Beautiful Friends

Wednesday, October 22, 2014

Blood test.. setahun sekali..

Assalamualaikum all,

Meh.. Ibu nak membebel ni..

Tak tau la dengan orang lain tapi Ibu tau ramai jugak yang buat benda ni. As for me.. I make it as "a MUST" untuk pi check darah at least setahun sekali. Mungkin jugak ada yang kata.. mahal la.. takut jarum la.. itu ini la.. macam-macam alasan la kan.

Tapi..
Benda yang kita ingat remeh ni sebenarnya tersangatttttt la penting. Kut la kita boleh make it an effort pi suka-suki layan tengok "I wanna touch whatever.." try la jugak make an effort pi check darah.. bukan lama mana pun.

Cost..
Kalau la masing-masing boleh suka-suki pi layan ziarah USS ke.. Legoland ke.. apa la salahnya korbankan sedikit Ringgit Malaysia untuk buat test darah ni.

Anyway.. yang Ibu sebut kat atas tu.. contoh je. My intention is sincere. Untuk diri kita jugak.

Macam Ibu ni.. jenuh dah control diet.. no red meat.. no seafood.. no itu ini.. tapi sekali bila dapat result.. tarraaaaa..

Mak aihhhh..


Tengok je la tang kolesterol tu..
Kut nak tau.. kolesterol Ibu memang tersangattttt la tinggi. Tu kat ujung result 11.8 tu siap boh V lagi. And V tu stand for Verified. Ya'ni.. lab buat test not once or twice.. at least 3 kali. Then biasanya V tu jugak stand for untuk Doktor "sila beri peringatan" kepada pesakit. And vise-versa.

Ibu sebenarnya jenuh dah makan oats la.. tak makan seafood la.. masalahnya bila tak makan seafood.. thyroid pulak naik balik. Dah jadi macam ni.. kena telan ubat kolesterol la jugak. Itu pun Ibu dah consult ngan doctor. Tak lalu dah nak nak layan oats.. at last doktor rekomen telan Omega 3 - 20mg sehari. Amalkan at least sebulan then pi check darah balik.

Then tahun ni.. Ibu tambah untuk check for cancer jugak. Alhamdulillah.. setakat ni.. clear. Harap-harap macam tu la sampai Allah tarik nyawa ni semula nanti.

Morale of the story ari ni..
Kut selama ni kita rajin pi cuci gigi sekali setahun.. so apa kata kita tambah 1 lagi chapter. Pi la check darah. Or whatever la yang patut.

Badan.. enjin.. makin otai. Makan dah macam-macam. Exercise mungkin kurang.. errr.. yang rajin work-out tu bagus la.. end of the day.. bukan untuk orang lain pun.. untuk kita jugak kan..

Ok... abis dah membebel.

Last but not least.. pada yang merayakan Deepavali.. selamat hari Deepavali. Kedutaan Malaysia and staffs.. dapat la cuti sehari ari ni.. kami.. life resume as usual..

Ilal lia' friends..


 

Tuesday, October 21, 2014

Khasiat daun durian belanda..

Khamis lepas..
Lagi 10 minit nak azan maghrib.. Ibu dapat message.. ada kawan berkirim mintak bawakkan daun durian belanda. Mujur saja ada pokok durian belanda di rumah jiran sebelah rumah.

Mujur jugak sempat Ibu pi petik 10-20 helai. Sebab lepas maghrib tu.. Ibu dah nak bertolak balik ke sini.


Tapi.. tu la kan..
Daun durian belanda.. untuk apa la pulak kan.

Tak sempat nak gugel.. tak sempat nak tanya apa-apa. Cuma kemudian tu bila dah lega-lega barulah Omak sey bagi tau daun durian belanda ni memang mujarab untuk membunuh "kepinding".

Kepinding tu sama la dengan suku-sakat PIJAT. Orang N9 jer yang guna nama kepinding.. ke ada negeri lain panggil jugak nama tu.

Eiiii.. geli semacam la kalau tengok spicis ni..

Anyway.. cara-cara nak menggunakannya.
Daun durian belanda tu diramas-ramas kemudian diletakkan di bawah bantal.. di bawah tilam atau mana-mana kawasan yang ada pijat.

Reason..
Nak bagi keluar bau daun durian belanda tu la. Bau daun durian belanda tu la yang pijat tu alah.

Sebenarnya.. banyak lagi khasiat daun.. buah durian belanda ni.. korang gugel la sendiri nanti ya.. banyak la pulak..

So.. lepas ni kut la ada sesapa yang ada masalah pijat ni.. boleh la try guna kaedah ni. Mudah-mudahan berkesan.




P/s;
Selamat duit untuk pest kontrol babe.

Monday, October 20, 2014

Makan sana.. makan sini..

