Beautiful Friends

Wednesday, April 9, 2014

Arif HILANG di Madinah..

Assalamualaikum all,

Mungkin kita biasa dengar kes orang hilang di Mekkah or di Madinah. Ada yang hilang berhari-hari.. ada yang hilang sekejap.. macam-macam.

Meh Ibu nak share.
Kali ni Arif pulak yang hilang. Bukan cerita bohong.. bukan gimik.. tapi memang betul Arif hilang.

Hilang masa kami di Madinah. Time tu kami baru selesai solat isya'.

Macam biasa.. selalunya kami akan berkumpol di lobby hotel sebelum aktiviti yang seterusnya tapi malam tu belum sempat Ibu sampai ke lobby.. Cik Asben call kata Arif hilang. Aduhaiiii.. rasa hilang separuh nyawa.

Punca - mungkin ada yang perasan.. luar pintu masuk ke Masjid Nabawi memang tempat ramai orang berjual-beli. Dan kisahnya Cik Asben nak pi tukar mainan Arif yang baru dibeli tapi disfunction. Sementara Cik Asben nak tukar barang tu tiba-tiba tengok Arif dah tak ada. Tanya Amsyar.. tanya Haazem.. semua jawab tak tahu.

Subhanallah.. masa Ibu sampai ke tempat yang Cik Asben tunggu tu.. Amsyar muka dah pucat.. Haazem pulak dah menangis.

So then kami berpecah cari Arif. Haazem dah mula panic siap kata tak nak balik Kuwait kalau tak jumpa Arif. Terus Ibu pesan ke Haazem.. "jangan cakap macam tu.. Arif ada ni.. cuma kita tak nampak dia. Mintak dengan tuhan biar Arif selamat.. mintak biar kita nampak Arif semula".

Banyak kali Ibu pesan ke Haazem macam tu. Sambil tu kami dok jerit jugak panggil nama Arif. Tapi dengan suara orang berjual-beli.. tenggelam jugak suara kami.

Ibu pergi report ke Polis yang berkawal di kawasan tu.. tapi apa yang dia boleh buat.. setakat geleng kepala sajalah.

Then tiba-tiba Ibu tergerak hati nak balik ke hotel dan masa dah separuh perjalanan.. Ibu dapat call dari Cik Asben yang Arif dah ada kat hotel.

Allahhu Rabbi..
Rupanya Arif balik sendiri ke hotel. Dia kata punca dia terpisah dari Cik Asben sebab ada orang besar blok pandangan dia. Then tiba-tiba dia dah tak nampak Cik Asben, Amsyar and Haazem. Terus slowly dia ikut jalan kat tepi and terus sampai ke hotel.

Dari situ, dia tekan lif terus naik ke tingkat 12. And bila dia ketuk pintu bilik and tak ada respon.. dia turun semula ke lobby. Kat situ dia jumpa pulak staff hotel and terus dia kata.. "can you please call my father and my mother. My room number is 1226".

Unbelievable.
Sebenarnya.. sampai hari ni kami masih rasa macam tak percaya Arif boleh buat semua tu. Kata staff hotel tu.. Arif sikit pun tak menangis. Even masa dia communicate mintak call kami and bagi his room info segala.. it was very clear.

Sungguh..
Sampai ke la ni pun Ibu masih rasa macam tak percaya Arif boleh buat semua tu. Tapi Ibu percaya dengan kuasa Allah. Itu semua mungkin dugaan kami. Mungkin jugak sebab kami cuai. Terlalu percaya yang kami dah cukup lengkap menjaga anak-anak.

So sini Ibu nak pesan, kalau ada yang bawak anak-anak di tempat macam ni -

1- Pakaikan tag nama yang complete dengan nama hotel, nama anak, contact number. Alahh.. yang Tabung Haji or any travel agen biasa buat tu.

2- At least.. masukkan kertas yang lengkap dengan contact detail dalam poket baju or seluar anak-anak.

3- Or.. kut la emergency sangat.. tulis saja di lengan anak contact number kita.

Ni semua pesanan dari staff hotel tu kepada kami.

Innalillah..
Mungkin ini dugaan kami.. supaya jangan leka.. jangan suka sangat masa di Tanah Haram. In short ada laa "benda" yang Allah nak tunjuk pada kami tu. And mungkin jugak ada benda tak betul yang kami dah buat.

Whatever it is.. lesson learn.
And sesungguhnya.. dalam redha kami terima ujian tersebut.. tho' masih macam rasa tak percaya Arif boleh buat sendiri semua yang dia kata tu.

Tapi kuasa Allah.. siapa yang tahu.

P/s;
Ada jugak orang kata.. maybe masa Arif hilang tu.. ada "orang" yang jaga dia.

Wallahu'alam..


12 comments:

  1. alhamdulillah..ending yg gembira wpun nebes gak baca pd awalnya
    sy juga hilang kakak sekejap dlm masjid. pelik tu semua tgh solat, sy boelh rasa dia takde sblh saya, so sy stop solat..semua org tgh sujud masa tu...tp sy x nampak dia

    so terus solat sunat 2rakaat, bg salam..tgk dia ada sblh saya
    mmg ajaib sgt.syukur YaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. arif selamat dijumpai.

    ReplyDelete
  3. Syukur pada Allah, boleh jumpa Amir balik.

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Ni boleh pulak Arif kata ada orang besar blok dia. Terus dia tak nampak ayah & the abangs.
    Then pandai pulak balik ke bilik sendiri.. pi cari pulak staf hotel.. benda yg rasanya mcm ada org ajar dia buat semua tu.

    Anyhow.. alhamdulillah semua dah selamat. && pada kami.. silalah "beringat".

    P/s;
    Dlm masjid pun blh hilang sekejap.. mcm2 cara Allah nak duga..

    ReplyDelete
  5. Mila & Nasa Mulia,
    Mmg syukur sgt sbb Arif selamat.
    Tapi mmg sampai ke hari ni.. seriau dlm hati tu Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar. Berbagai dugaan yang Allah beri tanpa disangka. Kadang2 kita rasa perkara tu remeh, tapi di bumi suci, tak ada perkara yang remeh.

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah,memang kagum ngan Arif.

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah,all ends well.syukur.Berdebar rasa baca.teringat masa muda bela 4 sekawan yang adakala hyper active..

    ReplyDelete
  9. Agaknya bende ni brlaku sbgai ingatan agar k. Sham n fmly lbh brhati2 next time. Smga ini mnjd pengajaran utk semua trmsuk saya.

    ReplyDelete
  10. Aziela,
    Tu sbb ia dipanggil Tanah Haram.
    Haram berbuat maksiat ya'ni terdetik dlm hati pun ada masa Allah bayar cash.


    Nazayiena & Laura,
    Alhamdulillah.. masa kami jumpa Arif tu mmg rasa bagai "nyawa" dtg semula.


    Mokjadeandell,
    You know.. I know.. faham-faham je la kan.


    Tifa,
    Insya'Allah.. semoga kita semua lebih beringat pd masa akan dtg.

    ReplyDelete
  11. Kat sana semua benda nak jadi sekelip mata je ye kak. Letak tag nama bagai macam anak baru masuk darjah satu kak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...