Beautiful Friends

Tuesday, November 12, 2013

Akibat dari "mengintai"..

Assalamualaikum all,

Tercetus hajat dari akibat berziarah ke rumah teman yang sorang ni. Jika rasa nak bersuai kenal, boleh la bagi salam ke Tuan Rumah. Insya'Allah, teman yang sorang ni sangat mesra lagi peramah. Tak lokek ilmu dan selalunya si dia ni rajin bercerita tentang DIA.

Dan akibat dari teman ni jugak, maka terhajat Ibu nak makan lauk kampung ie. terung telunjuk goreng pedas. Namun apakan daya, terung telunjuk di sini tak pernah lagi Ibu jumpa. Yang hat bulat atau yang warna ungu "saiz gedabak" tu banyak jer Ibu jumpa. Baik di kedai Bobby mahupun di pasaraya yang biasa Ibu pergi tu.

Taste wise.. alhamdulillah. Tak jauh beza pun. Nama pun "spicis terung" jugak. Cuma saiz dan warna sahaja yang membezakan.

Maka akhirnya.. presenting..


Terung bulat dan terung telunjuk.. gambar ihsan Cik Gugel..

And, nak jugak Ibu berpesan.. pada yang mampu dan sihat tubuh badan.. eloklah dan digalakkan berpuasa esok dan lusa. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita. Insya'Allah..


All good things..

Assalamualaikum,

Cuaca di sini dah sesedap rasa. Untuk Ibu la. Tak panas tak sejuk. Yang sebetulnya Ibu ni memang jenis yang tak tahan sejuk. Tapi anak-anak hampir setiap hari dok tanya.. bila nak winter ni?? Eiii.. ayat yang sungguh tak melambangkan rakyat jelata yang lahir di Tanah Malaya.

Tapak semaian bunga pun mula "berwarna-warni".. lebih ceria dari biasa. Tapi masih belum sampai ke tahap semeriah seperti gambar-gambar yang Ibu nak share di sini.

Dalam masa yang sama, Ibu mulalah berangan nak buat itu.. nak buat ini. If only balcony comel Ibu tak jadi tempat Cik Asben lepak untuk ambik "oxygen". Perokok tegar jugak Cik Asben tu. Berbelas tahun dah dok bagi nasihat tapi.. ermmm.. semoga suatu hari nanti sampai dan makbul jugak doa Ibu nak tengok Cik Asben quit smoking. Insya'Allah..
 






Kesemua gambar-gambar bunga ni kawan Ibu si Amir Kadir snap during last winter.. cantik kan. Ni Ibu dah mula la berangan yang macam-macam ni. Perempuan and bunga.. standard laa.. Btw, ini sikit jer ni..


Edisi tunjuk-tunjuk.
Semalam alhamdulillah.. selamat lagi sehari. Mudah-mudahan Allah memperkenan Ibu dengan kesihatan yang baik. Ada few more days of "hajat" yang belum ditunaikan. Btw, di sinilah tempat Ibu biasa men-skodeng rumah kawan-kawan, mencari ilham, semak homework anak-anak etc. And yang dalam bowl tu pulak.. rezeki Ibu untuk iftar petang semalam. Syukur.. alhamdulillah..

Monday, November 11, 2013

Manchester United 1 - Arsenal 0

Assalamualaikum all,

Cerita pasal demam bola lagi ni.

Malam tadi kan ada match between Manchester United -vs- Arsenal. Result MU menang 1-0 kan. Yang di rumah ni bukanlah fanatik sangat pun. Cuma kalau dah ada geng tu.. best la jugak layan. Kebetulan ada lady friend baru sampai dari Tanah Malaya so what better way to greet her than to jemput makan-makan di rumah. Well, at least that is our way laa.


Makanya, mulalah Ibu dengan agenda masak-masak and kebetulan ada 2 ketul kepala ikan merah.. so selamatlah sudah jadi masak asam pedas. As always.. sedap makan banyak.. tak sedap makan sikit.


Then, malam sebelum tu Ibu jumpa pulak spicis ni kat kedai Pinoy masa melayan gunting rambut budak-budak ni (including the dad). Ada masa jumpa jugak adik-beradik spicis ni kat pasar basah.. tapi entahlah.. susah pulak nak dapat sekarang ni. At last beli la 2kilo. Ingat dah banyak sangat la. Rupanya.. alahaiiiii..


