Beautiful Friends

Friday, December 6, 2013

Sakit itu Kafarah Dosa..

Assalamualaikum all,

Badan tak panas tapi semua sendi sakit-sakit. Ngereng ke kiri.. sakit.. ngereng ke kanan.. tak selesa. Anak-anak pasang aircorn.. Ibu mula jerit dari dalam bilik (walhal dah winter ni).

Walaupun dah lama jugak Ibu dok sini (tak lama mana pun) tapi macam ni la keadaan Ibu setiap kali masuk musim sejuk. Berstokin.. berbaju tebal..actually musim panas pun macam ni sebab budak-budak ni dok pasang aircorn 24/7. Senang cerita.. Ibu memang tak tahan sejuk.

Penyebab.. sikit je. Tapi tu laa kan. Kut dah nak jadi "penyakit" tu, tak bersebab pun boleh je. Penyakit ni pun.. datang macam kilat tapi pergi.. macam semut.

At last, plan untuk cuti hari minggu ni terpaksalah kena rombak. Yakni, si Ayah kena handle 3 hero Ibu. Okey je tu. Budak-budak tu pun dah pandai mendengar kata.


Tekak nak makan macam-macam.. tapi bila Cik Asben tanya nak makan apa.. jawab Ibu.. ".. entah". At last bila Cik Asben call masa on the way nak balik dari kelas karate, Ibu mintak dia tapau yang hat ni..

 
And yang kat bawah ni pulak.. inilah doktor and peneman Ibu di kala sakit.. yang lain tu tak dapat pun tak apa..




Anak yang stress.. Ibu yang gabra..

Assalamualaikum all,

Macam yang Ibu cerita semalam.. malam tadi exam KAFA untuk semua kelas anak-anak. Yakni kelas anak-anak comel, anak-anak pertengahan and kelas seniors.

Macam biasa semua dok pakat buat revision last minute. Kunun subject tak banyak so tak perlu risau sangat. Walhal masa balik dari KAFA, semua kata.. "eiii.. susahlah exam kali ni..".

Itu belum lagi tang spelling error yang berlambak.. example : DUNIA ~ DONIYA.

Ibu tak risau sangat pun bab spelling error tu. Bukan selamanya pun nak dok sini. Esok lusa balik Tanah Malaya.. pandailah dia orang nak adjust tu. Bukannya tak ada pun bahan bacaan Bahasa Melayu di rumah ni. Cuma pada yang di sekolah, di rumah dan kat mana-mana pakat dok spekang tu.. memang perlu la rasa risau sikit. Jangan pulak sampaikan dengan makcik pakcik ni pun dah tak reti nak cakap BAHASA IBUNDA.. sendiri mau ingat laa.

Dok obersi kena spekang semanjang je ke?? Ada yang terasa ke??

Meh, Ibu nak share gambar anak-anak MELAYU MALAYSIA masa exam KAFA malam tadi..












Ekspresi muka yang pelbagai..
 
 
Rezeki anak-anak.. rezeki pada semua jugak..

Akhir kalam.. exam pun dah selesai.. tunggu je la result macam mana nanti..

Thursday, December 5, 2013

Macam bagus jer..

Assalamualaikum all,


Anak-anak baru selesai exam second-term. Tunggu debar nak pi ambik result je lagi. Pada Arif and Haazem, dia orang berdua ni selamber jer. Sikit tak ada perasaan pun. Unlike Amsyar.. tho nampak relax.. tapi Ibu tau dalam hati.. sama macam Ibu jugak. Futhermore.. 50% of the result untuk term ni akan dibawa ke final term pulak. So.. every point is crucial.

Ibu pun ada masa malas jugak. Example macam hari ni la. Malas nak menggoreng or menggulai so kita lebur segala dalam satu periuk. So, lunch today kita layan nasik air je la ya. Alhamdulillah.. kenyang jugak..

Then malam nanti insya'Allah ada exam untuk KAFA pulak. Actually kesihan jugak ke anak-anak. Pack jugak jadual dia orang ni. Ada masa rasa macam nak bermalas-malas je di rumah. Time makan.. tapau. Time tidur.. kita lajak layan tengok movie. Time mandi pagi pulak.. if can.. kita selamber je lepak dengan baju tidur.

Unfortunately.. no can do that. Semua dah siap diatur. Tiap minggu ada sahaja agenda yang dah tersedia. And biasanya, semuanya dirancangkan seminggu lebih awal so masing-masing ada ample time untuk buat preparation. Well, don't know about others but begitulah cara hidup kami di sini.

