Beautiful Friends

Monday, May 8, 2017

Bawaklah bertaubat..

Assalamualaikum all..


Sebenarnya gambar ni cerita lama dah ni.. Sept 2016. Jiran terkantoi masa tengah best dok kuis-kuis sampah masuk dalam kawasan rumah Ibu. Tapi yang paling best tu sebab 'masih dalam ber-telekung' pulak tu. Thus Ibu kongsikan cerita tersebut di FB dengan maksud janganlah kita jadi seperti si Penjual Ikan (Selfish). Ko nak masuk syurga tapi sampah ko yang berterabur depan rumah tu.. ko kuis-kuis masuk kawasan rumah jiran.

Why am I so confident kata itu bukan sampah Ibu.. sebab Ibu tak minum pun susu cap teko.. anak-anak Ibu tak makan pun biskut tiger susu tu. But.. seafdhal nyer.. the solution should be.. one of us kutip sampah tu.. ikat elok-elok then buang dalam tong sampah.

Tapi Ibu tetap takmo ngaku itu sampah Ibu sebab Ibu tak buang sampah berterabur macam 'some people'. Sampah kami dimasukkan dalam plastik kecik-kecik then dikumpulkan dalam plastik hitam so pekerja yang kutip sampah tu tak perlu guna extra tenaga untuk kutip 1-1. Sekali harung jer angkat plastik yang hitam tu.

Then hari ni.. ada pulak yang datang ngadu kata ada orang dalam telekung lepas isyak dok kuis-kuis sampah masuk kawasan rumah Ibu. Ingatkan insaf dah lepas terkantoi pagi lepas suboh tu. Rupa-rupanya.. masih jugak dengan perangai tutttttt tu.

Ibu yang sebetulnya dah sampai ke tahap muak nak baik sangat. Sampah jiran.. plastik-plastik sampah yang dah membuak-buak keluar dari tong sampah.. then bila ada saki-baki sampah berterabur.. Ibu jugak yang mengemaskan. Ranting-ranting bunga kertas yang berduri tu.. ko tak pack elok-elok dalam plastik (main boh jer atas penutup tongs sampah).. thus takda la pekerja tu nak 'melayan' sampah ko.. Ibu jugak yang mengemaskan. Tong sampah ko terbalik etc.. Ibu jugak yang pi kutip. Ishhhhh.. banyak sangat la nak diceritakan 'kebaikan' Ibu kat sini.

Tapi at one point.. Ibu pun dah jadik malas. Naik jemu nak mengemaskan sampah ko. And bila hari ni.. ada orang datang ngadu.. ko masih dengan perangai lama.. masih dalam ber-telekung kuis-kuis sampah sepak masuk dalam kawasan rumah rumah lain.. berdesing jugak la telinga ni.

Kawasan perumahan ni kawasan perumahan lama. Semua orang kenal with each other. Ko tak kenal Ibu tapi ko kenal Omak or at least orang akan kata 'tu anak nyer si tutttt yang dulu dok oversea tu'. Uishhhh muluttttt. Then bila orang ngadu Ibu tak campur masyarakat.. well.. inilah sebabnya.

Penat dengan perangai some people yang konon lagak baik acah-acah masuk syurga tapi tang SAMPAH.. buat peil macam tu.

Lagi pun.. Ibu tak minat nak sembang tepi pagar ni. Pada Ibu.. ada masa.. and even banyak masa.. LESS KNOWING IS BETTER.

Ni konon datang nak menjemput kenduri.. tahlil.. etc.. at last segala cerita zaman Firaun ko baraikan. Janda tu.. Cina gila tu.. semua tak pasal-pasal Ibu tumpang dengar.

Bila Ibu mintak diri.. bagi alasan itu ini.. tak lama lepas tu ada jer nanti ngata kata Ibu ni tak campur masarakat.

Sampaikan Ibu tak pi berjemaah kat masjid pun jadi bahan.

Adeihhhhh..

Okey.. penat dah membebel. Banyak betul dosa korang tumpang baca Ibu membebel hari ni. Tapi inilah sebenarnya luahan hati Ibu. Dengan harapan korang yang baik hati.. waras berfikir.. iman penuh di dada.. janganlah buat macam 'some people' tu.

Hiduplah dengan bertimbang rasa.. hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak rugi pun..

Okey.. penat balik niaga pun tak habis lagi ni. Nak luruskan pinggang jap.. then kut la dapat mimpi indah dalam 30 minit.. before we hit for dapur again.

P/s; Janji tau.. jangan buat peil macam 'some people' tu. Tak baik buat orang marah..


Ilal liqa'

3 comments:

  1. Jiran2 acik Alhamduliah tak de yang buat perangai gitu sham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki Acik la tu. Dapat jiran baik ni.. memang rezeki. Ada masa macam ganti keluarga jugak.

      Delete
  2. hahaha.. bb sampah ni mg boleh jadi gaduh dengan jiran. banyak2 bersabar yer, ken sound direct kut.. baru dia tahu apa yg dia buat tuh salah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...