Beautiful Friends

Tuesday, October 21, 2014

Khasiat daun durian belanda..

Khamis lepas..
Lagi 10 minit nak azan maghrib.. Ibu dapat message.. ada kawan berkirim mintak bawakkan daun durian belanda. Mujur saja ada pokok durian belanda di rumah jiran sebelah rumah.

Mujur jugak sempat Ibu pi petik 10-20 helai. Sebab lepas maghrib tu.. Ibu dah nak bertolak balik ke sini.


Tapi.. tu la kan..
Daun durian belanda.. untuk apa la pulak kan.

Tak sempat nak gugel.. tak sempat nak tanya apa-apa. Cuma kemudian tu bila dah lega-lega barulah Omak sey bagi tau daun durian belanda ni memang mujarab untuk membunuh "kepinding".

Kepinding tu sama la dengan suku-sakat PIJAT. Orang N9 jer yang guna nama kepinding.. ke ada negeri lain panggil jugak nama tu.

Eiiii.. geli semacam la kalau tengok spicis ni..

Anyway.. cara-cara nak menggunakannya.
Daun durian belanda tu diramas-ramas kemudian diletakkan di bawah bantal.. di bawah tilam atau mana-mana kawasan yang ada pijat.

Reason..
Nak bagi keluar bau daun durian belanda tu la. Bau daun durian belanda tu la yang pijat tu alah.

Sebenarnya.. banyak lagi khasiat daun.. buah durian belanda ni.. korang gugel la sendiri nanti ya.. banyak la pulak..

So.. lepas ni kut la ada sesapa yang ada masalah pijat ni.. boleh la try guna kaedah ni. Mudah-mudahan berkesan.




P/s;
Selamat duit untuk pest kontrol babe.

10 comments:

  1. Salam ibu..
    selamat berkenalan...

    Terima kasih share petua pasal daun durian belanda ni.

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt Hawa,
    T.kasih kerana sudi singgah.
    Insya'Allah.. lega2 nnt K.Sham balas ziarah ke rumah sana pulak.

    ReplyDelete
  3. Dah lama cari ubat atasi pijat tu....selalu guna serai je.

    ReplyDelete
  4. oic….itu rupanya khasiat daun durian belanda. btw mmg xkenal gak la binatang tu. mungkin nama lain kot

    ReplyDelete
  5. Ooooo...itu rupanya yer kak. Dulu2 masa tilam kekabu, banyak la pepijat. Sekarang ada lagi yer kak...?

    ReplyDelete
  6. baru tahu kegunaannya . masa kecik dulu ada byk pokok durian belanda kat kg tapi x tau lak blh guna halau pijat ...

    ReplyDelete
  7. ooo bru tau..eh sgor pon panggil kepinding kak ;p

    ReplyDelete
  8. Thanks a lot kak! Info yang sangat berguna. Saya baru tahu... Great! :)

    ReplyDelete
  9. Kepinding dgn pijat samo ko? Atau kepinding tu bosar sikit dari pijat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...