Beautiful Friends

Tuesday, December 31, 2013

Bye-bye 2013..

Dah nak masuk tahun baru kita. Kejap je rasa kan kan.

Btw, Ibu bukan nak cerita pasal azam tahun baru.. no no.. Sebabnya.. Ibu memang tak percaya langsung dengan azam tahun baru ni. Serious.. memang tak percaya langsung.

Dulu masa sekolah rendah.. sekolah menengah.. sibuk la jugak nak "berazam tahun baru". At last sampai masuk tahun baru yang lain.. tak selesai jugak. Ada tu.. langsung tak berbuat.. ape kes?? (ini cerita pasal diri sendiri ya).

Then bila dah berakal sikit.. I realised.. "azam" tak perlu tunggu tahun baru. Kalau dah rasa nak berubah.. nak buat itu.. nak buat ini.. buat jer la bila rasa kita nak berubah. Even if kalau melibatkan benda yang "long term", Ibu akan cuba buat seawal yang mungkin. Sementara "semangat" masih panas.

Then.. by end of the year.. or target period.. revise la balik apa yang patut.

Result.. Ibu lagi puas hati macam tu.

Reason..macam yang ada sorang kawan ni pesan.. kita boleh hitung umur kita mengikut tahun yang mendatang. Tapi kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada untuk hidup. Dah macam tu..

Anyway.. as I said.. Ini IBU.. Me.. and me alone.. orang lain.. lain caranya kan kan.

Btw.. sambutan tahun baru di Kuwait ni tak la semeriah di Malaysia. Habis tinggi pun setakat pertunjukkan bunga api kat tepi pantai. Tak perlulah nak explain kenapa..

Even the Arabs kat sini pun sambut tahun baru dengan melepak di mall and shopping complex sahaja. Setakat nak mengabiskan masa.. mengabiskan duit.. year end sale tengah hot sekarang ni.

Kut ada pun.. mungkinlah buat party or makan-makan or small gathering among family and friends.. but still.. itu atas "sendri adjust" la.. gomen..

Sementara tu.. meh nak tunjuk sikit..


Day earlier, Ibu buat daging goreng kunyit tapi tak habis.. so..


Pagi tadi sambung untuk sarapan pulak. End result.. roti canai tampal pisang.. sambal tumis ikan sardin dan belen lauk semalam. Khalasss..


Monday, December 30, 2013

A visit to Qurain Eternal Epic site.. & bbq too..


Anak dara Tok Penghulu balik cuti 2 minggu. But.. before ada yang bersalah sangka.. Tok Penghulu ni cuma merangkap "penghulu" kami and our circle-of-friends. Tambah pulak dia adalah antara orang yang paling lama jejak Tanah Pasir Berdengung ni.

So.. dah macam tu.. kami pun mulalah buat persiapan apa yang patut nak menyambut the anak dara balik ke sini. Tiga beradik ni dah macam anak-anak kami jugak. Kakak-kakak pada my kids..

Agenda.. lepas solat Jumaat semua berkumpul di Puncak Alam (Ibu jer yang saja-saja suka bagi nama). So.. sementara menunggu waktu makan.. Ustaz Mizi sudi pulak bawak anak-anak Ibu ke Qurain. Ada satu bekas tapak perang Kuwait-Iraq kat sana.





Unfortunately, dah hari Jumaat pun kan.. tutup la pulak sampai jam 4.00 petang. So.. sambung lepas bbq la nampaknya.

While at Puncak Alam..





Those are the main "makanan" kami for that day. Yang lain-lain tu banyak la jugak sebenarnya. Biasalah.. dah resmi orang Melayu. Tak sah kalau tak membawa buah tangan.


Cuaca pulak memang sejuk hari tu. Menjelang jam 3 petang semua dah mula mencari port nak panaskan badan. At last.. macam dalam gambar tu la jadinya..


Lebih manis ada jugak yang balik cuti dari London. Kiranya dah cukup sifat la for the girls..




Anak-anak Ibu kira rapat jugak with the girls. Maybe sebab they are in the same karate team. The girls are all "black belt" holders. While Arif pulak memang sejak dari berbedung lagi dah jadi mangsa "sakat" with the girls.

At last before maghrib semua pun bersurai. Sebab kami dah tak tahan sejuk as well as nak sambung pi ziarah tapak perang tu kan.







