Beautiful Friends

Wednesday, March 13, 2013

Kes DERA rumah tangga..

Kes dera sebenarnya ni. Jarak office Cik Asben dengan rumah sebenarnya tak jauh mana. Tapi kalau travel during lunch hour.. standard la kan. Dari 15 minit boleh jadi cecah 30-45 minit. Tapi Ibu mintak dia balik jugak makan di rumah. Kes dera la jugak tu kan.


Tak ada pun sebenarnya. Cuma Ibu rasa nak dia makan lunch dengan anak-anak. Tambah pulak dah lama tak makan bersama. Macam la tak ada esok lusa. Again, kes dera la tu kan.


Lauk-pauk pun biasa-biasa je. Tak ada pun yang melampau dan teramat best atau canggih sangat. Lauk ulang tayang yang biasa Ibu masak. Lainlah kalau Ibu buat chicken chop ke.. nasi mandhi kambing ke.. bbq and salad ke.. Kan ke mendera namanya tu.

Tapi dah nak buat macam mana.. Ibu nak jugak Cik Asben balik lunch hari ni. Mujur jugak kerja tak berapa banyak hari ni. Lepas submit report, boleh la dia ngelat lama sikit (tak senonoh betul kan).

Anyway, lepas selesai lunch.. dengan perut maju ke depan. Jugak dengan anak-anak sengeh sebab kekenyangan.. rasanya berbaloilah Ibu mendera dia orang makan sama-sama semeja hari ni.

Sekian.


 

13 comments:

  1. terdera pun berbaloi la.... lauk biasa2 yg sangat mengancam selera! dan dan lapo kak rose ni!

    ReplyDelete
  2. Kak Rose,
    Di rumah ni mmg lauk-pauk macam ni je la yg biasa kami makan. Dah itu jer pun yg Sham tau nak masak.

    ReplyDelete
  3. salam ibuk

    hehehe dera suruh makan takpa
    foto yg last tu peria kan

    entah kenapa saya dari dulu hingga laaaa ni tak suka makan peria pasal dia pahit, kalau org rumah saya masak ,memang dia makan sorang lah peria tu sedangkan saya makan dan kutip udangnya sahaja hahaha

    ReplyDelete
  4. Kihkihhh
    Penderaan tekaklogi
    Cayala kaksham satu ancaman positif!

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam Bapak,

    Biasanya kami layan peria bila kencing dah mula kotor. Dok sini semanjang air manisssss jer. Dari teh sampailah ke air botol. So kira makan sambil berubat la tu.

    ReplyDelete
  6. Yong,
    Ancaman yg NEGATIF pd KILO serta kerampingan perut yg mula mengurang.
    Bahaya tuuuuu..

    ReplyDelete
  7. err.. kaktek salu tak bagi somi balik lunch... samada bagi bekal atau suh dia beli sandwich telo je kt kantin.. hahahaaa.. dera gak kot bagi dia.

    ReplyDelete
  8. Kak Tek,
    Mmg selalu Cik Asben bawak bekal.
    Kut tak pun beli je shawarma kat bawah opis.
    Tapi kali ni mmg sengaja nak suruh dia balik.
    Mmg DERA sungguh ni..

    ReplyDelete
  9. Hi Shamsiah, Wow! I love this kind of lunch. Susa nak balek kerjah lepas makan, ha ha...da polish off tiga pinggan nasi, ha ha.
    I love your cooking. That 2nd picture looks so delicious! It's if my bahasa not that rusty, peria, kan?
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  10. Dera yg mcm ni anis pun nak kak sham oiii hihi

    ReplyDelete
  11. Hi Lee,
    Yes indeed. Its not easy for him to come home just for lunch. Furthermore, sometimes its not worth-it. With the rushing, the traffic jam. So not advisable to do it too often.

    Btw, you got it right. That is PERIA. Quite bitter yet very good for cleansing the urine.

    Well what to do, I masak like orang tua-tua. And luckily, all of them never complain about it.

    You too take care friends.

    ReplyDelete
  12. NP,
    Ini jer pun yg Sham tau & boleh masak.



    Anis,
    Tapi kan.. dera mcm ni tak berapa digalakkan sgt. Nanti bila dah penimbang berat ke kanan, baru nak menyesal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...