Beautiful Friends

Monday, December 7, 2015

MENGGIGIL dah ni..

Tajuk cerita ari ni.. MENGGIGIL.. dapat bahan dari berbalas komen dengan Wak kat rumah sebelah. Tapi cerita Ibu lain sikit la.. Nak tau.. kena baca la.

Ari ni patut nyer Ibu puasa.. dah niat and dah sahur pun.. ari Isnin kan. But no can do. Pagi-pagi dah dapat cerita dari sorang bibik ni.. kisah nyer.. minah yang tolong Ibu kat kedai ni main duit. Tak cukup dengan tu.. lauk.. kuih-muih selalu sangat dia cilok bawak balik rumah.

Btw..
Please bear with me. Kali ni ayat mungkin sedikit 'manis' sebab I just can't find better words to express my disappointment.

Sebenarnya dah lama kami dok syak something very wrong kat kedai tu. Nasik.. tong bertambah.. lauk habis.. kuih habis.. but on certain days.. duit kurang dari jualan biasa. Tapi kami redha.. adat la.. bukan rezeki kami. Itu laa ayat 'pemanis' hati.

Fyi..
Bukan kurang setakat RM30-40.. main ratus jer ni.

Only this morning.. sorang bibik di dapor (dia kena ganti 'bibik' tu ari ni) bukak mulut. Kisah nyer ada housemate bibik tuttttt tu.. ternampak duit dalam stokin. Terus ditanyakan.. tuttttt (let just call her tuttttt ya). 'Kenapa dalam stokin kamu ada uwang?

Terus muka tuttttt berubah.. end of story.

Tapi sebelum ni banyak kali sudah other housemates mengadu ke my Omak.. jumpa lauk-pauk (bukan sikit okey).. jumpa kuih-muih.. dalam fridge si tutttttt. Again. we can't do anything.. tak nampak kat mata kan.

Cuma bila cerita pasal duit dalam stokin ni timbul.. me terus menggigil satu badan. Bukan sebab marah.. tapi sebab frust. Semua yang diberi amanah pegang duit.. semua buat peil. Yang buat-buat duit jatuh then pijak duit then masuk poket la.. yang tolak duit dari atas meja then somebody sambut kat bawah dengan beg la.. dengan cerita hulur RM50 tapi bagi duit tukar RM40 or RM30 la. Semua gelap mata dek duit. Tak takut makan duit haram ke?

Cuma kami tak dapat nak kata apa sebab.. tak ada bukti kan. Nak tuduh.. salah tuduh.. fitnah pulak. Tapi rasa memang tak berbaloi la bila kami ni kena bangun jam 3.00 pagi then ada pulak Hamba Allah suka-suki-suko buat macam tu. Terus badan jadi longlai.. Me yang mula nyer puasa.. terus kena pi carik air manis. Dahi.. tangan dan berpeluh babe.. boleh tumbang nanti.

Thus pasal si tuttttt ni pakai stokin sebenarnya dah lama kami perasan. Tapi Ibu ni.. jenis tak ada nak berburuk sangka cuma fikir mungkin si tuttt ni takmo kaki dia hitam dek kena matahari. Sedangkan Ibu yang baru 2 bulan ni kaki dah berbelang.. apatah lagi si tuttttt..

Ada jugak bibik yang lain pernah bertanya ke si tutttt.. 'kok kamu kuriman?' KURIMAN tu macam orang ada wayar short sikit la. Kira macam orang tengah dok dalam panas tapi orang tu dia siap pakai baju tebal-tebal. Tapi si tuttttt jawab.. 'aku demam'. End of story.

Tapi hari ni.. kecoh la sudah satu rumah. Rupa nyer bukan setakat dengan Ibu jer.. masa dengan bibik lain pun si tuttt dah buat peil. Siap disuruh pi tapau air di kedai Auntie Mary (agak nyer time tu la dia nak projek). Masya'Allah.. mulut nihhhhh..

Sekarang ni.. nothing much can be don't.  As I said.. nak tuduh.. tak ada bukti. Cuma kata my Omak.. she has come out with a plan. Kut dulu dengan si dia tu.. si dia ni.. Omak boleh settle.. hopefully.. Omak can do the same with si tuttttt..

Mungkin ada yang kata.. buang kerja jer.. carik orang lain. But knowing my Omak.. dia takkan bagi peluang ke anybody yang buat pedajal dengan rezeki dia. Some how or rather.. sikit pengajaran kena bagi jugak. So at least bagi orang tu sedar.. thus peniaga Melayu (kawasan tu) macam kami ni takkan terkena dengan orang-orang macam ni.

Okey.. habis dah mengadu kat sini.

Kut ada perkembangan nanti.. Ibu share kat sini.

P/s;
Kut sesiapa ada idea camana nak handle si tuttt ni.. tafadhali..


6 comments:

  1. citer lar sikit OMak tak wat camane dgn bibik tutt tuu., huhu2 bengang kanns.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la Wak.
      Omak pun tak cakap apa-apa lagi.
      Tunggu jer la. Dia yang 'Madam'.

      Delete
  2. huhu sabarlah kak.

    mak saya dulu pon pernah alami situasi begini waktu berniaga bulan puasa, memang ada lah yang jenis cepat tangan duit pelanggan bagi dia tak bagi pada tokei tp dia ambil buat rete dia

    mak saya takdelah nak tuduh cuma dia akan pastikan minta selalu duit pelanggan yang ada dalam apron pekerja dia, maksudnya jangan bagi peluang dia pegang duit lama-lama

    kalau akak berniaga di kedai, apa kata pasang aje cctv untuk rakam segala tindak tanduk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bab 'duit' ni.. agak nyer ramai yang cepat rambang mata.

      Delete
  3. Salam kak, saya mmg seronok baca blog kak. Silent reader je, tapi hari2 refresh blog kak. Update ya psl bibik tu huhu. Ada rezeki blh dtg kedai kak nnt, semua nampak sedap.

    Sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah.. masih dalam perhatian Sya.
      Tapi kami pun tak kejam mana. Kalau dia nak berubah.. insaf.. kami still terima dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...