Well.. patutnya tak boleh ambik gambar pun. Tapi sebab kami datang dengan Ustaz Mizi so dapatlah izin dari penjaga tu nak ambik few pics. Seriously.. anak-anak Ibu jarang didedahkan dengan peluang sebegini. Mungkin jugak sebab Ibu saja yang minat benda-benda macam ni. Muzium kat Malaysia pun anak-anak Ibu belum sempat nak pi ziarah lagi. Result.. they love it.. maybe sebab tengok kereta kebal, senapang, mortar, peluru etc.. anak lelaki kan..


Sunday, December 29, 2013

Layan syok sendiri..

Only 2 and still counting..


Dulu masa memula create blog ni.. Ibu ingat boleh bertahan sebulan dua jer (the most). Sebab.. maklum sahaja managing a blog is like managing your life story jugak. Setiap hari (or at least) kena ada cerita.. kena ada bahan. Ada masa "stuck" jugak.

Tapi tu laa. Tengok kenkawan ada blog kita pun nak ada blog jugak.

Tambah pulak Ibu bukan jenis yang suka beraktiviti di luar. Ibu lebih suka memerap di rumah. Doing things I like the most. Masak.. kemas rumah.. masak.. layan novel.. masak lagi. Masak pun yang biasa-biasa jer.. tekak orang Melayu.
 
Kalau ada cerita pun.. dengan "orang" yang sama jugak. Lesson learn. Cerita pun pusing-pusing balik cerita yang sama jugak. Anyway.. lepas 2 tahun.. I'm still here. Layan syok sendiri.
 
Tak mintak pun blog ni kebaboommm like some others.. cuma mana la tau kan.. esok lusa dah pencen balik Tanah Malaya.. bosan-bosan boleh la jugak Ibu buat revision.

Again.. layan syok sendiri..

Saturday mood..

Its weekend - yes (by right we should be relaxing)
Its cold - yes (Amsyar ponteng kelas karate sebab tak berapa sihat)
Its tiring - yes (but they need the exercise)
Its the same routine  - yes (but they need to prepare for next exam)


Hence..
Its malas nite - yes
So kita makan simple-simple je la ya..


Mi bandung to the rescue..
Khalas..

Thursday, December 26, 2013

Sambutan Hari Krismas di Kuwait..

Ello all,

Kuwait adalah sebuah negara yang mengamalkan agama Islam secara sepenuhnya. So, kalau nak kira bila dah macam tu.. to those yang beragama Kristian.. kalau nak celebrate X'mas "to the fullest" kena keluar dari Kuwait la.

And sebenarnya, inilah kali pertama Ibu lihat (baca berita jer) bagaimana "meriahnya" sambutan Hari Krismas di sini. Ini kerana selalunya setiap kali Hari Krismas.. Cik Asben kena on-call yakni kami terpaksa kena perintah berkurung. Lagi pun Cik Asben memang tak bagi izin kami nak pi lepak ke belah Kuwait City especially area office dia la. Lihat sahaja gambar di bawah.

Ini kerana berdekatan dengan office Cik Asben ada sebuah gereja. Yes.. ada sebuah jer gereja di sini. So.. boleh bayangkan sahajalah bagaimana ramainya umat manusia yang beragama Kristian akan bertumpu ke sana.

Cuti.. wooooo.. no holiday during X'mas day. Sekolah.. office.. semua bukak macam biasa. Gomen for sure kerja la hari tu. Kalau ada pun sekolah atau office yang nak cuti.. it sendiri adjust la. Biasanya swasta la.

Gambar ni sebenarnya keadaan malam sebelum Hari Natal.

Ada jugak rupanya "Santa Claus" di sini..

Diberitakan sehingga Jun 2013, terdapat 256 keluarga Kuwaiti yang beragama Kristian dan memegang kerakyatan Kuwait.

Kuwait juga adalah negara kedua selain dari Bahrain yang mengizinkan penduduknya mengamalkan agama lain dari agama Islam dan masih memegang kerakyatan Kuwait. So jangan ingat semua Pak Sheikh dan Minah Arab di sini semua beragama Islam.

Tapi kalau setakat yang dari Negara Gulf yang lain tu memang ramai la yang bukan Islam. Especially yang datang dari Lubnan. Dan dengan sebab itu kalau dia orang tanya "are you Muslim".. kita jawab "yes.. Muslim".. memang suka sangat la dia orang. Macam bangga sangat dia orang kalau kita ni Muslim.

