Beautiful Friends

Friday, March 7, 2014

Kerabu daging salai.. the recipe.

Assalamualaikum all..
Salam hari Jumaat penghulu segala hari.

Tak ada cerita baru cuma nak sambung cerita semalam. Ada kawan-kawan dari Tanah Seberang berhajat nak resepi. Ibu cuba la karang-karang ayat mana yang patut ya. Cuma as I always said.. Ibu masak tak ada skima. Main campak-campak jer.


Bahan-bahan;
Daging salai
Sebiji mangga muda
Cili api secukup rasa
Sebiji bawang besar
Sebiji lemon
Kicap manis
Gula & garam

Cara-caranya;
Daging salai direbus sebentar (dalam 10-15 minutes). Kemudian dihiris nipis. Ketepikan.
Mangga dihiris nipis (nak sagat ke, nak cincang ke.. terpulang pada individu)
Cili api dipotong kecil
Bawang dimayang halus
Kemudian dalam satu bekas, digaul semua bahan-bahan di atas serta perahkan lemon (kecuali daging salai)
Letak sedikit kicap (Ibu suka kicap Kipas Udang yang merah tu), adjust gula and garam mengikut tekak masing-masing.
Bila semua dah mesra.. bolehlah masukkan daging salai.

Reason Ibu boh last daging salai.. sebab Ibu takmo daging tu hancur kalau terlalu kerap digaul dengan bahan-bahan lain tu. Tambah pulak bila dah direbus, daging jadi lebih lembut. Tu jer..

Okey.. happy cooking friends..

6 comments:

  1. Akak..

    kecur air liuq tgok kerabu daging tu..:-)

    ReplyDelete
  2. Norma,
    Tak yah kecur air liuq.. sendiri boleh bikin.
    Sap sap sui jer ni.

    ReplyDelete
  3. Irfa,
    Nak puji diri sendiri ni.. mmg sedap.
    Tak sempat jumpa nasik pun.

    ReplyDelete
  4. sedap nya Shammm macam nak buat skrg ni jugak tengok kerabu ni

    ReplyDelete
  5. Kak Noor,
    Silalah.
    Sham yakin hasil air tangan Kak Noor.. sure lagi sedap nnt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...