Beautiful Friends

Monday, September 30, 2013

Alhamdulillah.. selamat sudah..

Assalamualaikum all,

Cerita pasal "berjuang" belum dapat up lagi.. Gambar tak habis edit. Lagi pun cerita pun tak khatam lagi.. Nanti-nanti la ya..

Sementara tu, alhamdulillah.. just so recent Ibu dapat berita gumbira.. Amsyar dapat top three for his first term exam. And since Ibu dah berniat nak buat kenduri kesyukuran, so last night.. sampailah sudah hajat tu.

Jemput kawan-kawan mana yang rapat.. then mintak sorang "abang" ni tolong baca doa.. alhamdulillah. Selesai..

Bab masak.. masak je la apa-apa yang boleh dimasak. Yang paling penting.. yang kita tau nak masak. So, dah macam tu.. lauk ulang tayang je la.

Set mi kari..
Sementara stok tauhu pok (tauhu kelompong) masih ada.. tapi kut tak ada.. nak buat macam mana kan kan..



Yang ini.. tak perlu diperkenalkan la kan kan..
Lauk biasa-biasa jer..

Alhamdulillah.. all went well. Thus terima kasih pada yang sudi hadir.. and pada yang tak berkesempatan tu.. nak buat macam mana kan. Ada rezeki.. insya'Allah.. lain kali pulak.



Antara yang hadir..

Friday, September 27, 2013

A short one..

Salam Jumaat yang barakah,

Tak dan nak cerita panjang.. bz bz bee ari ni. Ada rezeki kita sambung malam-malam sikit. Hari ni kami nak pi berjuang. Infact for the next full 3 weekend kami dah ada agenda penuh. Doakan yang baik-baik untuk kami.

Kalah.. menang.. tu adat la kan.. Janji semangat babe..

Thursday, September 26, 2013

Project ~ try & error ~

Hi all,

Ramai yang kata instead of jalan Gua musang-KL yang biasa tu boleh gak try jalan Cameron Highlands. Selama 14 tahun kawin and ulang-alik ke Kelantan, memang tak pernah kita orang try jalan tu. Ikut Highway Grik tu pernah la. Rasa macam "lama" sikit tapi sebab Cik Asben nak layan pi "menembak" redha je la.

Sekali, tengok..

Okey la jugak. Jalan tak jem. Cuma berliku-liku sikit la. Macam jalan Bukit Putus kat N9 yang lama dulu tu. La ni sejak dah ada yang baru ni.. lurus la dah. Hatta.. dari rumah Ibu nak pi Seremban.. dalam 20 minit jer. Kut dulu tu mau 45 minit la jugak. Laaa.. divert la pulak.

Back tu cerita asal.. alih-alih dah ikut Cameron Highlands tu.. seronok la budak-budak ni sebab "sejuk" kan. Kiri kanan semua yang berkabus. Dah tu mula la masing-masing berangan nak petik straberi la, nak cari bunga ros la, nak beli sayur la.. macam-macam la (Ibu la tu).

Mujur.. memang dah rezeki kami.. kut. Kat kedai yang akhir sekali.. masa budak-budak ni nak berhenti buang air.. ada pulak satu kedai ni siap ada mini-garden. Kalau ada sesiapa yang berhajat nak petik straberi.. dia orang charge setengah kilo dalam RM20-RM25 (lupa la pulak). So.. sakan la budak-budak ni. Especially si Arif and Haazem. Amsyar.. biasa la kontrol bujang. Benda-benda macam tu takkan nak nyer dia.

Okey.. jom kita layan gambar je la..


Sessi belajar pegang gunting. Selama ni pegang gunting.. tapi tak pernah la pulak gunting straberi kan.




Ini yang dia berkenan.. aishhhh..

"Ibuuuu.. nanti balik Kuwait.. boleh tak kita buat kolam ikan macam ni.." bertuah betul budak-budak ni..

And akhirnya.. setengah kilo straberi selamat masuk kotak. And sementara budak-budak ni pi melepas hajat.. Ibu pun sempat jugak "lepas hajat". Bunga ros 1 dozen baru RM5.00. Macam tak percaya jer. So Ibu beli dua bouquet. Satu untuk Omak and satu untuk SIL. Khalasss..


Wednesday, September 25, 2013

Dating session..

Sorang muka excited sebab dating dengan Chenta Hati
Lagi sorang muka.. "I'm not a morning person"

Sangat suka hati. Hari ni Cik Asben ajak pi brunch. Lagi tambah suka hati sebab nanti Ibu boleh tapau and tak payah masak untuk lunch. Bertuah kan kan.

