Beautiful Friends

Thursday, September 12, 2013

Menumpang rezekinya orang..


Aiyokkk!!!!
Macam mana la tak terkejut. Berderet miss-call dari Ikhwan. Ralit sangat sampai tak perasan.

Ikhwan ni sebenarnya student Kuwait U. Biasa mengajar anak-anak Ibu mengaji and Bahasa Arab. So without any delay, terus la Ibu call balik. Rupanya dia nak datang rumah nak mintak tolong simpankan ikan-ikan yang dia and few others pancing. Unfortunately, freezer Ibu sendiri dah 95% penuh. Siap mintak tumpang freezer Uncle Bob lagi.

So, the best that I can do.. Ibu pun offer tolong masakkan ikan-ikan tu. So bila diberi pilihan between masak asam pedas, kari or masak lemak cili api.. dia orang mintak buatkan masak asam pedas.

Well, ini la rupa ikan yang dia orang pancing tu. Jangan ditanya nama or jenis ikan for I do not know.



Dah alang-alang dia orang pun sampai time isya', kita solat jemaah la dulu. Rindu pulak nak dengar suara adik Hakim mengimamkan sembahyang. Kalau ada adik Syahrul, lagi best. Sayuuuu jer suara. Dengan dia orang ni, kalau dimintak jadi imam, terus je sanggup naik. Unlike "some people" bukan "somebody" ya.. yang selalu main tolak-tolak.

Well, to whom it may concern.. if you're reading this entry.. sila ambik iktibar ya..


Actually dalam ramai-ramai tu, 3 orang jer yang Ibu kenal. Lagi 2 orang students tu, khabarnya baru je sampai semalam. Kira sessi suai kenal la ni. Tang nama, jangan ditanya.. bukanlah Ibu ni suffering from memory lost.. tapi susah sangat nak menyebut nama masing-masing. Plus.. kali ni both from Selangor. Kira pecah tradisi jugak ni sebab selalunya yang datang are those from Kelantan or Terengganu. Tak kisah la kan..


Well, ini la rupanya hasil air tangan Ibu. Ikan-ikan yang cerita asalnya "lain" tapi at last jadi rezeki santapan kami malam tadi. Seikhlasnya, ikan ni tak berapa sesuai untuk dibuat masak lauk yang berkuah. Tapi apalah sangat beza dengan menyampaikan hajatnya orang. Tambah pulak Tuan Badan tak dapat balik cuti kali ni. Kisahnya.. Ibu pun tak berapa jelas tapi.. ada la tu..

Sebelum balik tu, ada pulak yang tersasul dok sebut dah lama tak makan ketupat sotong. Dengan suara hatta dengar tak dengar.. muka tersipu-sipu malu.. kita faham la tu kan.. Insya'Allah, ada rezeki akan Ibu usahakan.. Doakan sahaja murah rezeki Ibu, sihat tubuh badah plusssss.. tahap kerajinan pun kena max la jugak kan.

Wednesday, September 11, 2013

Edisi jalan raya..

Hi all,

Kali ni Ibu nak cerita pasal edisi jalan-jalan raya pulak. Balik sekali setahun.. memang ramai sebenarnya yang "masuk list". Ini termasuklah kawan sekolah, kawan yang dulu sama bekerja, kawan-kawan yang sama hobi (ini kita cerita dalam entri lain ya), kawan-kawan Kuwait yang dah pulang ke Tanah Malaya (for good).. and the list goes on.. and on.. and on..

Kawan-kawan yang sama-sama di Kuwait jugak jika ada kesempatan perlu jugak diziarah. Memang ada la jugak "mulut-mulut sumbang-sumbeng" yang kata.. "alahhh.. buat apa nak jumpa geng sama Kuwait.. nanti jumpa kat sana jugak". Well.. that is their words against mine.

Pada Ibu, adat orang merantau, jauh dari kelompok keluarga.. maka mereka inilah yang jadi pengganti kakak mahupun abang pada kita. Sakit pening siapa lagi kita nak mengadu unless.. pada DIA ORANG ni jugak la kan.

Get my point???

Again.. terpulanglah.

Seperti biasa, Ibu tak berani nak buat perancangan yang "terlalu detail". Takut nanti ada yang terkucil. Plan terjah biasa berlaku.. and when it happen..  sure nak kena fikir alasan "nak menjawab". So, let it flow accordingly. Jangan susah-susah.. mana-mana yang sempat.. mana-mana yang larat.. mana-mana yang masuk dalam laluan.. insya'Allah.



















