Beautiful Friends

Wednesday, September 11, 2013

123.. ABC.. cerita basi..

Assalamualaikum all,

Syawal dah tutup buku. Cerita pasal hari raya sure dah tutup akaun jugak. Tapi Ibu rasa nak share la kat sini. Well, for me.. hari raya sebenarnya macam cuti-cuti hari yang biasa sahaja. Yang membezakannya cuma mungkin pada hari tersebut.. kemeriahan yang dirasakan mungkin lebih dari hari hari-hari biasa. Keseronokan pada Ibu sebenarnya lebih semasa bulan Ramadhan yakni dengan iftar, solat terawih, moreh, bersahur bersama keluarga.. 

But don't judge me wrong.. its just me..

Tahun ni.. well kalau ikut turn jatuh beraya di Bachok dulu then second raya baru kami balik ke N.9. Masing-masing ada family so kena be fair la. Cuma, nak jadi cerita.. raya tahun ni mungkin lain sikit rasanya sebab 2 hari sebelum Syawal.. FIL pulak ditimpa kemalangan. Akibatnnya, kaki kanan FIL retak. Well, what did I told you. Sememangnya lebih banyak cerita sedih dari gembira buat kami during this summer holiday.

Persiapan hari raya, tho dah 14 tahun berkahwin dengan Cik Asben.. namun Ibu tetap tidak betah dengan resmi menu orang di sana. Nak buat macam mana, sedangkan di Kuwait sendiri.. jarang sekali Ibu masak masakan negeri kelahiran Cik Asben. So, macam mana laa nak pandai kan. So the most that I can do was.. tolong-tolong mana yang sepatutnya sahajalah.

Lainlah kalau di rumah sendiri. I will never get lost in my very own kitchen. Hatta pejam mata pun tau dah mana letak segala barang-barang. Very the cliche..

Pagi raya, unlike tradisi di rumah Ibu.. selepas sahaja solat hari raya rumah Cik Asben mula diziarah oleh kaum keluarga di sana. Dengan keadaan FIL yang kurang sihat, maka jumlah tetamu jadi 3 kali ganda dari biasa. FIL sebenarnya bekas ustaz di sebuah sekolah menengah di sana as well as imam di masjid yang berdekatan. So, tak peliklah kalau rumah Cik Asben jadi tumpuan pagi tu.

Namun dalam keadaan kelam-kabut dengan kunjungan sanak-saudara, sessi fotogradi tetap berlangsung seperti biasa. Dah Cik Asben siap mengangkut "meriam" dari jauh, takkan la nak perap dalam bilik je kan.

Hence, di sini Ibu share sedikit happy moment while we're at Bachok on first raya. Tapi jangan kata Ibu camwhore ya. Cuma kebetulan pulak, muka Ibu yang paling banyak kena snap kali ni. Nak buek cmano kan kan..










Well friends, its 9.30am Kuwait time. Nak kena sambung tugas menyimpan thus meng-scan stok mana-mana yang patut. Mau seminggu jugak macam ni. Maklum sahaja, setahun sekali mengangkut segala "barang kawalan" dari Tanah Malaya. Well, at  least those yang paling kritikal la.. 

Ilal-liqa'..

5 comments:

  1. wah dh dekat la kita, rugi tak gi beraya (cakap je pdhal mmg xleh kemana2 pun sebab jalan adalah jem,huhu)

    okey next ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya k sham...I pun nk tak buat lagi N3 pasal raya. baru beberapa hari sampai Qatar ni...

    ReplyDelete
  3. Irfa,
    K.Sham pun cuma sempat ziarah 2 buah rumah shj. Itu pun sbb dh kena call byk kali.
    Tapi mmg K.Sham tak brani nak masuk bandar la.. saja cari pasal la kan..



    PD..
    Selamat hari raya jugak.
    Buat PD & those your love ones.
    Pelan-pelan kayuh..
    Nanti share yek..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt Sham ...

    AlhamduLillah banyak gembira ... sedikit duka ... syukur ... insyaAllah tahun depan tu rezeki Sham dan suami pula menunaikan Haji ... anak-anak juga mudah mudahan ... kami sama doakan :)

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt REAL,

    Hope all goes well..
    Sebenarnya dr awal lagi hati ada sedikit "goyang" bila Government dah declared only Kuwaiti + never when to Hajj shall be granted with Visa.
    Yet.. it never hurt to try kan.

    P/s; Mudah-mudahan Allah memperkenan doa REAL tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...