Anyhow.. nak divert cerita sikit.. tu hari ada sorang foreigner bagi komen.. "Malaysia is not a Muslim country.. but most of the people there are Muslim". Any comment??


Lupa pulak nak tayang-tayang. Semalam Ibu buat lontong. Teragak la pulak. Tapi malas nak buat sambal tumis. Hence.. Ibu ganti jer dengan serunding daging. Apa  nak kira.. sendiri masak.. sendiri adjust.. sendiri makan.. khalass..

Wednesday, December 25, 2013

Hari ni Allah bayar CASH..

Bertepuk tangan pun tidak.. bersorak pun tidak.. bersyukur jauh sekali.. only that.. served you well.

Berpuluh tahun kami membesarkan.. berpuluh tahun kami makan hati.. berpuluh tahun jugak kami terima segala cercaan.. segala umpatan.. segala kata-kata dan cerita yang tidak baik tentang Si Polan.

Sejak dari hari dia dilahirkan.. sejak dari hari Sang Bonda meninggalkan si anak.. sejak dari hari kami membawa Si Polan keluar dari Kepulauan Mindanau.. semenjak Sang Ayah menafikan haknya sebagai seorang ayah.. kami inilah yang menjadi ganti ayah dan ibu pada Si Polan. 

Dan mengenangkan Si Polan punya harapan untuk berjaya.. maka anak-beranak sepakat berturun harta apa yang ada untuk menanggung kos pembelajaran Si Polan. Dari sekolah rendah sampailah ke peringkat kolej. Rasanya Ibu sendiri pun tak semewah Si Polan. Maklum sahaja yang "menghulur" kiri kanan depan belakang. Tapi mengenangkan title anak yatim piatu.. anggap sahaja itu "rezeki" Si Polan.

Tapi akhirnya tanggal 10 Disember 2013 berita diterima Si Polan dengan rasmi dibuang dari kuliah atas sebab-sebab yang tertentu (sama pulak tarikh dengan abang Si Polan bertunang tempoh hari).

Si Polan yang sudah jadi seperti anak.. sudah seperti adik.. aduhaiiii.. hati mana yang tidak sedih.. tidak terguris.

Mungkin saja keluarga mampu memaafkan jika sebab diBUANG dari kuliah itu wajar diterima pakai. Namun jika pembohongan atas pembohongan.. hati mana yang boleh bersabar. Hati mana yang mampu bertahan.

Tu hari Si Abang yang buat hal.. hari ni dapat berita pasal Si Adik pulak. Aduhaiiii..

Maka sekarang.. semua usaha back to square one. Elok-elok boleh pegang sekurang-kurangnya Diploma.. hari ini redhalah dengan SPM sahaja.

Namun kami pun tidak zalim mana. Masih jugak berdoa agar Si Polan pulang ke kampung berjumpa dengan sanak-saudara. Kami masih mampu dan sedia memaafkan jika ada rasa insaf dan kesedaran dalam diri. It's not the end of the world. Masih ramai yang mampu berjaya walau tanpa "segulung kertas" di dalam tangan.

Dan.. berhentilah dengan sikap suka bercakap bohong. Ubahlah sikap. Janganlah berlagak sepertinya anak orang kaya walhal hanya tuttttttttttttt sahaja. Tapi cakap banyak pun tak guna kalau kita sahaja yang bersungguh.. yang beriya.. sedangkan dia sendiri.. wallahu'alam..

Tuesday, December 24, 2013

Jom muhasabah diri..

Assalamualaikum all,

Terbaca.. and rasa nak share kat sini. 

Tanda-tanda hidup kita TAK BERKAT ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain. 

2. Buat kerja, tak siap. Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat. Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka mengadap facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main games, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah... Nauzubillah..

Kredit to : Islam Agamaku

Bila mood masak jauh ke tengah laut..

Assalamualaikum all,

Mood masak memang ke laut sehari dua ni. Hatta, mulalah masak mengarut-ngarut. Nampak sardin, buat nasik goreng sardin.. nampak kangkong, buat nasik goreng kangkong.. and hari ni nampak cendawan, terdetik pulak nak buat nasik goreng cendawan. Tapi.. alhamdulillah.. habis jugak.. provided ada telur mata yang disiram dengan cili kicap.


Then sebelah malamnya pulak masih dengan konsep 3N - no nasik nite.. Ibu layan pulak brown toast. Then jumpa pulak timun and jagung manis dalam fridge. So dari membazir.. Ibu buatlah salad. Alhamdulillah.. habis jugak.


