Beautiful Friends

Saturday, May 6, 2017

Demi sesuap nasi.. sedikit rezeki..



Alhamdulillah.. 

Weekends memang hari yang biasanya hari extra busy dibanding dengan hari-hari yang lain. Dari yang dok kat depan sampailah yang di dapor.. kena alert.. sila ensure anda dalam linkungan 'boleh dihubungi' dan bukannya 'bergayut' sebab Madam semua kena dok depan (nak kena beli walkie talkie jugak nanti ni)..

- tolong masak nasik lagi
- tolong panaskan sambal lagi
- tolong rebus telur lagi
- timun kacang etc semua nak kena perhati
- itu belum dengan yang dah order siap-siap dari rumah
- bla bla bla..

Tapi kalau dengan kesibukan kami sehingga ada orang yang..
- ambik kuih 10 bijik tapi claimed cuma ambik 8
- mintak nasik tambah tapi claimed bungkus nasik biasa
- nak itu ini tapi bila tang bayar semua nak bayar minimum
- nak kena layan cepat tapi dia sendiri sibuk layan wassup sambil sengeh sensorang then bila tak kena layan dia sendiri menjerit-jerit marah-marah orang macam kita ni nak kena ikut layan dia sorang jer
- itu belum lagi yang membebel semua dah habis tapi dia sendiri datang time periuk sambal.. tong nasik.. bekas kuih semua dah naik atas meja (dah habis la tu)

Yang TER itu ini.. lillahi'taala saya halalkan. Tapi fikir jer la.. benda nak jadik darah daging. Jangan sampai diri jadi gelap hati sebab makan makanan yang bukan hak kita.

Biasakan memudahkan kerja orang.. insya'Allah tuhan akan layan kita lebih baik dari itu.

Esok hari Ahad.. mudah-mudahan Allah beri kami rezeki yang lebih baik dari hari ini. Ameenn

Btw, ini bebelan dari pihak peniaga kecik macam Ibu ni. Kami modal pusing tak banyak mana. Gaji pekerja nak dibayar.. elektrik.. air.. barang-barang pun semua dah naik harga.. itu ini.. semua nak kena ambik kira.

Bila kita cerita.. orang kata..  macam-macam la kan.

Macam ni saja laa. Kita ni saling memerlukan. Peniaga perlu pelanggan dan begitu jugaklah sebaliknya. Jadik sama-samalah kita saling faham-memahami antara satu sama lain. Kami sedia maklum 'rezeki kami' dalam poket anda semua tapi janganlah ambik kesempatan atas kesusahan kami.

P/s; cuma hairannya.. masing-masing bila makan di restoran besar.. takda pulak banyak songeh unlike seperti membeli di warong kecik tepi jalan nun. Opsssss..


4 comments:

  1. Setuju sangat dengan statement yang last tu.. makan restoran besar tak banyak songeh.. bila kat kedai kecik demand macam hampeh je.. yang niaga kecik2 juga nak ditindas.. patutnya ditolong supaya makin maju.. semoga makin murah rezeki akak berniaga.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabb.
      T.kasih kerana memahami situasi kami.

      Delete
  2. Asal rajin beruaha tentu lumayan (bukan murah) rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah.. selagi Allah pinjamkan kesihatan yang baik serta usia.. selagi itu kita perlu berusaha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...