Rehat pada kami sebenarnya cuma in summer. Bila masing-masing berada di Tanah Malaya. No doubt kami akan sibuk dengan sesi menziarah the elders or at least sesi melengkapkan wishlist makan-makan but nevertheless, kami tidak terikat dengan jadual yang "bermacam-macam" seperti di sini.


Anyhow, mungkin ada yang rasa meluat plus menyampah baca kisah keluarga Ibu yang macam buget "so the bagus" one ni. Well.. itu terpulanglah pada persepsi masing-masing. We live not to please others but only Him and Him alone. Aside from that.. kami buat sahajalah apa yang termampu. Sesiapa yang rasa okey.. okey la. Yang tak okey.. ADA AKU KISAH??

Pray for Kuantan & The Big Bad Wolf book sale.. is back..

Assalamualaikum all,

First and foremost, harap maaf jika ada yang terasa hati atau marah dengan gambar yang bakal Ibu share di sini. But I just can't help it.. Pada Ibu inilah mangsa banjir di Pahang yang paling cute sekali setakat ni..


Khabarnya keadaan dah beransur semakin baik di sana.. Alhamdulillah..


And nak iklan sikit kat sini. Mulai esok hingga 15 Disember, akan bermula the Big Bad Wolf book sale. Masih bertempat di lokasi yang sama. So pada book lovers.. apa lagi..


Wednesday, December 4, 2013

Hulk syndrome & Kuantan banjir..

Assalamualaikum all,

Di rumah ni biasa saja dengar statement.. "baik stop before Ibu tukar jadi Hulk..". And statement ni makin kerap didengar especially during musim exam. Memang time tu cepattttt je rasa nak naik angin. Suara pun cepat je nak tukar tune max. Semua rasa tak kena.. memang.. issshhh..

Then sekali tu, time tengah gugel projeck untuk anak.. terjumpa pulak ini. Rupa-rupanya wujud jugak syndrome ni. So to anybody yang rasa cepat sangat nak marah-marah tu, maybe boleh baca sekejap artikel ni.


Anyway, sekarang ni khabarnya banjir di Pahang dah teruk jugak. Kawan Ibu pun kata masa memula air naik tu, seronok je dia anak-beranak main air. Tapi bila dah masuk hari kedua.. ketiga.. hujan tak jugak berhenti.. mula la cuak semacam je hati.

At last memang air naik. Khabarnya di Kuantan sekarang ni memang dah teruk pun.

Doa Ibu semoga rakyat negeri Pahang and anybody yang terlibat dengan banjir pada musim ni agar sentiasa berjaga-jaga. Harap semuanya dilindungi oleh-Nya. Walaupun bencana sebegini memang dah perkara biasa especially di kawasan sebelah Pantai Timur but no doubt.. hanya to those yang mengalami sahaja yang tahu betapa..  isshhh.. dah tak terkatalah..







Yang ini Ibu share dari koleksi gambar-gambar kawan Ibu yang tinggal di Kuantan. Khabarnya hari ni cuaca mendung sahaja and kejap lagi ada empangan yang nak dibuka/dilepaskan sebab air dalam takungan empangan dah penuh.

Di rumah dia sendiri baru sahaja dapat elektrik semula selepas 12jam bekalan elektrik terputus.

Hopefully, banjir kali ni akan cepat surut and things will goes back to the way it used to be.. insya'Allah.

Tuesday, December 3, 2013

Ibu yang KUNO..

Assalamualaikum all..


Pagi kelmarin semak wall Ibu dengan berita kematian artis yang sorang ni. Ibu tau la dia ni berlakon dalam filem yang mana.. umur berapa.. punca mati.. sapa nama.. etc. Semua thanks to upadte kenkawan kat fb la. Rasa macam tak perlu nak gugel kat Tok Wi kalau nak tau segala bio arwah ni. Dah tu berderet-deret la yang komen R.I.P. Aduhai..

Kut ya pun.. alahai.. entahlah.. Yang best tu kawan-kawan Ibu yang bangsa Cina and India or Serani.. tak ada pulak beriya nak post cerita pasal arwah ni or boh komen R.I.P ke.. semua yang terlebih rajin ni.. Melayu and Perempuan..

Ibu ni memang KUNO, tak kenal artis Korea, tak kenal artis Malaysia, tak kenal footballer Malaya yang lebih "menyerlah" dengan cerita and gossip sensasi dari yang sepatutnya..

Katalah apa nak kata pun tapi that's how I feel.. ada masalah ke?? Pendek cerita samalah jugak Ibu meluat bila tengok kaum Ibu yang boleh dipanggil NENEK yang dok sakan bergambar berlaga pipi dengan Anuar Zain tiap kali artis tu buat show untuk Secretary Week or what so ever la.. 

