Beautiful Friends

Monday, May 9, 2016

Don't mess with Melaka..

He's back..

Alhamdulillah.. cukup ber-5 dah kami sekarang ni. Anak-anak kepalang suka especially si Cinonet. Berenggang pun tidak.. tidur pun nak sebelah si ayah. Maka dari Ibu tergolek katil.. at last Ibu pun tidur dengan si Manja. Apakan daya.. kita bagi laluan pada si anak dulu la.

Sementara tu.. dah jadi macam kebiasaan.. bila si ayah nyer balik.. mula la ada yang gatal badan nak duduk di rumah. Cuma memandangkan anak-anak dah mula exam penggal ke-2 hari ni.. Ibu cadangkan.. pi jalan-jalan tukar angin yang dekat-dekat sajalah.

So..
Sabtu lepas.. habis saja kelas bimbingan di sekolah.. fetched Haazem and terus kami gerak ke Melaka. Plan yang cukup sempoi.. isi minyak kereta.. jalan..

Agenda pun tak berat. Setakat pi jalan-jalan ke Jongker Walk.. lepas maghrib cadang nyer dinner di Umbai. Jom.. Ibu share sikit cerita kami..

Jongker Walk..



Cuaca yang mendung sememangnya tak mengizinkan kami lama di situ. Tambah pulak dengan keadaan humid.. memang anak-anak jadi serba lemau. Plan Ibu nak terjah kedai barang antik (cadang nak cari pasu bunga untuk my mini-plant) terus jadi terbantut bila tengok muka anak-anak. Takda hal laa.. insya'Allah.. next trip.

What say you..?

Makan..
Hurmmmm.. memang tak ada apa yang boleh kami beli dan jamah di situ. Hawkers yang rata-rata non-muslim.. so faham-faham sendiri la kan.

Later..
Kami terus ke Umbai.. tanya dengan Cik Waze.. jawab nyer..


The food was nice.. harga berpatutan.. cuma pada yang kurang biasa dengan pedas.. not so recommended 'teruja sangat' mencedok sambal kicap nyer. Pedas berdengung babe.



Semua tinggal sejarah.. berkat sudah menjadi darah daging..

Other than that.. aiwahhhhh.. secukup rasa.

Cuma sedikit terkilan bila tengok ramai yang 'geram semacam' sampaikan banyak makanan yang sia-sia terbuang. My advise.. albeit ikan and segala suku-sakat seafood tu segar.. memadailah kalau kita pesan setakat yang mampu telan dek perut kita. Membazir tu sifat nyer tuttttttt..

And masa nak balik tu.. sempat pulak Ibu beli tudung saji rotan. Lama dah mencari sebenarnya. Tapi dah rezeki.. sampai jauh nun di Melaka baru sampai hajat.


The rest are all history. We went back with happy tummy thus dalam kereta lepas 2 lenggok anak-anak semua dah layan mata sampailah depan pintu pagar rumah.

Insya'Allah.. next trip (kalau ada rezeki) kita try la yang lain-lain pulak.

Yours truly..
Tuan Tanah.

Assalamualaikum..
 

9 comments:

  1. bestnya jalan-jalan.. tapi betul kak, ramai yg makan kat situ order berlebihan, terasa rugi sangat.. makan tak kaffah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tgk yg tukang kemas meja tu.. kejap-kejap sampah dah penuh.. ikan.. seafood.. nasik.. sayur etc.. terasa rugi sangat.
      - macam mana nak kata orang Malaysia ni miskin?

      Delete
  2. wkmusallam sham..acik pun suka jalan2 ke melaka..bukan jauh pun dari seremban tak sampai sejam kan..tapi kadang tu saja je tak balik tidur dimelakaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni standby jugak beg utk overnite.. tp at last sbb dekat jer kan.. balik ke KL jugak la kami mlm tu.

      Delete
  3. Tudiaaaaa penangan Melaka, rata berjalan naaa hehe..saya pun dah lama tak p melaka..

    ReplyDelete
  4. kalu kat melaka, parameswara la yg glamer, kak.
    aida sendiri meskipun dok melaka, da lama giler tak jengah jongker street :)
    lalu lalang ajer.

    ReplyDelete
  5. Mummy pun suka buat macam ni., isi minyak jalan.. lagi best! Adventure giteww.. hhehhehe :)

    ReplyDelete
  6. Yup anak2 lagi penting.. Takpe mengalah tak rugikan Kak Sham., hehehee :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...