Beautiful Friends

Sunday, May 6, 2012

Ikan cencaru bakar (dalam oven)


Hi all,

Ni kira entri penutup malam ni la ya. Selalu sangat buat posting pun, nanti orang bosan nak baca pulak (macam la ada orang nak baca). Selepas "rancangan tergendala" semalam, hari ni dah tak boleh ditangguh lagi. Bukan susah sangat pun cuma "Vitamin M" yang terlebih...

Ikan bakar sumbat belakang ni, kalau 10 kali Ibu masak, maka 10 kali jugak la resepinya berubah. Reason, dah resepi main campak-campak saja kan. Apa yang ada dalam fridge, kita guna sahaja la.

Mata dah nak melayu, jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Ikan cencaru (ikan jaket)
- dicuci dan dibelah belakang
* Sebiji bawang besar
* Sedikit halia
* Sedikit lengkuas
* 5-6 batang serai
* Sedikit serbuk kunyit
* Sedikit gula
* Sedikit garam
Daun kunyit, dihiris halus

Cara-caranya;
1- Semua bahan * dikisar sehingga hancur lalu dilumur ke atas dan ke dalam ikan cencaru.
2- Selitkan/sumbatkan hirisan juga daun kunyit ke dalam ikan cencaru untuk menambah aroma.
3- Dibungkus dengan daun pisang lalu dibakar di dalam oven (tak sempat nak prepare arang untuk membakar)
4- Dimasak di dalam oven dengan suhu 200c dalam 40 minit atau sehingga masak.

Nota kaki;
Untuk air asam, terpulang la pada kesukaan masing-masing.
Kami di rumah ni cuma cicah dengan kicap cili sahaja.

Hot from the oven..

Baru nak mula..

Tengah kenduri

Berkattttt...

1 comment:

  1. sedapnyer tengok bulan puasa ini..nk cubalah,
    Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...