Beautiful Friends

Monday, June 18, 2012

Merawat rekahan atau pecah tumit kaki.


Kali ini Ibu ingin berkongsi beberapa petua untuk merawat pecah atau rekahan pada tumit kaki. Sejauh mana keberkesanannya tidak dapatlah Ibu beri jaminan. Namun tidak ada salahnya kita mencuba lantaran bahan-bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi. Jadi tidak perlu bimbang berlakunya kesan-kesan yang memudaratkan, insya'Allah.


Buah belimbing buluh juga boleh digunakan untuk merawat tumit pecah. Setiap kali waktu mandi, gosokkan buah tersebut pada tumit yang pecah. Biarkan seketika, gosokkan tumit pada kain untuk menghilangkan kulit kasarnya.


Ambil beberapa butir nasi panas, lenyekkan dan tempel pada tumit yang pecah. Ulang beberapa kali sehingga tumit kembali elok.


Belah dan perah dua biji bawang merah sehingga keluar airnya. Sapukan ke tumit yang pecah.


Dapatkan beberapa helai daun sirih, ramas sehingga hancur dengan menggunakan sedikit air. Campur air ramasan sirih itu dengan sedikit gambir yang dihancurkan. Sapu pada tumit dua kali sehari. Lakukan sehingga nampak perubahannya.


Ketuk 3 batang serai hingga pipih, rebus dengan 2 atau 3 gelas air hingga mendidih. Campurkan satu sudu madu lebah dan minumlah air rebusan tersebut. Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.


Geselkan kaki anda pada rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan setiap hari hingga nampak perubahannya.


Anda juga boleh cuba geselkan tumit pada batu sungai yang licin yang biasa digunakan orang zaman sekarang untuk hiasan landskap. Amalan ini memang telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan.


Cari 5 biji kedondong dan 2 cm kunyit hidup. Potong nipis-nipis buah tersebut dan tumbuk lumat bersama kunyit. Letakkan bahan tadi ke atas daun sirih dan lipat/bungkuskan. Lipatan bahan tadi dilayurkan pada api yang kecil. Ketika ia masih suam-suam, tekapkan bungkusan itu pada tumit lalu balut dengan kain. Lakukan 2 kali seminggu. Sesuai dilakukan sebelum tidur.


Lumurkan asam jawa ditumit yang pecah. Rendam kaki di dalam air suam yang bercampur dengan garam. Lakukan sehingga tumit pulih.


Isikan dahulu sebuah besen dengan air suam-suam kuku. Kemudian masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam besen tersebut. Lalu rendam kaki selama 30minit. Insya'Allah jika diamalkan, tumit yang pecah akan bertambah baik.


Potong buah betik muda pada hujungnya. Gosok getah betik muda pada tumit dan biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bolehlah dicuci dengan bersih. Amalkan 2 kali seminggu.




3 comments:

  1. sy perasan, tumit cepat pecah bila badan naik dan lagi teruk bila selalu pakai kasut yg terbuka bhgn tumit, kalau pakai kasut tutup okey je

    ReplyDelete
  2. Tumit kita mmg cepat kering (pakai kasut yg terbuka di tumit), so mmg cepat kaki pecah.
    Cuba Irfa pakai full-shoes..
    Lagi bagus kalau pakai stokin.
    Tak caya try tgk tumit husband Irfa.

    ReplyDelete
  3. makasih ya atas sarannya...
    dengan begini bisa merawat kaki lebih baik...
    dan kalau untuk belanja kaos kaki wanita yang murah dan berkualitas dimana ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...