Beautiful Friends

Friday, January 27, 2017

Tetamu bawa rezeki..

Assalamualaikum all.. & Jumma mubarak..

Pagi-pagi lagi Ibu dah dapat wassup dari adik yang sorang ni. Nak datang ke warong kata nyer. Dah alang-alang hari Jumaat.. Ibu pelawa lajak solat Jumaat dulu.. lunch then terpulanglah program terjah selepas tu.

Alhamdulillah.. dari bersarapan di warong.. selepas tu solat Jumaat and lunch. Just as I planned. Cuma bila dah tetamu main terjah ni.. benda pertama yang kita terfikir.. sure bab makan. Walaupun dia orang ni tak minta dijamu itu ini.. kita sebagai tuan rumah sebaiknya buatlah apa yang perlu.



'tetamu itu rezeki.. tetamu itu bawa barakah'


And dah sedia maklum Ibu memang berjual daging and perut salai.. kita jamu saja adik-adik dengan lauk yang paling sinonim dengan orang N9.


Sementara suami.. anak-anak and adik-adik solat Jumaat di Masjid Al-Faizin.. Ibu berperang di dapur dengan apa-apa yang sempat dipetik dari gerobok fridge yang dah hampir kering.

Hasilnya..
- gulai daging and perut salai
- ayam goreng kunyit
- sayur campur
- telur dadar
- ulam
- buah epal
:: alhamdulillah.. sempat Ibu masak semua ni sementara menunggu dia orang semua balik dari solat.. (suspen sebenar nye..)

And since Ibu masak extra dari biasa (kuantiti).. rasa nyer sempatlah kami lajak untuk dinner sekali. Untuk esok kita fikir laa apa yang patut pulak.

P/s;
Terharu bila masih ada adik-adik dari Kuwait Universiti yang ingat lagi kami di sini.

Khalass..

5 comments:

  1. Lama tak dengar cerita Ibu Sham? Sihat kah? Wah, dah berniaga di bumi Kuwait rupanya.Semoga dimurahkan rezeki ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan adik KSham yg sorang ni pun sihat-sihat adanya di bawah jagaan-Nya.

      Kami dah setahun lebih balik 'for good'. Letih dah merantau..

      Delete
    2. oh..tulah, dah korek entry lepas-lepas.

      Delete
  2. Alhamdulillah sham tetamu datang bawa rezeki..dan seronok bila ada tetamu..seronok bila dapat jamu tetamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Acik.
      Mmg seronok.. sesekali berjumpa macam-macam cerita yang keluar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...