Musim and demam memancing datang lagi. Dah 2-3 kali jugak Ibu cerita kan kan.. And baru-baru ni ada kawan hantar sebakul besar ikan duri ke rumah Ibu. Mujur saja dah siap bersiang. Ibu "ngeri" sikit kalau nak proses ikan duri ni. Entahlah.. rupa macam ikan sembilang saja. Tapi.. tang kepala tu macam.. takmo fikir lagi la..
Anyway.. si kawan ni berhajat mintak Ibu masak untuk adik-adik students kita di sini. Ikut catuan mau 2-3 dishes jugak Ibu kena masak ni. So untuk dish pertama.. kita masak asam pedas. Kebetulan pulak stok bunga kantan and daun kesum tengah banyak ni.
And hasilnya..
Seperiuk untuk students di Qurtuba (sekolah menengah) and seperiuk untuk students Kuwait U.
Tapi yang buat Ibu sayu tu..
- Antara gambar yang dikirimkan kepada Ibu -
Masih tak lupa adap makan beramai-ramai macam ni.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Then untuk dish yang kedua.. Ibu masak pulak sambal tumis petai. But instead guna udang, sotong or ikan bilis.. Ibu ganti dengan ikan duri. Dah itu yang dia orang request.. itulah yang Ibu masakkan.
- tunggu masa nak delivery saja -
Sampai saja lauk tu ke asrama rupanya dia orang dah siap masak nasik. Dewan makan dah tutup rasanya. Tu yang kena masak nasi sendiri.
Memang sayulah bila tengok keadaan students ni. Bukannya dia orang tak cukup makan pakai malahan pihak United Nation siap bagi elaun tiap bulan. Tapi dah sebab merantau ke negara orang, dah tentu susah jugak nak merasa lauk-pauk/makanan ikut skima tekak Melayu.
Dan dengan sebab itu jugak, Ibu selalu pesan ke dia orang ni.. kalau ada apa-apa yang berhajat nak makan tu.. bagi tau.. insya'Allah.. ada rezeki akan cuba Ibu tunaikan.
- Pesanan dari pihak Tuan Rumah -
Ini bukan edisi meriak.. tapi cuma nak bagi contoh.. kut kita ada rezeki lebih tu.. panjang-panjangkanlah bersedekah terutamanya pada mereka yang dalam usaha menuntut ilmu. Insya'Allah.. besar ganjaran pahalanya.
Dulu ketara jugak "jurang" antara adik-adik student and kelompok masyarakat Melayu di sini. Banyak jugak faktor yang jadi penghalang. Tapi.. alhamdulillah.. off-late ni jurang tu dah longgar sikit. Mungkin sebab ada "this persatuan" yang ambik berat dan prihatin dengan "kewujudan" dia orang ni.
And.. Ibu secara ikhlasnya.. memang sokong sangat dengan usaha yang dia orang buat tu. Macam kita jugak.. kut kawan-kawan yang jadi ganti keluarga di sini.. dia orang pun macam tu jugak. Kita ni la ganti emak.. kakak.. ayah.. abang.. Sayu weiii..
So janganlah buat peil AKU saja.. cubalah belajar bermasyarakat especially dengan adik-adik students ni. Tak rugi and tak tercuit pun rezeki yang ada tu kalau kita panjang-panjangkan pada adik-adik ni.
Akhir qalam.. assalamualaikum..
alhamdulilah!!!besar pahala k.sham masak utk student2 tu. btw ros nak tanya student yg sek menengah tu dr Malasyia ke? mcmana dorg terpilih belajar @sana?
ReplyDeleteSalam Sham,
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah, mudah-mudahan bertambah murah rezeki Sham sekeluarga serta sahabat yang sama-sama bersedekah. Amin.
Kak, siapa aje student asrama tu? I mean memang parents kerja di situ atau asrama tu an orphanage?
ReplyDeleteKak.. siapa student2 tuh? diorg mmg dihantar oleh mak ayah diorg utk belajar kat kuwait dari kecil ker?
ReplyDeleteRos,
ReplyDeleteDia orang ni antara yang terpilih. Tapi for sure dia orang kena apply jugak la untuk belajar di sini.
Kebanyakannya dari sekolah maahad, seluruh Malaysia. Tapi yang paling ramai dari Kelantan & Terengganu la.
Alaikumsalam Ros Jasin,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sejak 2 menjak ni ramai dah yang bukak mata.. yang dah longgar poket & rajin bertegur sapa serta "apa-apa yang patut" dgn adik2 student ni.
Semoga semua usaha tersebut mendapat barakah dariNya. Insya'Allah..
Mila,
ReplyDeleteMmg the parents yg hantar ke sini. Kira macam maahad la di sini pulak.
Cuma nak belajar di sini tu "saringan" ketat sikit la.
TATA,
ReplyDeleteSemua masih ada keluarga tapi di Malaysia la.
Tu sbb akak pulak yg tumpang sayu, kecik2 dh merantau sendiri ke negara orang.
Jauh pulak pulak tu.
Kak Sham,
ReplyDeleteKenapa diorang dapat bantuan United Nations? Saya tak faham.
Saya kurang suka ikan duri. Kalau hubby mancing dapat ikan duri, kami sedekah pada orang lain jer. Ikan keli, sembilang patin dan lain2, saya ok. Tapi duri ni, saya tak boleh terima sikit. Tapi kalau masak asam pedas, campur bunga kantan segala, nampak sedap lah pula yer kak....
Ramai yang tak tau bersedekah pada pelajar yang menuntut ilmu ni besar pahalanya. In fact, mereka antara golongan yang layak menerima zakat.
Aziela,
ReplyDeleteNak belajar di sini sebenarnya mmg payah sikit sbb sekolah menengah di Qurtuba tu antara yg terbaik di Gulf countries.
Jadi saringan di Malaysia (selepas darjah 6) mmg ketat.
Advantage - dh ada reserve seat di Kuwait U. Again, Kuwait U jugak antara universiti yg terbaik di Gulf countries.
Adik2 ni dpt bantuan dr United Nations sbb dia org ni "terpilih".
Tiket balik Msia sekali setahun, elaun, kemudahan asrama & pengangkutan. Byk lagi cuma K.Sham x berapa sure. And projek sekolah menengah di Qurtuba tu sememangnya di bawah kelolaan United Nations.
& setahu K.Sham byk maahad di Malaysia yg berebut nak hantar students ke sini. Tapi kuota terhad la sbb dah setakat itu sahaja yg ada.
Mungkin lain negara, lain pulak caranya.
On top of semua tu.. dia orang biasanya ditawarkan kemudahan menunaikan umrah setahun sekali. Kut tak melalui projek Masjid kaber, byk lagi badan kebajikan & individu yg mmg berebut nak buat amal di sini.
Insya'Allah.. ada rezeki K.Sham try pi interview adik2 tu & later share kat sini.
Setuju sangat tu ibu, kalau jumpa org negara sendiri di luar negara hati rasa gembira sangat macam jumpa saudara sendiri. Sedekah kita akan meluaskan rezeki kita...insyaallah...
ReplyDelete