Beautiful Friends

Monday, November 10, 2014

Dak Cinonet.. mabrook..

Macam beruang yang baru keluar dari hibernasi..
Macam tu la ibarat nyer Ibu sekarang ni.. asyik-asyik lapar and tetiba jugak la pulak sibuk yang tak pasal-pasal.

Hampir setiap hari ada saja la hal nyer. Tak siang.. malam.. asyik ada saja urusan yang mintak "diuruskan". Kut setakat dalam rumah tu biasa. Tapi bila dah terpaksa keluar dari rumah.. aduhaiiiii.. bercinta nyer..

Sabtu..
Anak-anak pi kelas karate. And memandangkan exam dah dekat (actually cerita semalam ni).. Ibu pun kena pi meneman jugak la.

Anyway..
Adat bila nak exam karate.. maka muka-muka yang kita tak kenal pun  tetiba jadi kenal. Yang datang kelas jarang-jaranggggg pun.. tetiba timbul. Tapi itu urusan masing-masing la kan.

Well in this case.. kami pun tidak terkecuali.
Arif memang dah lama enroll for karate class cuma dek hal yang tak dapat dielakkan.. maka dia terlebih cuti la pulak.. bila dah nak exam ni.. pandai-pandailah bawak diri..


Haazem try jugak pagi tu.. try buat apa-apa yang patut.. tapi baru panas badan 10 minit.. kaki dah sakit balik.. pelan-pelan kayuh la anak.. your time will come.. insya'Allah..



Hampir 7 tahun layan karate.. alhamdulillah.. dari tangan yang selembut menarikan tarian lilin.. sekarang Amsyar sudah sampai ke tahap tali pinggang hitam. Insya'Allah.. next Jan.. exam untuk next black pulak.


Muka-muka suci yang baru nak exam for yellow belt. Comel jer kan..

Muka-muka yang akan sit for the exam..
- 4 putih and 3 brown -
(sorang absent la pulak)


Detik yang ditunggu..
Adat la kan.. anak yang exam.. mak-mak yang debar lebih-lebih.. cuma unlike waktu Amsyar and Haazem.. dulu rajin jugak Ibu layan menembak kat sini. Tapi kali ni.. entahlah.. malas la pulak rasanya nak turun dari dewan. So.. ini je la hasil yang Ibu ada untuk kenang-kenangan.. alhamdulillah.. ada la jugak sekeping gambar untuk dibuat revision years to come.

And menjelang selepas isya' malam semalam.. seperti kata Sensei Yahya semalam.. "alhamdulillah Madam.. all BASS". Kat sini semua perkataan mula dengan P akan jadi B. Example. Pepsi jadi Bebsi.. Parking jadi Parking.. etc.

Sosek-sosek..
Ada jugak yang bertanya.. "ada apa dengan karate".
Jawapan.. itu terpulang pada masing-masing la kan. Tapi bagi kami.. karate ni selain a line of self-defense.. ia jugak merangkap disiplin diri. Tapi dah kat sini takda offer "silat" kan.. nak buek camano la kan..

Dan seperti zaman the abang-abang.. soalan wajib.. "Arif nak makan ape?".. Arif jawab.. "nak makan riyash la".

And such Souk Mubarakiyah tempat dituju..




- teh kelat and riyash -
While the abang-abang layan ikan bakar

Alhamdulillah.. rezeki anak.. rezeki Ibu jugak.. dah alang-alang lewat makan tu.. niatkan untuk bersahur la sekali. Pagi nanti kita minum air and kurma 2 bijik cukup laa.

And.. insya'Allah hari ni Ibu puasa bayar nazar pulak.

Okey.. dah jam 5.25am di sini.. patut la buat apa yang "patut" kan.

Ilal liqa' friends..
Jaga diri.. jaga hati..

4 comments:

  1. bagus bila anak-anak belajar karate.untuk kecergasan badan dan disiplin jugak.
    lamanya tak layan makanan Arab..

    ReplyDelete
  2. waah semua hero2 k.sham gempk jer berkaraate..baguslahka suatu aktivti yg sehat..arif nakamek exam jugakyer..good yer rif..)

    ReplyDelete
  3. Dik Salbiah..
    Di sini anak2 Pak Arab semua ganas2.. tu pun antara sebab K.Sham hantar dia org ni ke kelas karate..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Ummu..
    Test karate tu ari Arif dah lulus.
    Lepas ni naik kuning la pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...