Itu pun ada jugak yang tak sempat nak diziarah. Adatlah, bila dah sesekali berjumpa tu.. memang tak dan nak kata jumpa "sejam jer". Sure ada yang terlajak. Tak cukup macam tu, ada masa sampai terpaksa menjenguk selewat 10.00 malam. Ya ampunnnn.. nak buat macam mana. Masa pun terhad..

Tang bab makan, alhamdulillah.. murah betul rezeki kami. Kalau masa Ramadhan Ibu boleh turun 3 kg, tapi during Syawal tak pelik kalau boleh naik double. Tapi mujur, disebabkan dengan kaedah "pemakanan berhemah" (konon), bolehlah Ibu control sikit jarum weight scale tu dari laju lajak ke sebelah kanan.

Dengan faktor umur yang dah masuk 4series ni, kena extra berjaga-jaga la kan. Nak kira memang semua nak makan, semua nak rasa. Tapi bila difikir "penyakit".. kena berhemah la sikit. Furthermore.. rugi babe. Nanti tak muat pulak baju raya.

Btw, dah ada yang bertanya.. Kak Long masak apo ari ni??

Answer..


123.. ABC.. cerita basi..

Assalamualaikum all,

Syawal dah tutup buku. Cerita pasal hari raya sure dah tutup akaun jugak. Tapi Ibu rasa nak share la kat sini. Well, for me.. hari raya sebenarnya macam cuti-cuti hari yang biasa sahaja. Yang membezakannya cuma mungkin pada hari tersebut.. kemeriahan yang dirasakan mungkin lebih dari hari hari-hari biasa. Keseronokan pada Ibu sebenarnya lebih semasa bulan Ramadhan yakni dengan iftar, solat terawih, moreh, bersahur bersama keluarga.. 

But don't judge me wrong.. its just me..

Tahun ni.. well kalau ikut turn jatuh beraya di Bachok dulu then second raya baru kami balik ke N.9. Masing-masing ada family so kena be fair la. Cuma, nak jadi cerita.. raya tahun ni mungkin lain sikit rasanya sebab 2 hari sebelum Syawal.. FIL pulak ditimpa kemalangan. Akibatnnya, kaki kanan FIL retak. Well, what did I told you. Sememangnya lebih banyak cerita sedih dari gembira buat kami during this summer holiday.

Persiapan hari raya, tho dah 14 tahun berkahwin dengan Cik Asben.. namun Ibu tetap tidak betah dengan resmi menu orang di sana. Nak buat macam mana, sedangkan di Kuwait sendiri.. jarang sekali Ibu masak masakan negeri kelahiran Cik Asben. So, macam mana laa nak pandai kan. So the most that I can do was.. tolong-tolong mana yang sepatutnya sahajalah.

Lainlah kalau di rumah sendiri. I will never get lost in my very own kitchen. Hatta pejam mata pun tau dah mana letak segala barang-barang. Very the cliche..

Pagi raya, unlike tradisi di rumah Ibu.. selepas sahaja solat hari raya rumah Cik Asben mula diziarah oleh kaum keluarga di sana. Dengan keadaan FIL yang kurang sihat, maka jumlah tetamu jadi 3 kali ganda dari biasa. FIL sebenarnya bekas ustaz di sebuah sekolah menengah di sana as well as imam di masjid yang berdekatan. So, tak peliklah kalau rumah Cik Asben jadi tumpuan pagi tu.

Namun dalam keadaan kelam-kabut dengan kunjungan sanak-saudara, sessi fotogradi tetap berlangsung seperti biasa. Dah Cik Asben siap mengangkut "meriam" dari jauh, takkan la nak perap dalam bilik je kan.

Hence, di sini Ibu share sedikit happy moment while we're at Bachok on first raya. Tapi jangan kata Ibu camwhore ya. Cuma kebetulan pulak, muka Ibu yang paling banyak kena snap kali ni. Nak buek cmano kan kan..










Well friends, its 9.30am Kuwait time. Nak kena sambung tugas menyimpan thus meng-scan stok mana-mana yang patut. Mau seminggu jugak macam ni. Maklum sahaja, setahun sekali mengangkut segala "barang kawalan" dari Tanah Malaya. Well, at  least those yang paling kritikal la.. 

Ilal-liqa'..

Menangis di dalam hati.. siapalah yang tahu..

Bila semakin hampir tarikh untuk kami pulang ke Tanah Pasir Berdengung, semakin banyak pulak dugaan dan ceritanya. And if I might say, lebih banyak yang sedih dari yang gembira.