Lagi pun bukan senang nak dapat keluar berdua macam ni dengan Cik Asben. Both of us, kalau belah pagi ni.. memang susah sikit la. Kalau hari cuti pulak.. tak sampai hati nak meninggalkan anak-anak.

Malam tadi Cik Asben kena buat back-up till 3am. So, pagi ni boleh la dia pi opis lewat sikit. Actually lewat banyak pun okey lagi as long as kerja settle la kan.

So.. mana nak pi brunch ni??

Kat Kuwait ni setakat nak ber-morning-coffee memang banyak. Tapi most of it.. fast food la. Bakery.. banyak jugak. Tapi nanti nak menapau pulak terhad.

So at last, kami terjah Restauran Organica Fish & Chips. Dekat rumah je..

Breakfast like a KING-KONG

Big breakfast.. yang sememangnya BIG. Lepas share pun still tak habis. Tu yang dok wonder.. macam mana laa Pak Sheikh kat sini makan. Setakat yang dalam gambar ni.. baru mukadimah je..



This was supposed to be my portion. Tapi since gigih bantu Cik Asben dengan bahagian dia, so ini kena tapau la. Memang sungguh-sungguh ORGANIK.


Tu nama kedai kat atas tu. Kut tersesat ke Kuwait ni and terasa macam nak makan-makanan organik boleh la try kat sini. Harga and rasa.. berbaloi laa..

Until then.. chiaw..

Tuesday, September 24, 2013

Bila Tun. M berkata-kata..


Dr. Mahathir bin Mohamad :

“I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking."

Ini satu quote dari Tun. M yang Ibu selalu baca bila Ibu ada sikit "NGOK" kat kepala. Life.. bukan selalu pun kita ni boleh berfikir "straight". Ada masa nak kena push jugak. Banyak masa nak kena "jentik" bagi peringat.

Hence.. it's not catastrophe.. it's only.. when life is less than what you're expecting.. just go back to basic..

Recently, ada sikit "taufan" kan. Alhamdulillah.. ni dah reda sikit. Tengah study and intai-intai masa yang sesuai sikit untuk projek selanjutnya. Mudah-mudahan Allah perkenankan.

Last few nights.. kepala memang semak to the max. Pusing kiri.. tak kena.. pusing kanan.. tak kena jugak. At last sampai ke suboh serabut serabai. Dah la pagi tu ada halaqah. At last pi kelas.. muka macam zombie. Then tambah pulak petang semalam.. lagi satu "dugaan" sampai. Redha' je la. Penyakit yang saja di cari pun..

Then hari ni.. ada lady friend dari SA pulak bagi peringat sikit..

Life was meant to be FUN! It's hard to believe sometimes, but it's true. It's all about point of view. Even our most difficult moments bring us gifts. And so life may call upon us to be a bit "philosophical" now and then; to embrace the "low's" with the "high's." The trick, of course, is gratitude. Therein will you find both your peace and your joy.

So, dah macam-macam orang dok ketuk kepala tang kiri kanan.. depan belakang.. tak reti-reti lagi nak "buat something"??

Tho' some might have deserted you, some still needs your TLC..

The raya BLISS II..

Sementara Ibu masih tak ada cerita terkini dari tanah Pasir Berdengung ni, kita share je la dulu cerita hari raya lepas.

As promised, on third raya kami ada open house. Memang dah menjadi semacam tradisi pun. The day.. depend on bila Ibu available la. Sebabnya.. dah banyak tahun semua bibik semacam berpakat nak balik kampung jugak during raya tu. So since Omak sey cuma ada sorang anak perempuan, maka wajib la tunggu Ibu ada sama. Otherwise, siapa nak tolong masak kan kan.

Menu wajib setiap kali open house..


Memang kami jarang menjamu tetamu dengan juadah lain selain dari makan nasi with a few other dishes. Maklum sahaja, dengan hampir setiap rumah mungkin menyajikan hidangan wajib hari raya, so mungkin ada yang nak mencarik nasi jugak.


Anak-anak pulak.. biasanya akan melepak di department mereka sendiri. Hatta.. nak layan apa pun.. terpulang la. Kalau lapar.. tau la dia orang nak mencarik nasi and apa-apa pun kat dapur. So.. mak ayah boleh relax layan tekak sambil sembang-sembang.
















