Assalamualaikum all..
Hari ni hujan sepanjang hari.. tapi alhamdulillah.. rezeki kami masih ada. Mungkin jugak walaupun dalam sejuk-sejuk ni masih ada yang tak berkira sangat setakat kena sedikit tempias hujan di warong kami demi untuk memanaskan perut. Mungkin jugak sebab nanti lunch ada yang dah pakat malas nak keluar makan so tapau saja nasik lemak.. sambal asing.. lauk asing.. khalas.. whatever it is.. hanya tuan badan yang mampu menjawab..
Life kami seterusnya.. masih macam biasa.. anak-anak bersekolah 2 sesi.. ya'ni lepas berkemas-kemas di warong.. terus dengan routine as supir. Rushing nak masak lunch bla bla bla.. semua yang biasa-biasa.
Cuma petang ni.. Ibu dapat extra rehat.. Omak berkirim lauk ikan sungai masak pati santan dengan daun kunyit. Later.. Cik Asben pulak.. suka-rela masuk dapor prepare daging goreng kunyit. Simple yet bliss.
Tak ada sayur.. Ibu petik jer ulam yang ada dalam fridge tu.
Khalass..
P/s;
Hidup ni jangan 'memilih' sangat.. bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling kita.
Betul sham bersyukur la dengan apa yang kita..rezeki kita Alhamdulillah
ReplyDeleteBersederhana..
DeleteBila kita terlalu mengharap yang macam-macam.. serabut kepala..
Puan Sham,
ReplyDeleteSedap nampak lauk yg emak ciksham bagi. Masakan mak tentunya terbaik.
Mak masak apa pun.. hatta goreng telur semata pun sedap..
Deleteless is more gittew konsep dia kak.
ReplyDeleteyang simple tu yang sangat sedap sebenarnya.
kena je dengan selera kita.
nasi panas telur goreng pun dah heaven sangat rasanya... cicah sambal kicap....
yummmy
Goreng telur + nasi panas = mmg tak pernah mengecewakan..
Delete