Assalamualaikum all..
Okey.. a short one.. ini gambar dari cerita awal tahun 2009.. congak je la dah berapa tahun punya gambar ni.. Godek-godek jumpa pulak balik..
Then..
Kelmarin kami pi repeat semula aktiviti yang sama..
Tempat yang sama..
Tapi sebelum tu..
Sesat ntah kat mana-mana.. ni la angkara kalau 'ngikut' orang. Kita kata kat sini.. tapi dia kata.. 'kat sana'..
At last sampai kat sini..
Apa lagi.. open saprah la kami. Actually mujur jugak ada kawan ni. Kiranya.. kami cuma menambah bekalan apa yang ada jer.. 2 jam bertapa dalam kereta.. lapar gilos babe..
Dah tu ada pulak yang nak belanja 'cis bedebah' ni. Bersempena dengan cerita sebelum ni.. katanya la..
Then lepas makan and sembang-sembang lebih kurang.. kami pun mintak diri dulu laa. Ada yang terus balik.. while kami terus 'berjuang' pi mencari atv.
Alhamdulillah.. pucuk dicita.. atv yang jumpa.
Apa lagi.. sakan la bebudak ni. Price wise.. 1 jam 6KD (dalam RM66.00 la). Tapi berbaloi la.. kut minyak abis.. boleh tambah. Janji.. cukupkan saja tempoh sejam tu.
Tapi..
Ibu tak sempat nak join sekali. Dah senja. Ibu ni pulak jenis rabun. Dari masuk lorong entah mana-mana.. gurun yang entah mana-mana.. ada rezeki.. kita repeat jer la lain kali.
Aktiviti ni pun cuma sesuai masa musim sejuk je. Musim panas.. siapa pulak yang sanggup. Dengan debu.. dengan panas..
Okey.. abis cerita dah.. ada rezeki.. kita cerita yang lain pulak.
Ilal liqa' friend..
baru semalam hero bongsu acik kata..ada tu tu acik tak tau nak sebut apa..acik kata motor 4 roda je...
ReplyDelete80 ringgit sejam katanya..
Masa balik Bachok last year.. ada gak nmpk atv kat Pantai Irama. Tp x sewa pun.. tapi kut RM80.. mahal jugak tu.
ReplyDeleteKat sini panggil motor pasir.. atv.. buggy.. sama je la tu.
Kut Kuwaiti biasa ride dia org lagi besar la.
Yg kami sewa tu.. kecik je. Padan la pulak dgn saiz kita.
bestnya...tempat tu pun cantik.selama ni saya bayangkan negara pasir berdengung ni panas memanjang.rupanya kalau sejuk boleh tahan ye
ReplyDeleteDik Salbiah.
ReplyDeleteSaudi & Dubai la ni dah ada salji.. tho' di kawasan pergunungan la.
Kuwait pulak hanya ada 2 musim.. musim panas & musim sejuk. Dan musim sejuk kami memang "extreme" tp disebabkan keadaan muka bumi.. salji tak sempat nak cecah tanah.
(melalut la pulak)
Anyway.. Kuwait ni ada jugak tempat yg cantik (selain dari mall)..
Insya'Allah.. ada rezeki.. kita share.