Tahun ni.. walaupun dah dikhabarkan open house kami sampai ke maghrib sahaja tapi since masih ada yang datang (tak kan la pulak nak ditolak) kami sambut jugak dengan seadanya. Alhamdulillah.. budget lauk-pauk dan nasi mencukupi untuk cover semua yang hadir dari jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 malam. No doubt.. tapak kaki dah meleper. Tangan dah menipis. Omak sey.. dah gear rendah la katakan.. memang flat melepek hari tu.

Pada yang sudi hadir.. terima kasih seikhlasnya dari kami. Terlebih terkurang.. hanya maaf yang mampu kami pohonkan.

Dan pada yang tak sempat diambil gambar (sebagai bahan bukti) harap maklum sajalah ya.. jurugambar bertugas pun busy busy bee layan tetamu. Tak larat nak kendong meriam selalu.

Monday, September 23, 2013

Halaqah Malindo ~ week 1

Assalamualaikum all,

At last.. selepas bercuti selama 3 bulan, akhirnya Halaqah Malindo diteruskan semula. Kali ini menyambung pula tentang "Mothers of Believers". Bagi minggu pertama ini, cukup ringkas hanya menerangkan tentang kisah-kisah isteri Nabi Muhammad SAW.

Rasanya ramai yang dah tahu tentang ni.. otherwise.. boleh jer tanya Tok Wi or Cik Gugel.

So, untuk minggu ni Ibu share sikit info tentang isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

1. Khadija Bint Khuwailid.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 40 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 25.

2. Sawda Bint Zam'ah.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 55 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 50.

3. Aesha Bint Abi Bakr.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 9 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 53.

4. Hafsa Bint Omar.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 19 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 55.

5. Zainab Bint Khuzaimah.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 60 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 56.

6. Om Salamah (Hind Bint Abi Omayyah).
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 65 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 57.

7. Zainab Bint Jahsh.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 35 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 58.

8. Juwairiya Bint Alharith.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 30 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 59.

9. Om Habiba (Ramlah Bint Abi Sufyan.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 40 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 59.

10. Safuya Bint  Huyay Alakhtab.

Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 17 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah 59.

11. Maymuna Bint Alharith.
Beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW ketika usia beliau 26 dan usia Nabi Muhammad SAW ketika itu pula adalah61.

12. Mariyah Alqubtiya

For our first class, it was short and very brief. Sessi pengenalan biasanya macam tu la kan. Insya'Allah ada rezeki kita sambung lagi minggu depan.

Catching up with Sister Aminah. Dah 3 bulan tak jumpa kan..

 
Then turn Ibu pulak nak interview Sister Aminah. Pengantin baru ni..

 


Antara yang hadir. Habis jer kelas kami dijamukan dengan refreshment yang cukup simple tapi kalau dah makan bersungguh tu.. kenyang la jugak.

Universal Studio Singapore ~ Our short getaway..


Lets move on.. shall we..

Mukadimah cerita.. malam sebelum kami bertolak ke USS, Si Manja Ibu down with fever plus with perging. Tak tau la apa yang salah makan. Dah rasa macam nak cancel trip. Tapi dia pulak reluctant. Of course la dia takmo.. trip ni sepatutnya tahun lepas lagi dah settle. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. tahun ni baru sampai hajat.







Thus.. this never stop them for having fun. Tho' kejap-kejap kena pi lapor diri la..


Ni.. pemandangan biasa sepanjang kami di sini. Haazem walaupun dalam keadaan yang macam tu.. masih gigih nak main itu-ini. Budak-budak kan.




Inilah rupa paparazi bertugas untuk hari tersebut. Ada masa Ibu pulak ambik alih tugas Cik Asben.



Then sambung balik aktiviti untuk hari tu. Tak cukup dengan pass biasa, anak-anak guna pulak pass express. Depend on the croud jugak la. Pass biasa tu boleh guna selagi mampu beratur la. Tapi pass express tu sekali guna je.




Dapat jugak jumpa Mokcik ni. Ini masuk dalam wishlist Ibu ni..




Terpaksalah jugak Ibu tumpang sekaki demi menemankan anak-anak Ibu yang tetiba pulak jadi pemalu + penakut..



Tanda-tanda awal bateri dah nak kong. Time ni masing-masing dah tak ada seri lagi kat muka. Semua dah buat muka melempeng..


Budak Cinonet tu terus melempeng. Nak senyum pun dah tak boleh lagi dah. Nak jalan pun dah tak larat. Sampaikan kena dukong untuk ke tempat kita orang nak tunggu bas tu. Plussss.. "Ayah.. tolong urut kaki Arif. Arif dah tak larat nak jalan lagi laa..".

Last but not least.. Ibu pun nak enterframe jugak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...