Edisi membebel ni..
So mana-mana tahap umur anak-anak yang tak suka mak-mak membebel.. elok la bawak diri ya..
Ibu ni orang tua..
Or shall I say.. orang tua yang stail orang kampung.. bukan orang kampung tahun 2014 tapi memang the veryyyyyyy kampung one.
Some say I don't play well with others..
Ye kut..
Dah macam tu.. peil gedik-gedik ni.. kurang berkenan la sikit hamba.. pesen baju seksi-meksi ni.. terus mata ni kata "no". Big NO !!!
Kut dah ber-friend tu.. kita unsubscribed je la sebab LESS IS MORE..
Kurang kita tahu.. kurang kita tengok.. kurang sakit hati.. kurang kita bersangka buruk.. kurang segala la apa yang patut.
Nak tegur masing-masing ada laki.. ada mak bapak.. kita sendiri pun ada jugak sedara-mara yang masih dalam "kategori" tu.. dari menegur yang lain mak bapak ni.. elok la tegur yang sedarah sedaging dulu. Kita tahu atas bawah macam mana rentak lagu yang nak diayun.. tau pulak ayat nak nak diguna..
Berkredibiliti tinggi. Jiwa kental kunun.. tapi bila ditegur sikit dah meraung.. dah meroyan.. sentap..
Pada yang ditegur terus jadi sentap..
Pada yang menegur pulak terus jadi punching bag.. segala cerita kasta zaman dinosor pun terkeluarlah. Kut cukup kredit.. cerita zaman pakai lampin bayi pun sama terbarai.
Mana pi jiwa kental?
Mana pi jati diri?
Bila ditegur sikit terus merundum.. terus ambik ati.
Kita menegur sebab kita sayang..
Sebab kita masih ambik tahu..
Sebab kita masih ada agama..
Tapi kut la dah kata..
LANTAK KO LA..
Apa maksudnya tu??
Sila sambung dalam hati je la ya..
Ibu pun tak lari dari salah silap.. as I said.. albeit Ibu ni skima Robocop. Takda soul.. takda jiwa.. tak ada perasaan.. tapi kut tepat kena ke diri sendiri.. masih jugak kena terima..
Bersyukurlah kalau masih ada yang sudi menegur.. atau melihat. Sebab bila orang dah menyampah.. orang dah muak.. solution.. suka ati ko la..
Kepada semua suku sakat yang membaca bebelan Ibu ni.. and kalau ada yang terasa.. in advance Ibu mintak maaf.. panjang umur raya tahun depan kita gegar tangan ikhlas depan-depan..
Seikhlasnya.. bila dah masuk tahap umur senja ni.. barulah Ibu nak sedar diri sikit dengan "cerita" mak bapak kita dulu. Barulah nak faham kenapa dulu dia orang pun membebel macam ni jugak.. sebabnya.. itu tanda dia orang SAYANG..
Takda kena mengena pun.. saja suka..
No comments:
Post a Comment