Beautiful Friends

Monday, April 7, 2014

Kuwait - Mekkah

Assalamualaikum all,

Banyak sungguh dugaan kami nak menyampaikan hajat untuk menunaikan umrah kali ni. Dengan anak exam, Cik Asben tak lulus cuti. Then yang berdua tu dah selesai exam.. si abang pulak baru nak mula term exam. Then bila semua dah selesai.. anak kawan pulak baru nak exam. And at last only two weeks before departing.. baru dapat tarikh.

Itu belum lagi cerita hotel penuh sebab tarikh yang kami pilih tu semua sekolah di Saudi baru nak mula cuti. Hence dah tentu harga bilik hotel semua naik melambung. But.. alhamdulillah.. tho' dalam ding-dong-ding-dong.. all went well.

Dugaan kami la kiranya tu..

Anyway.. kali ni kami pi naik bas.. sebab kenderaan persendirian dah tak dibenarkan masuk ke Saudi. Thus nak ambik flight pulak.. rasa macam susah nak bergerak. So pilihan kami..


Satu bas ni hanya dikongsi oleh dua keluarga yang in total hanya 11 orang (termasuk kanak-kanak). Sakan la suka dia orang.. siap boleh main nyorok-nyorok lagi.

Perjalanan kami yang patutnya seawal 8 pagi pun terpaksa ditunda sehingga jam 10.30 pagi.. adatlah.. ni bukan janji Melayu tapi janji tutttt..

Tapi kan.. the beauty of naik bas rombongan and jugak rezeki kami agaknya.. dapat driver bas yang punyalah baik. Ya'ni dalam bas kami boleh makan-makan.. boleh hampar tikar and tidur atas lantai.. itu belum lagi dengan peil anak-anak yang "sakan" dalam bas. Kiranya segala yang group "yang lepas" tak merasa buat dalam bas.. semua kami boleh buat.

Okey.. jom kita cerita sambil tengok gambar.



There.. I told you.
Siap bawak bekal lagi. Ada mihun goreng.. ada sotong goreng kunyit.. daging goreng kunyit.. ayam goreng.. sambal bilis. Air.. ada Mirinda Strawberry, ada air teh panas.. ada kopi O' panas. Plus siap ada kuih-muih lagi. Rasa macam dok kat rumah la pulak. Then nak makan mana-mana pun.. ikut suka hati la.



Seingat Ibu.. dua kali jer kami berhenti. Itu pun time nak solat and isi minyak. Bayangkanlah.. dah la driver sorang. Dari Kuwait ke Mekkah ambik masa 18 jam jugak. Tapi boleh pulak kami sampai ke Mekkah sebelum suboh keesokan harinya. Tak tahu lah berapa speed si Jalil (driver) tu bawak.

Gambar kat atas tu time bas nak isi minyak. Sempatlah Haazem posing dengan unta sesat.



Ini masa kami dah sampai di Miqat Qarn. Sekali dengan solat suboh.. sarapan and siap-siap pakai ihram nak buat umrah. Again.. maybe rezeki kami.. tak payah susah-susah fikir nak sarapan kat mana or makan apa.. semua cukup. Dengan cereal.. dengan roti.. dengan kuih-muih.. teh tarik.. alhamdulillah. Memang setakat untuk hari tu.. aturan jadual kami cukup baik.

Even masa di check-point pun kami cuma kena tahan dalam 40 minit. So kami ambik kesempatan tu untuk solat dzohor sekali dengan lunch break. Dengar khabarnya.. previous group sangkut sampai 5 jam. Alhamdulillah.. lega sangat-sangat kami.

Sampai di Mekkah kami terus check-in dulu. Bilik pun takda masalah. Kawan yang satu lagi tu pun dapat connecting-room. Satu floor pulak tu.

Then bermulalah "kerja" kami. Awal tu memang sama-sama la.. tapi dah dengan beribu umat Muhammad sekali dalam kawasan Ka'abah tu.. susah jugak kalau nak "bersama". At last masing-masing buat "kerja" masing-masing. Dan dalam masa 3 jam alhamdulillah semua siap sampai ke tahallul.