Seminggu sebelum kami pulang ke sini, Ayah jatuh tangga hingga patah tulang antara penyambung jari. Akibatnya, terpaksalah di simen hingga ke siku. Dengan faktor umur.. sudah tentunya speed of recovery bukan lagi sebaik 50 tahun yang lalu.


Kemudian, kami pulak mendapat berita yang peluang untuk menunaikan haji tahun ini tidak kesampaian. Kuota untuk kami terpaksa ditarik semula untuk memberi laluan kepada jemaah dari negara asal yang hanya tinggal 8,000 orang sahaja. Apakan daya, mungkin sudah suratan bukan rezeki Ibu dan suami pada tahun ini.



Dan akhirnya, sampailah ke hari yang ditunggu-tunggu. Hari drama air mata. Sejak dari pagi lagi, cuaca mendung seakannya memahami kesedihan kami. Hampir semua siaran di radio pulak hanya menyiarkan lagu-lagu jiwang karat. Alahaiiii.. 

Selebihnya.. tidak sesuai untuk dipertontonkan di sini. Cuma.. bayangkan sahajalah Ibu dengan mata merah dan bengkak.. isshhhh..

Tuesday, September 10, 2013

Daun.. pokok.. pucuk puding..

Assalamualaikum all,

Ada yang bertanya, macam mana rupanya daun puding?

Well di sini Ibu selitkan a few pics untuk tontotan those yang concern. Biasanya daun pucuk puding ni dicampur dalam masakan especially rendang ayam. Ibu tak pasti pulak macam mana dengan negeri-negeri yang lain. Tapi jika di Negeri Sembilan, begitulah resminya. 
 
Kalau di rumah Ibu, between ayam and daun puding.. biasanya daun puding yang akan habis dulu. Entahlah.. tapi biasanya macam tu la.
 



Selalunya, hanya bahagian pucuk sahaja yang digunakan. Cuma jika Omak sey, dia prefer membuang dahulu urat tengah daun puding tu. Then, daun puding ni dimasukkan ketika rendang sudah hampir kering. Nak kira rasa.. biasa-biasa sahaja. Tak ada masam, manis atau kelat. Tapi mungkin dah terbiasa.. so jadi macam kebiasaan pulak. Rasa macam kurang sifat kalau merendang tanpa daun puding. Especially kalau ayam yang digunakan tu hat ayam kampung.
 
Well.. pada yang berhajat boleh sahaja mencuba. Jika tak jumpa di kampung-kampung.. jalan mudah cari sahaja di pasar-pasar tani. Insya'Allah.. tidak akan mengecewakan rasanya.
 
Until then.. chiaw..

Kenduri bukak akaun..

Assalamualaikum all,

Akhirnya.. selesai sudah cuti-cuti kami di Tanah Malaya. Tick tock tick tock hampir 3 bulan di sana rasa bagaikan hanya 3 minggu sahaja. Dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan, kaum keluarga yang perlu diziarah.. itu belum lagi dengan wishlish anak-anak (termasuk la Ibu sekali).. projek terjah yang hampir setiap hari.. adeiihhhh.. rasa macam tak cukup 24 jam.

Walaupun saban hari berdepan dengan urusan yang kebanyakannya diatur "in advance" masih ada jugak yang terkucil. Nampak gaya.. tunggu next trip la pulak.

Bab makan-makan.. alhamdulillah. Tho bukan semua sempat dijamah but almost all.. khatam jugak. Adatlah kan.. perut pun ada limit jugak. Insya'Allah jika ada rezeki akan Ibu kongsikan di sini. On one fine day..

Well.. last night.. setelah bertubi-tubi komen-komen nakal mengusik dan menyakat di FB, wassup, email as well as sms.. maka Ibu tunaikan jugak hajat rakan-rakan di Tanah Pasir Berdengung. Apa lagi jika bukan kenduri bukak akaun. Nak buat makan-makan hari raya, bulan Syawal pun dah habis.

Lauk.. Ibu hidangkan dulu lauk wajib and apa-apa sahaja yang ada dalam fridge. Tak sempat nak pi pasar lagi.

Kena sambung tugas menyimpan dan apa-apa sahajalah yang patut ni. Harap maklum sahaja.. 175kg.. banyak jugak nak kena buat ni.

Puan Presiden nak balik bercuti pulak.. so nak pass amanat pada anak buah pulak..

Alhamdulillah.. rasa semua dah kenyang kut..

Lauk wajib..

Sementara pucuk puding masih segar..



Saturday, September 7, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...