Beautiful Friends

Sunday, April 28, 2013

Jom kita pi mengundi..

Assalamualaikum all,

Hari ini bersamaan dengan 28hb April 2013 adalah merupakan hari mengundi di Kuwait. Pada yang layak mengundi, sudah tentu satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Manakan tidak, hanya dengan satu undi.. mungkin mampu mengubah banyak perkara. Dan walaupun macam-macam persepsi dan andaian yang kedengaran.. yakinlah dengan diri sendiri.

Pada Ibu, inilah kali pertama Ibu tidak berpeluang untuk mengundi. Dan sesungguhnya.. Ibu sedih kerana tidak mampu berbuat demikian.

Well, insya'Allah doakan sahajalah yang baik-baik. Semoga keputusannya kelak jugak yang baik-baik.





 
P/s;
Takmo cerita banyak sebab selainnya adalah RAHSIA..
 

Saturday, April 27, 2013

Ada iras-iras tak??

Assalamualaikum all,

Hari cuti, hari ronda-ronda dengan family. Seboleh-bolehnya memang Ibu akan try slot-in bawak anak-anak pi makan-makan or jalan-jalan.

Cuma since sekarang ni cuaca dah mula cecah 40C so solution, ronda-ronda dalam mall je la. Nak jadi kisah, last Friday Ibu tersesat sampai ke 360 Mall. Wallahi.. sampai hari ni Ibu masih belum khatam semua kedai yang ada dalam mall ni. Reason.. mall ni punyalah besar. Tambah pulak butik-butik yang dalam mall ni bukanlah dalam kategori "wishlist" Ibu.

Tapi kali ni Ibu kena singgah jugak kat butik ni.. bukan sebab nak beli handbeg, tapi sebab ehem ehemmmm.

Ada iras-iras tak?? Alahhhh.. penyanyi Latino tu..


P/s;
Jangan lahar or carass Ibu ya.. saja suka-suka je ni..

Bila nak pencen ni??

Assalamualaikum all,

Its started 5 years ago. Mula-mula tu tepek kat pintu fridge je. Then melarat ke mana-mana area yang ada "metal" dalam kawasan dapur sampailah akhir sekali Cik Asben belikan metal board dari Ikea. Dari sekeping, melarat ke 2 keping dan sampailah sekarang yang mana akhirnya ada yang terpaksa direhatkan dalam kotak saja.


Masa awal-awal dulu Ibu cuma beli masa Ibu pi berjalan atau time Cik Asben kena pi seberang laut. Tapi entah macam mana boleh pulak terjumpa suku-sakat yang sama penyakit kat satu forum ni and ever since mula la aktiviti tukar-menukar.
 
Awal-awal tu, dengan geng se-Malaya jer. Later berjangkit ke benua lain pulak. It was fun and sometime.. sakit jiwa jugak. Especially bila dapat kaum yang sangatttt la cerewet. Yang mana dia rasa fm dia je yang paling cun, paling mahal, paling segala. Walhal dah diberitahu it is 1-1.

Tapi semua ni atas skima nego kita la. Macam-macam cara, macam peil. Macam-macam spek.

Satu yang Ibu suka tang benda fridge magnet (fm) ni, sambil tambah kawan.. sambil tu Ibu rajin la jugak godek bertanya itu ini dengan Tok Wi atau Cik Gugel. Especially pasal sejarah, culture and geography.

Cuma sekarang ni bila anak-anak dah semua sekolah, Ibu mula extra sibuk. Ada masa ada deal kena delay sampai 2-3 bulan. Ni pun ada satu deal yang masih tak close.. bukan 2-3 bulan tapi dah masuk 1 tahun. Tapi since kita base on trust, so masih bertahan la jugak.
 
Setakat ni Ibu cuma aktif tang kumpol jenis map, flip flop, round fm, alphabet and yang paling Ibu and Cik Asben sayang hat bottle opener Hard Rork Cafe. Yang hat lain-lain pun ada jugak. Cuma biasanya itu buat stok untuk exchange dengan other collectors la.
 
P/s;
Diandaikan kami kena balik Tanah Malaya, memang kena ambik kargo khas untuk bawak suku-sakat ni la. Sayang weiiii..

Friday, April 26, 2013

Ego yang telah tercalar..

Assalamualaikum all,

Antara salah satu sunnah Nabi.. bersopanlah ketika berbicara.

