Assalamualaikum all,
Ibu ni memang jenis bergunting rambut setahun sekali. Entah.. rasa selesa macam tu.. dalam pada tu ada masa merungut jugak bila rasa dah terlebih panjang dari biasa tu. So bila jejak je kaki di Tanah Malaya.. antara yang wajib dibuat dulu.. memang pi kedai gunting rambut la. Senang pulak nak tuju kedai yang mana.. gunting rambut yang macam mana and harga wise pun.. okey la. Still below RM30.00.. Errr.. murah ke mahal tu??
Tapi malam tadi tergerak pulak hati nak bertanya lebih sikit dengan "yang patut ditanya" hukum bergunting rambut dengan Non Muslim.
Selama ni macam was-was jugak sebenarnya. Akhirnya..
Kebanyakan ulama dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti di hadapan lelaki bukan mahram (ajnabi, sah nikah). Dalilnya ialah pada Surah an-Nur ayat 31.
Kebanyakan ulama dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti di hadapan lelaki bukan mahram (ajnabi, sah nikah). Dalilnya ialah pada Surah an-Nur ayat 31.
Secara umumnya, apa yang kita belajar di sekolah (terutama di sekolah agama atau dalam matapelajaran agama), kita diajarkan bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita Non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.
Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita Non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata-kata Sahabat seperti Umar dan Ibn Abbas r.a) yang melarang wanita-wanita Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.
Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk seperti Malaysia. Yang mana kadang-kadang terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.
Namun, sekalipun ada pendapat yang lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yang lebih ketat demi menjaga maruah diri.. cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yang lebih ringan.
Begitulah kisahnya.
In short -
Kalau ada pilihan carilah kedai gunting rambut wanita Islam. Rasanya di Malaysia tak ada masalah nak cari.
Tapi kalau dah kawasan tu memang tak ada sebijik pun kedai wanita Islam. Maka kita guna pakailah hukum khilaf di atas.
Well.. in my case.. kedai yang Ibu selalu tuju ni salon yang pekerjanya semua wanita bukan Islam. Tapi dia orang pun dah faham.. sebab bagi wanita Islam "disediakan" sebuah bilik khas ya'ni tidak terbuka sebab customer dia orang ada macam-macam. Dari yang lelaki sampailah ke perempuan bukan Islam.
Errmm.. sedangkan yang BUKAN MUSLIM tu tau nak memuliakan maruah kita sebagai orang Islam.. ini pulak KITA SENDIRI.
Pilihan dah ada.. jawapan pun ada.. buatlah apa yang patut.
Wallahu'alam..
Ehhhh.. tekan brek kejap.. nak tunjuk menu kami semalam.
Yang atas tu.. gulai ikan tenggiri sekali dengan telur ikan. Ibu boh mangga. Adatlah la.. Ibu masak mana boleh plain.. sure nak ada partner.
Yang bawah tu pulak.. kerapu bakar.. cuma Ibu apply dengan sambal tumis berpetai.. bungkus.. then bakar dalam oven. Khalass..
salam Ibu...salam perkenalan dr saya...terima kasih atas posting nie...tapi satu ler Ibu, kedai muslim (melayu) nie buat kerja lebih kurang ajer, gunting rambut tak lawa...(mungkin ini dugaan saya kut...)
ReplyDeleteTak semua gunting melayu begitu.selalunya gunting melayu caj murah nak buat lama belek selai selai mcm cina agak sukar dgn harga yg dicaj.insyallah masih ramai diluar sana salun gunting rambut muslimaj sudah dibuka.
Deleteemm tahu, tp skrg slow2 nak cari tukang gunting melayu islam
ReplyDeleteanyway,, makan2 tu menyelerakan
Salam Kak Sham. Kat PD kan, dulu ada satuu jer kedai gunting Islam. Masa saya sekolah dulu lah. Sekarang nan hado. Satuuu pun takdo. Kat Melaka? Hatta kawasan Melayu macam Masjid Tanah tu pun tak der. Kalau saya ada masa, saya cuba cari di Kuantan sebab mungkin ada, tapi harganya mak datuk, tus..tus...bunyi hujungnya kakk...
ReplyDeleteSaya jarang gunting...rambut saya bukan jenis cepat panjang, so bolehlah pelan2 cari.
Psst kak : Telur ikan tu mengancamnyaaaaa.....
Asslm Kak sy ada buka Saloon utk muslimah di sebelah ipk bukit beruang.. Bole hubungi sy 0136935493( ruang tertutup utk muslimah telah disediakan)
DeleteSalam, dulu2 saya selalu gunting rambut kt kedai non muslim jgak yang ada sediakan bilik khas untuk perempuan bertudung...tp dah pindah ini x jumpa yg seumpamanya, last2 suruh en.abe jer yg potongkan, janji potong bukan nak wat fesyen2 pun...hehe.
ReplyDeleteAlaikumsalam Nani, Irfa & Aziela..
ReplyDeleteMmg kedai gunting rambut Melayu/Islam ni mmg susah nak cari sbb tak ramai anak Melayu (perempuan) yg minat dgn kemahiran yg sebegini.
Unlike anak-anak Cina.. blom habis sekolah lagi dia org dah mula berjinak-jinak dgn perniagaan yg sebegini. At least ambik upah cuci rambut, blow then gradually dia org at last bukak kedai sendiri.
Kita (Melayu) pulak lebih pada kemahiran menjahit baju, manik, deco dll.
Thus K.Sham personally prefer kedai gunting rambut Cina sbb its very simple. Pi sana.. gunting & balik rumah.
Tak berapa berkenan bila masa bergunting tu ada diselitkan dgn sesi free gossip. Kut yg Cina tu kut dia nk bergosip dgn sesama dia pun.. K.Sham bukan faham pun.
Same goes bila pi buat facial. At last beli apa yg patut buat sendiri je la. Dh tua-tua ni pun jerawat segan dah nak kluar.
P/s;
Lauk tu.. ulang tayang yg ntah ke berapa kali daaaa..
Alaikumsalam Nasa,
ReplyDeleteBertuah badan..
Kalau K.Sham.. dia siap kata.. saya hantar.. saya tunggu.. saya bayar. Tapi dia nak tolong gunting.. takda nyer la.
aurat tuh rasa same goes to kalau kat bilik salin pakaian kut kan... saya nih selalu jer g swimming, so bila nak mandi tuh agak susah nak terus pakai baju dalam bilik mandi, tambah plak consider org yg tgh tunggu kat luar.
ReplyDeletekalau kak sham tunggu balik malay baru gunting rambut, saya plak tunggu balik kampung baru gunting rambut... sebab sangat selesa mak yang guntingkan.. sampai pok pek tengok ayam itik (kawasan ayam itil tuh terlindung dik semak n jauh dari rumah org, so tak kisahlah nak buka tudung.
Gd info..tq for sharing
ReplyDeleteznzabadistore.blogspot.com