Beautiful Friends

Tuesday, September 10, 2013

Kenduri bukak akaun..

Assalamualaikum all,

Akhirnya.. selesai sudah cuti-cuti kami di Tanah Malaya. Tick tock tick tock hampir 3 bulan di sana rasa bagaikan hanya 3 minggu sahaja. Dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan, kaum keluarga yang perlu diziarah.. itu belum lagi dengan wishlish anak-anak (termasuk la Ibu sekali).. projek terjah yang hampir setiap hari.. adeiihhhh.. rasa macam tak cukup 24 jam.

Walaupun saban hari berdepan dengan urusan yang kebanyakannya diatur "in advance" masih ada jugak yang terkucil. Nampak gaya.. tunggu next trip la pulak.

Bab makan-makan.. alhamdulillah. Tho bukan semua sempat dijamah but almost all.. khatam jugak. Adatlah kan.. perut pun ada limit jugak. Insya'Allah jika ada rezeki akan Ibu kongsikan di sini. On one fine day..

Well.. last night.. setelah bertubi-tubi komen-komen nakal mengusik dan menyakat di FB, wassup, email as well as sms.. maka Ibu tunaikan jugak hajat rakan-rakan di Tanah Pasir Berdengung. Apa lagi jika bukan kenduri bukak akaun. Nak buat makan-makan hari raya, bulan Syawal pun dah habis.

Lauk.. Ibu hidangkan dulu lauk wajib and apa-apa sahaja yang ada dalam fridge. Tak sempat nak pi pasar lagi.

Kena sambung tugas menyimpan dan apa-apa sahajalah yang patut ni. Harap maklum sahaja.. 175kg.. banyak jugak nak kena buat ni.

Puan Presiden nak balik bercuti pulak.. so nak pass amanat pada anak buah pulak..

Alhamdulillah.. rasa semua dah kenyang kut..

Lauk wajib..

Sementara pucuk puding masih segar..



7 comments:

  1. rindu entri dr akak ;)
    cepat apdet banyak2
    kalau boleh 5x sehari

    ReplyDelete
  2. Assalamualaik k.sham,
    dah sampai kuwait balik yer..alhamdulillah..lama k.sham tak bersiaran...tertunggu2 cerita dr tanah melaya mahupun tanah arab..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan tanah.

    Nak tanyalah cam mana ghoper daun puding untuk buat rendang tu?

    Curious Saya tak pernah makan

    ReplyDelete
  4. menyepi jer kak sham bila balik malaya yerr

    ReplyDelete
  5. Irfa,
    Insya'Allah.. selit2 jugak..
    Rumah masih mcm tongkang pecah.



    Alaikumsalam Ummu,
    Balik kg.. adat la. Terutama bila Cik Asben dah balik.. lagi byk perkara yg nak diuruskan.



    Agas,
    Insya'Allah akan cuba diusahakan..



    Mila,
    Tuntutan kasih sayang dari keluarga melebihi segalanya.

    ReplyDelete
  6. Kak Sham

    Boleh kasi resipi gulai salai pucuk ubi? Nampak sedap. Kat sini tak tau mana nak cari pucuk ubi... huhu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...