Bi makna, dalam pemahaman yang mudah.. even bila bersembang tu gunakanlah bahasa yang sopan. Yang tidak akan menyakitkan hati rakan-rakan. Yang tidak ada menghuris perasaan teman-teman. Or dalam erti lain.. walaupun lebih SANTAI, tapi tak ada orang yang sakit hati.

Kita tak tahu, dalam gelak-gelak ada yang makan hati. Dalam sengih-sengih ada yang dah tercaras. Dalam suka-suka.. tapi dalam hati "oowhhhh.. macam ni ko buat aku ya..".

Bagi yang terasa, tercaras, tersinggung, terluka, dan segala yang ter-ter-ter tu.. Abaikan sahaja. Tak perlulah ambik pot sangat dengan Si Polan. People like this will never go far. Go far "yang sejauh mana", biarlah Allah sahaja yang menentukan.

So, sempena hari Jumaat yang mulia ini.. Ibu nak share satu doa. Elok diamalkan. Semoga kita semua mendapat barakah dari-Nya. Serta ditunjukkan kebenaran. Kerana, the truth will always prevail. Lambat atau cepat.. itu bukan urusan kita.

Only that.. my pity and condolence goes to the Si Polan.


P/s;
Semalam ada KAFA.. mimpi apa entah.. tiba-tiba Ibu rasa nak bawak spaghetti olio pulak instead of the kebiasaan.

 

Lantaran terlalu handsome II..

Assalamualaikum all,

Just for fun.
Ingat tak dulu Ibu pernah ada sekali post entry pasal 3 guys being deported from Saudi Arabia for being toooo handsome.

Meh, nak share some picture (one of them) kat sini. Kredit goes to Amir Kadir yang sangatlah gigih menggugel.

Btw, nama mamat ni Omar Borkan Al Gala (kut la ada sesiapa nak gugel). He is a fashion photographer, an actor and a poet from Dubai.

Agak nyer la, Pak Sheikh kat Saudi nun takut nanti hati isteri masing-masing cair dan ada pulak kes yang ter-sangkut hati kat Omar ni kalau dibiarkan tinggal di negara tersebut.










Thursday, April 25, 2013

Parent & kids..

Assalamualaikum all,

Recovering.. that's for sure. And gradually.. perut mula mintak macam-macam. Whilst otak mula fikir macam-macam.
 
For a start, sarapan pagi ni.. mi sup + sup tulang. Equal to = mi sup tulang.
 
As we always practiced in this house. The basic comes from me and the rest.. alter or modify sendiri. So, result ikut selera masing-masing. Yakni, masing-masing bebas bereksperimen and end result.. tanggung sendiri.
 
Well, this was Cik Asben's portion. His portion.. so its up to him. Although.. I did add a bit or some vege. My advise to him.. "macam mana anak-anak nak makan sayur kalau AYAH dia orang sendiri tak makan..".
 
And for the past 14 years, that tricks.. WORKS..
 
 

All the way from Malaysia..

Assalamualaikum all,

Bangga ni.. sangat bangga.
 
Lama dah jumpa dengan 3 beradik ni cuma tak sempat nak interview. Cepat sangat jadi arwah.
 
So, kali ini.. selepas gagal beberapa kali.. akhirnya sempat la jugak buat sessi soal jawab. Siap posing lagi tu.
 
Khabarnya, dia orang ni datang dari Pulau Pinang. Tapi tak pastilah ikut jalan atas or jalan laut sebab time tu 3 beradik ni dok dalam kotak saja. Dah boh dalam kotak, boh pulak lagi dalam almari besi yang sangattttt la besar.

Tanya jugak, ada ke mabuk laut or pening-pening lalat.. 3 beradik ni kata.. tak sedar. Sedar-sedar.. dah kena display kat market jer.

Then Ibu bawak la balik rumah yang mana seterusnya diakikahkan oleh hero-hero Ibu. Termasuklah Cik Asben sekali.

Meh, Ibu perkenalkan.. 


Rasa wise sama dah cuma nama je lain. Tapi bila tengok "surat beranak", hurmmmm..


Rasanya.. ye la tu kot. Sama kut.. cuma lain nama jer.
 
What do you think??

P/s;
3 beradik ni masuk kategori "batu belah.. batu bertangkup" jugak ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...