Tapi sebenarnya.. ikhlas ni.. macam tak kenyang jer. Tak dapat nasik putih.. macam tak cukup sifat jer. Then bila skodeng rumah jiran.. nampak pulak gulai ikan tenggiri dengan mangga la.. masak asam pedas ikan parang la.. itu la.. ini la.. aduhaiiiii..

Sengsara betul mata yang memandang.. pilu jugak perut yang mengenangkannya. Ishhhhh.. nak kena menggulai jugak la macam ni. 

Monday, December 23, 2013

3N - No nasik nite..

Assalamualaikum all,


Cuaca is really.. as expected.. memang sejuk. Rasanya seluruh dunia memang mengalami perubahan cuaca drastik tahun ni. Tempat-tempat yang tak pernah banjir.. banjir. Tempat yang tak pernah turun salji.. salji turun. Namun.. kuasa Allah.. tak siapa yang mampu menahan.

And for us pulak.. kalau kebiasaannya setakat berstokin dan jaket dalam rumah dah memadai kali ni terpaksa pasang heater. Tak cukup heater centralized from the building.. kami terpaksa pasang heater dalam rumah pulak. Tak cukup nak menampung sejuk tahun ni.

Anak-anak yang kononnya suka sangat dengan "winter" akhirnya mengalah jugak. Anyway.. it won't be long. As long as cukup "persediaan".. insya'Allah.. we'll do just fine.


Since sekarang ni maghrib dah masuk awal.. so jam 6.00 petang gelapnya dah macam jam 10.00 malam. Thus Ibu cuba prepare dinner awal dari biasa. Sebenarnya dalam keadaan yang sebegini.. perut memang asyik lapar saja. And since kami dah makan nasi siangnya.. and petang too.. tapi masih jugak lapar. Solution.. masak saja apa yang ada dalam fridge. Well.. there.. mi hailam semangkuk sorang.

P/s;
Macam manalah weight scale tak asyik ke kanannnnn saja.


Sunday, December 22, 2013

Dalam hati ada taman II..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. all went well. Result dah ambik.. bunga pun dah bertukar tangan. Sengeh sampai ke telinga Si Cikgu yang sorang tu. Well.. kalau Ibu jadi cikgu tu.. Ibu pun sure akan sengeh/suka bila ada student hadiah bunga. Anyhow.. tak ada niat nak beli jiwa pun.. cuma di sini jarang ada sambutan Hari Guru. Hence.. rasanya inilah masa yang terbaik nak hadiahkan "whatever" laa pada Si Cikgu.
 
Unlike Arif.. hero sorang tu.. pantang pi market. Asal keluar je.. mulalah nak paw kita orang yang macam-macam. Tapi bukan untuk dia sorang. Biasanya dia akan mintak belikan satu peket sweet ke.. lollipop ke.. muffin ke.. ikut mood dia laa. Suka sangat bawak sweets pi sekolah then makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Cuma.. biasanya kami akan pass it to the class teacher. Takut nanti ada pulak Mak-mak Arab ni yang komplen anak dia makan gula-gula kat kelas. Anak orang.. kita mana tau kan kan..


Anyhow.. Amsyar is now on his winter break. Dua minggu pulak tu. Bila dah dok rumah tu.. harap maklum je la. Perut semanjang jer la yang lapar. So.. sementara menunggu lunch.. Ibu buat la mihun kari dulu. Kira berat la jugak (kalau la habis semangkuk tu). Tapi dah adat anak lelaki tengah nak membesar.. kejap lagi tu.. lapar la balik.


Saturday, December 21, 2013

Dalam hati ada taman..

Asal nak ambik result.. beli bunga
Asal nak ambik result.. beli coklat

Assalamualaikum all,

Di sini sekarang ni tengah musim ambik result. Bila dah macam tu kebiasaannya anak-anak Ibu akan pesan mintak belikan coklat atau bunga untuk cikgu kelas masing-masing.

Tapi ingatkan anak-anak Ibu jer.. rupa-rupanya most of the students here will do the same too. As such.. bergondong-gondong la cikgu-cikgu ni "bawak bekal" bila selesai session ambik result tu.

Untung nyer la cikgu-cikgu di sini.. cikgu-cikgu di sana.. macam ni jugak ke??
 

Friday, December 20, 2013

As simple as it can be..

