Hi all,
Kita cerita sambil tengok gambar sajalah ya.
Last weekend Ibu and family have been invited by geng bujang for a bbq session. Well, its a projek terjah yang initiated by those yang tak ada wifey or memang bujang 100% di sini. Alhamdulillah, cuaca sangat nyaman but as the location is along the beach side (Gulf Road) so those yang ada bawak anak-anak, adalah amat dinasihatkan untuk pakai hat yang "tebal-tebal" sikit.
The
clan.. geng bujang and separa bujang. Well, most of them in this
picture are from the Kuwait City area. Geng sebelah selatan biasa lepak
port lain.
Peluang sebegini sebenarnya selain dari sessi makan-makan, its also an opportunity untuk "menembak". Kuwait ni tak besar mana pun so subjeck terhad. Jadinya, yang jadi mangsa "anak-anak" sahajalah.
Presenting, Bujang Sulong hamba. Unlike masa kecik-kecik dulu.. sekarang ni susah sangatlah nak diajak bergambar.
Manja ayah, si Cinonet. Ini budak kecik sangat banyak mulut. At times rasa macam nak selotape je mulut dia ni. Well, maybe if I groom him into the right direction.. he might be able to sambung cita-cita Ibu yang tak kesampaian dulu. With God Bless.. insya'Allah.
Manja Ibu, bam-bam Ibu, busyuk Ibu.. Haazem yang tak reti nak dok diam kekdahnya. This is the only best shot that I have. Actually there are a few others, but after being filtered (by him) only this yang lepas. Dalam hati ada taman babe.. so yang sedikit menonjol, tidak diizinkan sama sekali.
Uncle
Azli, orang kuat MAK. The wifey tak dapat join, hence the "ayah" kena
layan Aslam 100% la. My kids, bertuah la kalau nak kena suap macam ni
"in public". Malu la kununnn.
Tok Penghulu geng bujang, Ustaz Romizi. Kalau ada sesapa yang berhajat nak cari adik ipar or menantu.. boleh jer Ibu tolong sampaikan hajat.
Bagi laluannnnnn..
To the most available bachelor in Kuwait. Skima lelaki Melayu terakhir gamaknya. Introducing Amir Kadir the designer. Dia ni famous gak. Try gugel, sure jumpa. Dulu dia ada butik kat Bukit Bintang, tapi la ni dia bukak butik kat sini pulak. Kisahnya, ada la kerabat bau-bau bacang dengan raja Kuwait jumpa dia untuk mintak design-kan wedding dress. Very the superb. Khabarnya (gossip sikit) its woths RM60K per design.. and dia kata itu dah murah sangat la tu, otherwise.. (sendri mau ingat la yek). Setakat 5,000KD untuk pakai dalam masa 30 minit.. apalah sangat kat dia orang tu. Ada la a few yang dia kena buat. Tapi kami tak boleh share tengok.. dah termaktub dalam agreement. Karang tak pasal-pasal ada pulak yang kena halau balik Tanah Malaya.
While Uncle Azli layan his kid, Ibu pun tumpang senang sebab Arif pun menempel sama. Senang banyak Ibu petang tu. Thanks Azli..
Ini pulak geng polis. Dia bukan polis tapi ada laaa.. Tengok saiz badan pun dah seriau. Uncle Bob layan blues.. tengah berkira-kira nak pi melawat neighboring country tu.. ampunnnn Uncle Bob. Maybe next time kita boleh pakat pi sesama. Cik Asben on-call la pulak.
Macam Belanda dapat tanah. Memula Arif try sikit-sikit dulu. Lepas tu dia pulak yang conquer. Memula penakut, alih-alih balik tu meraung nak sebijik skuter macam Aslam pulak. Hishhhh..
Sorang tukang masak, sorang tukang filter and end-result Amsyar ngap masuk mulut. Tapi memang best sebab memang kami pi bbq hari tu dengan perut separa kosong. Memang saja tak bagi anak-anak kenyang sangat during their lunch. Otherwise, bbq memang tak ber-jamah laa..
Last but not least.. ni Ibu nak puji sikit.. air tangan orang bujang ni memang terbaikkkk. Dah reserved pun for next bbq. Memang suruh dia ni je la do all the marinating. Secukup rasa. Well, Ajim ni memang terror masak pun. Buat roti pun pandai. Beruntung sesapa yang dapat ber-suami-kan dia ni.
And.. sesapa yang rasa nak belajar terjun papan anjal yang tinggi tu, boleh la set appointment dengan dia ni. Tak silap Ibu dia ni pernah wakil Malaysia ke olimpik. Try gugel.. Nama, sorry can't share, tapi try la cari yang "rupa" macam dia ni.
In short, we absolutely had so much fun petang tu thus with perut yang sangat kenyang too. Unfortunately kami kena gerak awal sikit sebab anak-anak ada kelas karate pulak. There, what did I told you. My weekend is indeed always very full and tiring, if I might say. Tapi nanti kalau terperuk kat rumah jer, kesian pulak ke anak-anak kan.
Woot woottttt!!!!
Ibu pun nak menempel jugak..
Until later... daaaaa...