Assalamualaikum
all..
Tu
ari Ibu pi tapau air kat warong Wak. Sekali tu telinga terdengar la pulak
sorang mamat ni dok pung pang pung pang komplen pasal sekolah anak dia. Ni
cerita pasal mesyuarat PIBG la kut..
Dari
apa yang sempat Ibu curik-curik dengar tu.. mamat ni tanya..
'kalau
saya bayar yuran kelas tambahan ni.. cikgu boleh pastikan anak saya dapat 6A
ke?'
First
and foremost.. memang satu tanggungjawab ke cikgu-cikgi kat sekolah tu sampai
macam kena buat aku janji anak-anak murid WAJIB dapat 6A.
Then
dia komplen pulak kelas tambahan UPSR anjuran sekolah tu tersangat la mahal.
Sedangkan..
-
ko mampu beli gadget and mainan yang macam-macam untuk anak
-
ko mampu beli henfon canggih untuk anak-anak
-
ko mampu pi cuti-cuti siap kompang lagi tu
-
ko mampu buat party birthday anak beratus-ratus hengget
-
ko mampu tunjuk baju raya 30 helai untuk cover satu bulan raya (contoh)
-
ko mampu beli keta besar gedabak walhal anak baru dua orang jer
-
ko mampu beli moto besar
-
ko mampu belanja kenkawan ngeteh kat tempah kurlassss la sangat
::
ehhh macam-macam la lagi yang tunjuk yang ko bukan orang SUSAH mana pun..
Tapi
bila YDP bentang financial budget untuk kelas tambahan UPSR.. ko punyalah
'melatah'.
Dah
tu boleh pulak ko tanya..
-
kalau anak saya join kelas ni wajib ke saya bayar yuran tu..?!
Ello..
200 hengget nyer yuran divide by 10 months.. berat sangat ke pada ko bang..?!
Ko tak malu ke guna duit orang yang dah bayar yuran untuk cover alat tulis..
kertas.. segala kemudahan sekolah.. dan lain-lain tu. Orang lain pun ada
masalah masing-masing yet they set their priorities. Takda la nak menyusahkan
pihak sekolah or sesapa yang terlibat.
Tapi
yang paling penting..
Mana
barakah nyer ilmu anak ko tu bila ko sendiri suka suki tumpang DUIT orang..
kemudahan sekolah.. tapi untuk anak ko sendiri.. punyalah ko berkira.
Come
on la bang..
Ilmu
dunia ke.. ilmu akhirat ke.. barakah tu penting. Biar sikit pun yang kita dapat
tapi kut berkat.. melekat sampai bawak ke mati bang.
Jangan
la mentang-mentang anak ko sekolah gomen.. ko nak suruh gomen tanggung semua.
Dengan alasan.. ada peruntukan.. gunakan la..
Ye..
memang ada peruntukan. Tapi kalau ko dengar pembentangan financial budget..
rata-rata semua sekolah tak cukup duit bang. Semua sekolah sedaya upaya carik
duit 'tepi' sebab nak menampung keperluan sekolah yang macam-macam.
Serious
babe.. terbakar jugak telinga. Ringan jer mulut ni nak menjawab. Tapi sebab
mamat tu jiran Omak.. seal jer la mulut.
End
of the day.. Ibu cuma dapat harap.. pada sesiapa yang baca luahan hati Ibu ni..
try dok dendiam sekejap. Fikir balik..
-
berkat ke ilmu yang anak-anak kita dok belajar selama ni?
End
of story..
Kadang ada yang nak bayar disekolah merungut tapi boleh pulak hantar anak ke pusat tuisyen sham
ReplyDeleteMemang itu pun point Sham. Tuisyen di luar memang mahal Acik. Tapi masing-masing mampu bayar. Tapi yang di sekolah.. banyak pulak dia punya komplen.
DeleteYang di sekolah tu, cuma sebagai tambahan dan tak diwajibkan pun. Cuma, kalau kita dah enroll.. pandai-pandai la buat kira-kira.
warong kurlass yang mana yang wak tu selalu belanja kengkawan., nnti wak nk join bolee., kehkeh2
ReplyDeleteWarong Wak tu tempat geng melepak kaum bapa kat sini jer Wak. Tak mahal mana pun. Tapi ksham suka jer pi sana. Especially ari Isnin & Rabu.. sebab ada sup tulang power.
Deletesekolah pun dah kena buat belanjawan bajet ..betul sgt ibu sham semua sekolah kena pandai cari duit tepi utk pembangunan sekolah
ReplyDeleteMmg terpaksa Nieda.
DeleteNak harap budget yang gomen bagi.. memang tak cukup la. Dah tu.. PIBG la yang kena galas tanggungjawab untuk bantu cari duit tepi. Bukan untuk sesiapa pun.. untuk kemudahan anak-anak kita yang belajar di situ jugak.
Nanti bila anak-anak terpaksa beratur perhimpunan sekolah tengah padang.. komplen jugak (contoh). Walhal masa plan asal sekolah.. yang itu tak masuk budget pun. Jadi nye.. PIBG la jugak yang kena cuba dapatkan sumbangan masyarakat keliling. Tapi orang kita ni cuma pandai komplen.. komplen dan komplen.. tapi bila ada xtvt untuk tambah dana sekolah.. semua sepi.
Abih camno tu..
Memang ada kan kak...kaya sangat tu tidak..tapi lagak lebih. Bila berlagak...jadilah dia kedekut nak beramal jariah...
ReplyDeleteAllahuaklam...