Assalamualaikum all,
Salam Jumaat yang barakah..

Btw, before Ibu lupa.. nak pesan sikit. Hari ni hari Jumaat.. if can try la baca surah Al-Khafi. Nanti ada masa.. ada rezeki, Ibu try cerita kelebihan membaca surah ni. And.. waktu asar hingga maghrib hari Jumaat adalah antara waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa. Selamat berdoa, dan buatlah ia bersungguh-sungguh dan yakini kemakbulannya. Insya'Allah..

Kebetulannya kami ni ada circle-of-friends yang punya minat yang sama. So, selalunya ada laa yang rajin cerita pasal bab makan. Expecially yang bujang or separa bujang. Mulalah masing-masing berangan nak makan itu and nak makan ini. And Ibu pulak yang biasanya tak ada idea nak masak.. selalulah cedok idea dia orang tu.

Hence malam tadi balik dari main badminton (selepas KAFA), mulalah masing-masing dok berangan cerita pasal makan. At last ada la sorang adik tu mencetus idea nak makan cekodok ikan bilis dengan sambal sardin.

Well.. pagi ni memang terus kasi real la. As shown in the picture... wallahhhhh...


Ada cekodok ikan bilis (ikan bilis tu kasi goreng dulu), ada sambal sardin and ada rendang daging. Rendang tu order dengan kawan jer. Tu la untungnya kalau ada yang berjual.. sure ada yang sudi membeli..



Beginilah keadaan kami di sini. Walau dengan kemudahan yang terhad.. tapi kami cuba gunakan semaksima yang boleh. Jangan diingat tinggal di luar negara ni semua yang indah.. semua yang mewah.

Dewan ni sebenarnya adalah dewan serbaguna. Manakan tidak.. di sinilah anak-anak belajar KAFA dan di sini jugaklah kami beriadah. Tu yang kat tepi dinding tuuuu.. itu pulak meja-meja comel untuk anak-anak kecil belajar KAFA setiap hari Khamis malam Jumaat. Pada kami.. okey jer.. tak mengganggu aktiviti kami pun.

Bagi yang rasa nak bermain bola atau aktiviti yang lebih lasak.. terpaksalah cari padang sendiri di luar. Tapi kalau setakat basketball, badminton atau ping pong.. boleh jer layan di dewan serbaguna di embassy ni.

Anyhow.. pada kami.. life is very simple. Nak join.. jom. Tapi kalau rasa riadah cara kami bukan "up to your level".. sendiri ikhtiar la ya..

Ilal liqa'..

Thursday, December 19, 2013

A race against time..

Assalamualaikum all,

Awal pagi.. memang bz-bz-bee..
Time anak nak pi sekolah as well as Cik Asben nak pi kerja. If possible Ibu cuba penuhi hajat makan masing-masing. Maklum sahaja musim sejuk ni perut cepat lapar. So, tho' bukan kebiasaan.. tapi knowing masing-masing ada "kesukaan" sendiri..

Mujur saja Cik Asben sanggup kompromi. Kalau ringan.. berat la time lunch. Otherwise.. coklat or shawarma during lunch cukup untuk cover until balik ke rumah.

Pagi ni.. Ibu buat kue tiaw sup. Semangkuk macam tu.. memang tersandar kekenyangan la. Resepi.. nothing in particular. Semua main campak-campak.. a little bit of that and a little bit of this.


Actually.. ini kira sup multi purpose jugak. Boleh makan dengan nasi, dengan mihun, mi kuning, kue tiaw or even nasik impit.. As I said.. dalam rumah ni.. ada macam-macam selera makan.

Hari ni jugak Ibu kena pi sekolah Amsyar untuk ambik result for his second term. And since semua orang feeling happy.. feeling blessed.. kita pun nak share jugak laa.

Alhamdulillah..
 

Wednesday, December 18, 2013

Errrr... dah 3 ke 4??

Was-was dalam solat??
Itu perkara biasa.. perkara biasa jika kita tak khusyuk dalam solat.
Semua punca bila time tu la ingat nak itu.. nak buat ini.. semua tu dugaan dari Encik Seth Tan.
At last.. ada la yang was-was.. dah rakaat ke-3 ke atau yang ke-4?


Mi goreng mamak..

Sejuk - yes
Lapar - yes
Malas - yes
Nak cepat - yes
Yang ringkas - yes
End result.. shown below..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...