Pokok
Tunjuk Langit
Pokok Tunjuk Langit
("Helminthostachys zeylanica") merupakan sejenis pokok renek jenis
resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter sehingga 1 cm
dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya tersusun spiral dan
berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti benang dipintal,
menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat susu.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar
yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di
kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati
berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.
Pokok Tunjuk Langit selalu digunakan
sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin.
Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh
daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis,
caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua
pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.
Ia
digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi
di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. Pokok tunjuk langit ini hanya berbuah
setahun sekali sahaja.
Buahnya
mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh
ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah
digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf
sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah tunjuk langit secara semulajadi,
mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah,
tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.
Antara lain-lain khasiat pokok tunjuk langit;
1- Ia
merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh
badan, agen anti – pengoksidaan.
2- Enzim
yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol
pada dinding salur darah. Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti.
3- Rasa
pahitnya adalah amat tinggi oleh itu dapat merencatkan pertumbuhan virus
dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
4- Mengurangkan
paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
5- Memperbaiki
kelancaran peredaran darah.
6- Memperbesarkan
dan menguatkan keanjalan saluran darah.
7- Mengurangkan
kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.
8- Juga baik untuk mengawal gastrik, mencegah ketumbuhan tumor, menjaga kecantikan
kulit, mengawal pertumbuhan jerawat, rheumatism, lelah dan menjauhkan nyanyuk.
Sumber : Pelbagai
banyak rupanya kebaikannya.pernah nampak orang jual tapi tak pernah beli
ReplyDeleteAmboi-amboi kak sham..
ReplyDeleteBaguih betoi makluman akak nie.
Semalam citer ulan tengek burung, hari nie tunjuk langit..
perghh..
tengek burung tu yong selalu makan as ulam la. mak yang ngajor memang sedap bila celok dgn sambal belacan..
Adik manissss...
ReplyDeleteAsyik pandai makan tapi tak tau ape yg ditelan, tu yg gigih menggugel tu.
Tp yg betulnya sbb "nama" canggih sgt, tu yg ter-rajin gugel & paste.
Assalamualaikum Sham,
ReplyDeletethank you for the elaboration ... illustrations Sham menunjukkan dua tunjuk langit yang berbeza ye Sham ...
satu pokok ... satu lagi herba ... name serupe ... dua yang berbeza ... nak kene check latin name nye ...
kalau lah Mak Yah dari Temerloh baca ni ... sure dia boleh bantu ceghite ...
... :)
p/s: Sham ... tak taulah kalau Sham gugel Mak Yah boleh dapat info ... he he ... :) she is a very famous herbs grower di tepi sungai temerloh ... :)
Alaikum salam wbt REAL,
ReplyDeleteSama-sama, I didn't do much at all.
Gugel, baca, filter, copy & paste saja.
Setakat berkongsi ilmu kut2 ada yg ter-berkenan nak baca.
Btw, tu ari rasanya ada sekali ter-jumpa nama tu. Baca jugak. Mmg byk citer psl herbs la.
& since REAL dh rekomen tu, mmg kena ziarah lg la site tu.
p/s;
Ngadap benda2 mcm ni mmg melekakan. Tu sbb Sham kena masak awal. Otherwise, anak2 mkn on delivery la jawabnya.