

Tapi dulu Ibu main masak-masak sensorang jer. Mana ada budak pompuan lain nak join. Anak orang susah. Patung togel pun tak mampu nak beli. So.. layan diri je la.

Okey back to my kids story.
So, kali ni Ibu and Cik Asben pakat ajar dia orang cari buah getah then.. kita lawan buah getah la (as shown in the picture).

Kut ikut style Ibu.. Ibu kapit antara dua tapak tangan. Yang pecah.. kira kalah la. While Cik Asben pulak.. rupanya orang belah sana akan tindan 2 biji buah getah tu atas tanah.. then tepuk. Again.. siapa punya yang pecah.. declare kalah la.

At first terkial-kial jugak my boys nak adjust buah getah tu.. tapi dah anak jantan.. lepas tu.. faham-faham sendiri je la.


Then untuk aktiviti belah malam pulak.. kami buat camp-fire. Tak jauh mana pun.. tengah laman rumah je. Setakat nak ambik feel.

Kat sini ada jugak camp-fire. Tapi nunnnnn kat tengah padang pasir tu la. Tapi Ibu belum pernah lagi bagi budak-budak ni join. Tunggu la sikit tahun lagi.

Well.. nak bagi feel lagi.. kami siap pasang khemah kecik and buat bakar-bakar apa yang patut. Alahhhh.. setakat bakar sosej and daging burger je. Tapi kut dah masuk perut 2-3 peket.. kenyang jugak. Unggun api wajib kena ada.. actually.. itu yang jadi main attraction. Sakan budak-budak ni layan bakar kayu. Mujur stok cukup sampai ke subuh.

Bab tidur..
Boleh pilih.. nak sedap.. tidur dalam rumah.. nak thrill sikit.. kita pakat tidur dalam khemah. Tapi last-last.. Ibu and Cik Asben pulak kena tidur dalam bilik sebab khemah dah full. Tak sangka pulak my boys nak tidur kat luar.



Main air.
Standard la kan. Budak mana yang tak suka main air. Tapi nak pi mandi sungai Ibu kurang setuju sikit la. Sungai kat belakang rumah tu dah lama tak terurus. Nak pi sana pun nak kena lalu "mini zoo". Kut setakat jumpa lintah pacat tu.. takda hal la. Tapi kut jumpa Cik Khin#*@.. aduhai.. 

Anyway.. yang sempat dia orang ni pi layan.. Ulu Bendol je la. Kut sebelum tu dia orang pi mandi kat area yang dah dinaiktaraf (apa barang mandi kat tempat macam tu).. Ibu bawak dia orang mandi kat ceruk sikit la. Air pun extra sejuk..

Memula tu banyak komplen jugak.. ye la dah biasa mandi kolam yang ada slide segala tu kan. So.. kali ni Ibu ajar dia orang buat empangan guna batu etc. At last.. tau-tau je la kan.

Tu la.. belum try.. belum tau..



Just before kami balik (on the last day).. sempat jugak Ibu layan bebudak ni dengan main baling tin ngan seliper pulak.

Bab tang "aim".. hancussss..

Jenuh jugak nak ngajar bebudak ni. Yang betul nyer "gelojoh". Over excited. Bak kata orang Negeri Sembilan.. "peteng boto-boto" bi'makna.. aim betul-betul.

Tak lama lepas tu.. sumo dah tera.. sumo dah handa..

Seliper siapa jadi mangsa.. seliper Atuk ngan Uwan la sebab seliper dia orang yang paling berat and besar. Tak main la baling ngan bola rounders. Budak kampung kan.. so kena cari "feel" yang betul-betul kampung la kan.

Selain dari yang dalam gambar ni.. ada la jugak bebudak ni layan main layang-layang.. main jentik tutup botol oren.. kayuh beskal keliling kampung..

Nak bagi melasak sangat pun.. takut jugak. Dengan kes budak hilang.. ishhh.. nau'zubillah.. tak tergamak Ibu nak fikir sampai ke tahap tu.

Hence.. setiap apa yang dia orang buat tu terpaksa la jugak Ibu monitor and "join" sekali.

Insya'Allah.. kut ada rezeki lagi tahun depan.. kita sambung dengan games yang macam-macam lagi. Bebudak ni pun dah seronok.. siap dah suruh Ibu and Cik Asben prepare list lagi.

Ila'liqa.. (Ibu nak masuk dapur prepare sarapan pulak dah ni).

9 comments:

  1. assalamualaikum k.sham.. sihat? terlepas rindu kat k.sham bila dpt baca celoteh k.sham.. hehe

    bestnya main biji getah! su dulu masa kecik2 pun, main gitu jugak. seronok bebenor kalu dpt jumpa biji getah yang 'power'. tapi kitaorg guna cara cam husband k.sham. dulu2 cari biji getah tu depan rumah jer, ada kebun getah kecik kt situ. la ni, kalu nak cari kena pegi bukit la. budak2 pun dah tk reti main dah.



    ReplyDelete
  2. lama benor dah tak main baling selipar tuh.. even budak2 kampung pun dah start terperap kat umah la ni... game moden dah masuk kg huhu

    ReplyDelete
  3. bgus kak buat aktiviti mcm ni mengeratkan silaturahim..

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam wbt Su,
    Budak ari ni games di hujung jari.
    Memerap dlm umah je la.
    Kut kluar pun.. still ngan gadget jugak.

    ReplyDelete
  5. Betul tu Mila,
    Budak kg pun dah celik IT ari ni.
    Dunia dah berubah.

    ReplyDelete
  6. Kopiolimauice,
    Sesekali bila parents and kids layan aktiviti macam ni.. mmg seronok.

    ReplyDelete
  7. seronok anak-anak kak sham experience kampung life.mesti dah balik pasir berdengung diorang rindu.

    sekali-sekala takde gadget memang bagus!

    ReplyDelete
  8. Sal Bee Yah,
    Balik sini suma muka bosan sbb kena dok dlm umah jer.
    Unlike mcm kat kg.. blh pi sana sini.. blh buat itu ini.

    ReplyDelete
  9. teringat my kakak kata , kita dulu main teng - teng . budak sekarang , games saja yg menarik minat mrk . dah dok bandar kan . bila balik kg sesekali , haruslah main permainan tradisional ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...