Beautiful Friends

Tuesday, April 22, 2014

Cincin dijari manis-ku..


Scary babe..

Ronda-ronda.. nampak kedai cincin. Ronda-ronda nampak lagi kedai cincin.. 

Di sini kedai perhiasan diri wanita memang "bersepah". Setiap ceruk.. setiap sudut.. senang sangat nak jumpa kedai-kedai yang sebegini. Cumaaaa.. ada ke yang berkenan di hati??

Dia orang ni kalau bab berhias ada sikit "over".. actually over yang ter-over.. sungguh.. Ibu tak tipu. Jangan disangka dalam abaya and niqab tu just plain and simple Arabic Lady.. sekali tengok dia orang ni berhias di diwaniya.. ya habibi.. tak terjangkau dek akal yang biasa-biasa (Ibu la tu).

Well.. pernah dulu.. duluuuuuuuu.. lama dah. Masa Ibu baru sampai sini. Berkenan la jugak nak masuk kedai perhiasan dia orang ni. Tapi pernah sekali tu.. Minah Arab sebelah Ibu ni asyik sarung cincin ke jari telunjuk dia. Then ada la kawan dia tegur.. tapi dia jawab.. SEKSI. Geleng kepala kawan yang sorang tu.

Then malam tadi.. masa Ibu tengah beratur nak bayar barang kat market.. nampak balik benda yang sama ya'ni pakai cincin di jari telunjuk. Actually common je that type of view. Setiap masa boleh tengok. Cuma yang menarik perhatian Ibu tu sebab.. cincinnya cantik. Sungguh.. cantikkkk sangat.

Cuma bila dah disarung ke jari telunjuk tu macam "kureng" la sikit.

Anyway.. meh nak share.

Sebenarnya salah cara pemakaian cincin yang sebegitu.

Hadis Pertama 
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth a.s” 

Hadis Kedua 
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. 
- Hadith Riwayat Muslim 

Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. 
- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai

Dah macam tu.. kita cuba apply mana-mana yang patut. Berhias ni memang dituntut dalam Islam especially jika si isteri berhias untuk suami. Jap.. kita divert sikit. Pernah sekali Ibu terserempak dengan jiran sebelah masa tu dia pi buang sampah kat tangga. Ibu tegur and kata dia cantikkkk sangat. Dia jawab "I'm waiting for my husband to come back". Tersekima Ibu kejap.

Then later ada la peluang sembang-sembang dengan dia lagi. Dia ceritalah macam mana the husband memang bagi dia extra pocket money just untuk pi salon.. manicure.. pedicure.. buat rambut.. in short.. what a wonderful life. Errkkk.. termenyimpang ke lain la pulak.

Anyway.. morale of today's cerita.. pakai cincin ni sweet.. bonus.. dapat pahala kalau kita pakai dengan cara yang sepatutnya ya'ni mengikut sunnah.

P/s;
Sunnah tu kita buat / ikut jugak.
Tapi yang wajib.. jangan ditinggal pulak.

Wallahu' alam..




10 comments:

  1. dulu saya suka pakai cincin di jari tengh sbb jari manis saya kulitnya berlipat. Tapi lama-kelamaaan dh stop pakai cincin. Prnh tngk orng prmpn pakai cincin di 10jari. Emas pulak tu. Huhuhu....

    ReplyDelete
  2. Wallalehhhhh..
    Cincin emas.. 10 jari.. very the mommy jarum tu..

    ReplyDelete
  3. Tiapkali baca entry akak.. rasa jahilnya saya sebab banyak yg tak tau.. thx for sharing.. walaupun saya tak pakai cincin, tapi at least dah tau takleh suka² sarung kat mana² jari... :)

    ReplyDelete
  4. Kina,
    Tak baik cakap mcm tu.. kita bukan jahil cuma "kurang ilmu".
    Orang jahil ni org yg langsung x blh terima ilmu Allah.

    At least itulah yg KAKAK K.Sham selalu kata.

    Masa tak tahu tu lain cerita.. dah tahu ni pandai2 bawak diri.

    ReplyDelete
  5. suka cincin tapi pakai sekadar hangat2 tahi ayam, pakai kejap pastu nanti letak sepah2, dah hilang...kalau emas tu mmg ralat kan sebab ada harga..sekarang cincin yang ada semua dah tak muat jari2 ini ha, boleh dipakaikan ke anak jari jer.

    ReplyDelete
  6. Kak bertuah sangat jiran akak tu siap dapat duit poket utk kecantikan diri, kalau Aina ni pandai2 lah guna duit yang ada...ehehheee...

    ReplyDelete
  7. Nasa,
    Ada org mmg jenis mcm tu. tak betah kalau ada benda berlingkar kat jari ke.. kat tgn ke.. mujur jugak ada anak yg boleh diturunkan..

    ReplyDelete
  8. Jun,
    Di sini pocket money to si isteri utk berhias is common.
    Kalau Kuwaiti kawin Kuwaiti.. lagi untung.
    Kerajaan bagi elaun utk rumah, kereta, hosp, education etc.

    ReplyDelete
  9. Jari saya memang kosong kak. Jari, wrist semua kosong. Saya tak pandai pakai gelang or cincin. Pergi kedai emas pun tengok gelang rantai yang warna kuning tu, saya pandang sepi aje. Saya anggap benda tu semua tali-tali yang dipamerkan sahaja.

    Agak² untung tak Adam saya esok sebab tak payah belikan emas semua? Hahaha.

    ReplyDelete
  10. hebat, mmg patutnya berhias utk suami.suami ada hak komplen bini selekeh kalau dia dah bagi segalanya,siap ada bajet khas utk bini cantikkan diri, kalau tak mampu, jgnlah salahkan bini je
    tak gitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...