Beautiful Friends

Tuesday, February 4, 2014

Hukum memakai minyak wangi bagi kaum wanita..


Assalamualaikum all,

Dok negeri Pasir Berdengung ni.. dah la Minah Arab berlambak yang cantik. Yang pakai nikap pun.. aduhai.. tengok mata pun dah jatuh hati. Pakai jubah pun.. kita tau body kalah super model.. (patutlah yang "Si Suami" dok kepittttt jer). Itu belum lagi jari yang runcing.. perhiasan tangan kalah bini Firaun. You name it..

Tapi itu tak cukup lagi.. Satu kebiasaan dia orang ni.. sebatu lagi sampai ke kita (itu contoh saja..) bau minyak wangi masing-masing dah boleh bau. Macam-macam bau. For me yang memang suka segala yang wangi ni.. aduhaiiiii.. nyaman babe..

Tapi..

Apakah hukumnya bagi wanita yang berwangi-wangian di luar rumah?

Jawapan:

Menyukai kecantikan dan wangian adalah fitrah. Kerana Allah juga indah dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :

"…….. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram.

Harus
Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita. Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya, termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,


"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)


Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)


Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Dulu tak tahu sekarang dah tahu.. pandai-pandai la bawak diri ya.

Wallahu ‘alam bissawab.

Info dari sini.

7 comments:

  1. salam k.sham,
    dulu ummu zaman jahil tuh nak kuar jer umah, minyak wangi..minysk wangi jer kuar umah..ehhh..
    skrang bila dah paham sket langsung lak tak pakai..sampai dlm umah pun terlupa..huhuh

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt Ummu,
    Pada K.Sham minyak wangi ni sgt subjektif. Kut busuk pun x elok jugak tambah bila jadi gangguan pd org lain.
    Tak pakai minyak wangi pun tak bermakna kita busuk.
    So.. berpada-pada la.

    ReplyDelete
  3. DULU RAJIN GAK SOPIM MNYAK WANGI BILA FLIGHT SALE,TP DULU LA
    SKRG BANYAK LAGI KOMITEMEN LAIN

    TP BETUL LA, MAK ARAB KALAU SOPIM PERFUME GUNA BAKUL, BUKAN SEBOTOL TP BERBOTOL-BOTOL ;)

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Penah sekali jumpa sorang Mak Arab ni shopping kasut angkut troli terus..

    ReplyDelete
  5. mmg ros pun kagum dgn bangsa arab ni kalau bab2 berhias & berwangi. sebab tu kalau org dok giler mamat korea yg fake@mamat salleh yg berbintik2 jeragat……for me i admire mamat2 arab lagi (walau kdg2 menyampah dgn berlagak dorg ni). tapi mmg xleh dinafikan mereka mmg kemas & rapi & harum. dah la hensem, begitu juga la dgn mek2 dorg. alahai kalah le aisywarya rai (xreti nak eja namanya) @ angelina jolie tu. tapi bab wangiaan ni pun berlebih2 juga mek dorg ni. saya kalau dulu mmg peminat perfume tp sejak2 dah insaf ni pakai juga tapi setakat husb hidu pagi2 atas keta jah le, pastu beli yg non-alcohol jelah murah2. kdg2 pakai ubat ketiak pun dah wangi ekk. heheh

    ReplyDelete
  6. Setuju sgt dgn Ros.
    K.Sham bukan la anti Korean yg fake tu tp dah fake kan.
    Mat Salleh jeragat.. first time baca.
    Wpun org Arab ni mmg lawa2.. cun2.. diaorg pun ada kasta jugak.
    Yg lawa mmg lawa la.
    Cuma biasa yg kalau K.Sham tgk masa diaorg nak pi solat tu.. mmg rapi.. mmg kemas. Kagum. Unlike some yg kalau nk pi solat ala kadar saja tp kalau nk pi outing.. aduhaiiii..


    ReplyDelete
  7. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Minyak wangi wanita.

    ----------

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...