Makin menjadi-jadilah pulak kakak kembo mengganas kebelakangan ni. Hari ni sehari suntuk Ibu asyik terbaring. Bangun pun cuma setakat nak masak lunch untuk anak-anak balik sekolah and cuci pinggan as well as kemas rumah mana yang perlu.
Yang lain-lain.. terpaksa on hold dulu.
Selama ni Ibu tak pernah nak ambik tahu sangat kenapa "sakit" ni sakittttt sangat. Tapi bila dah jadi macam ni, tambah pulak bila sampai dah mengganggu tugas-tugas lain.. terpaksalah tanya Tok Wi, tanya Cik Gugel and mana-mana yang patut.
And hasil dari pencarian tersebut, Ibu share kat sini. Semoga mampu memberi manfaat pada yang lain.
Senggugut?
Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara
keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia matang. Ia bukan saja sesuatu
yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang
wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.
Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang
bermaksud sukar atau sulit, ”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud
mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya bermaksud kesakitan ketika haid,
atau haid yang sukar dan bermasalah. Oleh itu, dysmenorrhea ini didefinisikan
sebagai kesakitan yang dialami ketika haid, sehingga mengganggu aktiviti
seharian dan memerlukan terapi.
Gejala senggugut
Selain daripada rasa sakit
yang sangat mengganggu, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti
sakit kepala, mual, muntah dan cirit-birit. Rasa sakit selalunya dirasakan pada
hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.
Kenapa senggugut itu terjadi
Senggugut terjadi disebabkan
kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan ketika haid. Pengecutan
ini terjadi terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon
prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, ketika haid, dinding dalam rahim
yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan, akhirnya
disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami
pemerosotan.
Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara
biologi. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone
prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini
memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai
mengganggu aktiviti mereka.
Kontraksi yang terjadi akibat dari prostaglandin ini sangat penting untuk
memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan
kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi, keluhan senggugut akan berlaku.
Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?
Disebabkan senggugut
merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan. Sekiranya
adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.
Selain
itu terdapat beberapa faktor risiko lain yang dapat meningkatkan kemungkinan
seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang awal, kitar haid yang
panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan
rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan
seterusnya mengakibatkan senggugut.
So lepas ni, Ibu kena pastikan Ibu cukup rehat dan kurangkan emo/stress sebelum kakak kembo nak datang berziarah.
Thus sebab tak larat nak masak dinner, malam ni kami layan hat ni sahaja. Pada anak-anak, suka sangatlah. Tapi Cik Asben.. mencari nasik jugak laa..