 

Malam tu Arif last sekali pi "botak kepala". Dia macam 50/50 jugak mula tu. Tapi Ibu pujuk kata.. "orang yang botak kepala lepas tahallul ni sama tarafnya macam baby.. takda dosa". Alhamdulillah.. terbukak jugak hati Cinonet tu akhirnya.

Day two.. acara bebas. Anak-anak kami rehatkan di bilik. Cuma yang adult plus Amsyar kami bawak ke Miqat yang berhampiran untuk ibadah yang seterusnya. Kawan Ibu yang sorang tu tak pernah buat umrah more than once. So kira kami jadi juru pandu dia jugak la. Again.. dalam 3 jam jugak la baru selesai. Yang jadi lama tu sebab bertembung dengan waktu solat dzohor. Plus dengan kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.. memang banyak jalan "short-cut" yang terpaksa jadi extra panjang.

And malam tu Ibu ajak semua buat tawaf sunat. Sementara kita kat sana kan.. kita buatlah apa yang patut. Untuk anak-anak walaupun memang extra penat sebab kelompok jemaah extra ramai dari siang.. tapi at last selesai jugak. Lambat pun.. biarlah lambat. Penat kita berhenti minum air magic (air zam-zam). Sapu ke kepala.. sapu ke muka and minum seteguk dua.. then kita sambung semula.

No hurry.. no worry..




Yang di atas sekali tu pemandangan biasa keadaan jemaah selepas solat Isyak. Tu kira kuranglah jugak. Kalau waktu Maghrib.. double the quantity.

Day three.. hari untuk tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal. Cik Asben nak sangat merasa tawaf di bahagian mataf. Nak kira selesa.. memanglah selesa sebab jemaah memang kurang kat sini. Tapi kami cuma mampu buat 4 pusingan.. lepas solat dzohor kami sepakat sambung buat tawaf di bawah sahaja. Kesihan ke anak-anak sebenarnya. Kat atas tu tak ada tempat nak minum air zam-zam. Tak kisahlah.. janji kerja kami siap plus hajat dah sampai.

Sedih..
Siapa tak sedih babe.. bukan senang nak dapat panggilan ke rumah Allah ni. Kalau Allah tak izinkan kita ke sana.. tak sampai jugak kan.




Well.. itulah dulu serba ringkas cerita pengalaman kami selama di Mekkah. Insya'Allah.. nanti Ibu sambung dengan bab makan and masa kami di Madinah pulak.

Ilal liqa'..

7 comments:

  1. Wah menarik kisah perjalanan darat ke Tanah Suci..

    ReplyDelete
  2. Alahamdulillah selamat perjalanan umrah akak.... bila dah balik rumah mesti hati tertarik-tarik rasa rindu untuk menjadi tetamu rumah Allah lagi....

    ReplyDelete
  3. YaAllah, seronoknya baca pengalaman kak sham, ke tanah suci naik bas adalah pengalaman yg bagus, siap boleh makan2 cam berpiknik dlm bas ;)

    ReplyDelete
  4. Nasa Mulia,
    Setiap org.. masing2 dgn pengalaman sendiri.
    Cerita K.Sham.. mcm ni jer laa..

    Suerynn,
    Mmg macam tu la.
    Masa berjalan dgn niat nak buat tawaf wida' tu pun pipi dah lencun dek air mata..

    Irfa,
    Alhamdulillah..
    Dulu pi naik van.. selesa tapi terhad la sikit.
    Rupanya.. naik bas.. lagi seronok.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Indahnyaaa. Rezeki Allah. Semua ada bahagian masing2. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Alhamdulillah.. rezeki Allah tu dtg dgn pelbagai bentuk dan cara.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kak, double happy bila semua anak2 ada sekali. Hajat nak bawak anak2 juga kena mula penuhkan tabunglah Aina ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...