Alhamdulillah..
Segala barang seludupan kali ni selamat dibawa masuk ke tanah Pasir Berdengung. Tapi kali ni Ibu banyak bawak barang kiriman kawan-kawan.. ye la.. tu ari baru je balik kan.. 

Sapa tau nama biskut ni??



Ni Ibu pinjam gambar dari FB kawan Ibu.. makan pandai.. nama ntah.. tapi bila kawan tu post kat FB.. rupanya ramai pulak yang suka makan biskut-biskut ni..

Kut ada yang tau nama biskut ni.. share ya..

Then lemang yang Ibu bawak tu ari.. ada jugak yang dapat tumpang rasa.. Ibu buatkan jugak rendang daging (emergency) so takla togel sangat kan.. Tapi dah jenis kita orang memang "meriah" kalau bab-bab makan ni.. pagi semalam meriah jugak la masing-masing dok menayang hasil air tangan dari dapur masing-masing..


Yang Cik Kak ni memang meriah macam sungguh-sungguh mood raya kan.. siap ada pulak nasi impit and kuah kacang.. tapi yang ngences tu megi goreng yang kanan sekali tu la.. aduhaiii..

Last but not least.. air tangan Ibu (modify jer). Ada kawan berkirim sup tulang. Dah tu alang-alang Ibu pun ada bawak mi kuning dari Tanah Malaya (5-6kg jugak).. apa lagi.. celur mi kuning.. and tambah telur goyang untuk extra "feel".

Amacam.. aci la tu kan kan..

Macam ni la keadaan kebanyakan Malaysian di sini. Walau macam mana pun mewah.. senang.. selesa menumpang rezeki di tempat orang.. tetap yang dicari segala yang asal-usul dari Tanah Malaya jugak..


P/s;
Ada jugak yang sepertinya "Melayu mudah lupa".. tapi tak jadi kudis pun pada kami di sini..

Saturday, October 18, 2014

Raya Qurban yang terlajak..

Orang di Tanah Malaya dah nak sambut Deepavali.. kami masih mood raya Eidul-Adha.. 

Alahhh.. yang sebetulnya dah terlajak Ibu beli lemang "tunjuk-tunjuk" tu ari.. bawak je la bekal untuk Cik Asben and Bujang Sulong sebatang-dua. Ada rezeki.. kita makan.. kut dah basi.. maklum sajalah kan.. Sehari suntuk dalam flight.. macam-macam kisah.

Alhamdulillah.. pagi ni sempat lagi Ibu menjamu Cik Asben dengan dodol.. lemang.. serunding and rendang daging..


Setakat nak menampung sampai ke makan tengah-hari.. cukup la ni kan.. alhamdulillah.. Lunch nanti.. ada pulak yang jemput kami makan tengah-hari.. Rezeki jangan ditolak babe..


Omak sey yang tersangat la rajin melayan kerenah anak pompuan eh yang sorang ni.. bukan setakat lemang.. daun durian belanda.. daun pecah beling.. suma kami angkut kali ni..

Ada rezeki.. Ibu share khasiat daun pecah beling and durian belanda kat sini nanti..

Insya'Allah..

Friday, October 17, 2014

Di sini kasih ku..


Never thought I would say this.. tapiii..
Ibu rindu giloss kat tanah Pasir Berdengung ni.. and ikhlas memang macam tu la yang Ibu rasa.

Tiap hari.. dok pangkah kalender. Banyak masa jugak otak ni berkira-kira nak buat itu ini. Masak itu ini bila dah sampai rumah..

Ngok tul la..

Tapi rasanya benda ni suma being influence only because of one reason. RINDU..

Ya.. tak segan tak ngaku ni.. Ibu rindu kat Bujang Sulong.. anddddd.. rindu kat Cik Asben. Bluwekksss.. sila jangan ada yang muntah pelangi ya..

Ye la biasanya kut sambut raya.. sama-sama. Tapi tahun ni.. raya asing-asing pulak. Nak buat macam mana.. tahun ni dek kes Haazem.. kami lajak balik sini sampai hari raya kurban. Dalam suka.. ada jugak hiba..

Rasanya.. kali terakhir kami raya asing-asing was 11 years back. Time tu Cik Asben kena hantar ke Argentina. Ibu pulak tengah mengandungkan si Haazem. Mula tu nak jugak ikut dia ke sana. Tapi bila mengenangkan terpaksa berkampung dalam flight 25 jam.. kompom bengkak kaki nanti..

Sayu weiii...

Tu la kan.. the power of family. Walau susah macam mana.. walau ceruk mana pun kita tinggal.. walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan.. walau apa sekali pun the obstacles.. FAMILY IS WHERE THE HEART IS..

Btw.. Ibu baru je cecah kaki ni.. ada rezeki.. panjang umur.. kita sambung cerita kat sini lagi..

Ilal liqa'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...