Ibu memang tak ada masa nak follow dia orang ni kat IG ke or any media yang lain. Then tak ada masa nak berwassup just semata-mata pasal artis or footballer kesayangan. Hatta masa team Harimau Malaya sampai ke sini awal last November.. issshh.. tak kuasa laa nak berebut-rebut bergambar segala dengan dia orang tu.

Ni ada yang lebih menyerlah dari anak-nak jantan or kaum Bapa.. sakan beriya nak bergambar dengan footballer yang "tersebut". Pada Ibu kut iya pun ter-minat sangat.. kan lebih manis kalau suruh je anak-anak yang bergambar. Ni dengan coach yang sorang tu pun "taste" jugak.. aduhai..

Memang long before dia orang sampai ke sini, Ibu antara kaum Ibu yang terawal tahu tentang team tu nak mai sini. Dah siap pakat anak-beranak nak pi stadium layan bola. Sekali bila tengok peil "segelintir" kaum Hawa yang macam lupa status diri tu.. baik laa Ibu tengok kat tv je (tapi at last Ibu teman kawan pi beli kain).

Me.. memang Ibu layan and minat tengok bola. Tapi so sorry laa.. Footballer yang lebih menyerlah disebabkan "gossip" semata-mata.. buang masa la nak follow.

Sama jugak dengan artis-artis ni.. I might be OLD tapi Ibu tau jugak nak appreciate seni ni. To those with the talent.. memang Ibu salute. Tapi yang naik hanya semata dek gossip or dek lawa or dek handsome or dek seksi or dek gambar tepi kolam renang.. ntah la..

Tu la kata.. Ibu ni KUNO.

Monday, December 2, 2013

Hari Keluarga MAK 2013

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah..
Selesai sudah. Walaupun ada pertukaran lokasi pada saat-saat akhir (akibat dari banjir) agenda yang dirancangkan dua minggu sebelum tarikh sebenar berjaya dilaksanakan.

Mujur jugak sebab kami dapat Boss yang disiplin and rajin hatta anak-anak buah secara tidak langsung "ter-badi" jugaklah with the same attitute. Kalau dah "kepala" pun rajin.. anak buah nak buat peil pun segan la jugak.

Mulanya ramai jugak yang seperti tidak dapat hadir atau 50/50. Namun, last minute.. ramai jugak yang dapat menghadirkan diri bersama keluarga. Really appreciate the efforts guys. Well.. Ibu tak malu la nak kata kat sini.. MAK ni seperti dipinggirkan atau dianaktirikan dek kumpulan Melayu Malaysian di sini. Mujur saja MAK dapat sokongan yang tak berbelah bahagi dari Kedutaan Besar Malaysia di sini. Otherwise, susah jugak nak bergerak.

Well, tak ada nak paksa-paksa.. tak ada nak politik.. sesiapa yang rasa nak join.. tafadhal. Our objective for this main event is very simple. Nak semua orang happy.. especially the kids.

As usual, Cik Asben.. dilantik sebagai paparazzi bertugas. Ibu pulak dalam masa yang sama kena outsource jugak sumber dari kawan-kawan yang lain. Mana nak sempat cover semua kan. And at last.. balik rumah tengok ada dalam 1,300 shots yang kami nak kena pilih and later edit. Jadi zomzie la Ibu lepas tu..

Jom kita layan gambar.. excited ni.. well at least.. Ibu laa..



Yang santai-santai.. sebelum majlis bermula..

4-legged legs

 Back neck

Bola atas botol

Fishing bottles

Chopsticks race

Giant slippers

Hulla-hoop ball

Mengisi air dalam botol

Mengupas kulit epal terpanjang




Grand relay

Penyampaian hadiah.. cukuplah tayang-tayang yang ni saja..

Estimated majlis tamat sebelum masuk waktu maghrib. Sekarang ni pun maghrib dah awal (dalam jam 4.45pm) so kena buat everything accordingly. Otherwise bergelap dan sejuk pulak nanti. Hari keluarga ni kami buat di kawasan pantai, so takut nanti bila dah bersejuk/berangin sangat.. anak-anak pulak yang ada masalah nanti.

Anyhow, overall semua happy and perut pun kenyang. Adatlah.. bila dah dok tepi pantai.. feeling-feeling macam pi picnic jugak kan. Dengan pot-luck dari kaum Ibu serta sponsorship dari "anonymous" serta makanan yang ditempah khas untuk acara ini (selera Melayu).. alhamdulillah. Rezeki untuk semua. Siap boleh tapau lagi..

Akhir qalam.. terlebih terkurang.. terlebih gurau.. terkurang layan.. mintak halal ya..

Ilal'liqa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...