Last but not least..jumpa pulak tauhu basah. Akhirnya.. selamat sudah jadi lauk. Kalau nak goreng dengan sayur.. selalunya kurang dapat sambutan. Jadinya Ibu masak sahajalah cara yang "biasa".


Layan bola at mini stadium Hawally..
Ticket - FOC
Dinner - provided
Desserts and such - also provided
~ Auntie Elli bawak fruits
~ Auntie Mun bawak black forest cake

Saturday, November 9, 2013

Our weekend..

Assalamualaikum all,

Jumaat and Sabtu.. hari yang paling ditunggu-tunggu. May it be by my kids, my husband.. well.. definitely by me. Walaupun dengan agenda yang dah siap menanti, well at least kami semua bolehlah suka-suki lepak sikit. Even next weekend pun dah siap dengan agenda ni. Begitulah sibuknya hari minggu kami. So, kali ni kami cuba sedaya-upaya untuk "tidak keluar rumah". Well, at least.. Sabtu kena duduk di rumah jugak.

My Cik Asben gigih dengan jersi Harimau Malaya..

Agenda pertama kami untuk hari Jumaat. As promised.. kena bawak anak-anak makan-makan di luar. Bukan setakat bagi laluan untuk Ibu cuti-cuti masak tapi jugak.. anak-anak boleh la tukar-tukar selera makan.

Lepas lunch.. masing-masing bawak diri. The dad and the boys pi stadium bola. Ada friendly match between Kuwait and Malaysia. Ibu tak pi join pun. Bukan sebab tak minat bola.. tapi entahlah.

Keputusan akhir friendly match between Kuwait and Malaysia.

Gambar pinjam dari album Uncle Amir
(at last demam)

While waiting for Cik Asben..

 

And... untuk hari Sabtu.. Cik Asben tawar diri untuk masak breakfast merangkap lunch. Lauk biasa-biasa saja. Tapi bagi Ibu.. syukur.. alhamdulillah. Bukan selalu Cik Asben nak offer macam ni kan. And as shown aboved, itulah portion Ibu. Kenyang sangat la. Burrpppp.. maaf ya..

Friday, November 8, 2013

Kisah Syafaat Rasullullah Di Hari Kiamat

Assalamualaikum all,

Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas kekasih Allah.. Rasulallah SAW pada hari yang penuh barakah ni.. yaumul juma'ah..



Thursday, November 7, 2013

Mode ~ WhatsApp MUTE & rezeki dari Tanah Malaya..

Just so recent ada la satu acara HEBAT dah berlangsung kat negara Pasir Berdengung ni. Makanya siang malam pagi petang telah menjadi bahan bualanlah ia. Dari sang suami hinggalah ke sang isteri. Anak-anak.. Ibu tak pasti pulak sebab anak-anak Ibu tak join group wassup "tang tu" or maybe dia orang yang tak cerita ke Ibu.
 
Anyway.. tang semangat.. yes indeed.. memang bersemangat.. demi nak menunjukkan semangat kepada negara. Yang itu Ibu sokong.

Tapi bila dah siang malam dok cerita benda yang sama. Dah la Ibu ni "termasuk" dalam group kaum Ibu untuk "satu maksud lain". Tapi at last group tu dah jadi medium untuk masing-masing update status terkini pasal acara tersebut. Seriously.. memang tersasar dari maksud asal la.

So.. bak kata Cik Asben.. solution.. MUTE saja. Tak pekak telinga dok dengar nyet nyet tiap kali ada yang update wassup.
 
Thus.. meh nak tayang-tayang. Ada kawan baru sampai dari Tanah Malaya pagi tadi. Ada pulak buah tangan.. buah belimbing buloh. Kena masak cepat ni before rosak. And so hasilnya..
 
 
Khalass..
 

 
 

Hutang "meggi ketam" sudah ku bayar..

Assalamualaikum all,

Dua tiga hari ni asyik nampak gambar meggi ketam saja. Jenguk rumah kawan.. meggi ketam. Kat fb.. meggi ketam. Ziarah blog jiran pun meggi ketam. Kat wassup pun kenkawan tunjuk benda yang sama. Haishhhhh..

So dah macam tu.. faham je la kan.

Makanya, malam tadi mulalah beroperasi. Dari pi pasar sampailah membersihkan ketam. And pagi ni..


Rezeki Cik Asben sebelum pi kerja hari ni. Ibu cuma masak je. Tak makan pun. Ketam dah masuk kategori NO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...