Hidup merantau..
Menumpang kasih pada yang sudi..
Menumpang ehsan pada yang empati..
Mereka yang sepertinya anak-anak pada kami..
Mereka yang sepertinya abang-abang pada anak-anak kami..
Hidup merantau jugak.. mengajar kami erti ingat-mengingatkan.. erti bersederhana.. semuanya kerana adik-adik ini..
Jika ada yang terkurang.. ditambah..
Jika ada yang tersasar.. diperingatkan..
Jika ada yang terlajak.. ditegur..
Jika ada yang kurang molek.. diperbetulkan..
Jika ada yang kurang molek.. diperbetulkan..
Usia muda..
Bukan bermakna mereka kurang jati diri..
Bukan jugak bermakna kurang ilmu di dada..
Ada masa.. banyak masa..
Mereka inilah yang menjadi ruang rujuk kami..
Mana yang mampu dikongsi.. dipanjangkan.. agar ilmu jadi lebih barakah.
Dalam banyak keadaan jugak.. adik-adik inilah tempat Ibu menumpang mencurah rasa.. berkongsi hiba.. berseka air mata..
Dalam murung.. ada senyum..
Dalam tangis.. ada manis..
Semuanya kerana keluarga kecil kami ini.
Dalam banyak keadaan jugak.. adik-adik inilah tempat Ibu menumpang mencurah rasa.. berkongsi hiba.. berseka air mata..
Dalam murung.. ada senyum..
Dalam tangis.. ada manis..
Semuanya kerana keluarga kecil kami ini.
Alhamdulillah..
Agar keluarga kecil ini tetap utuh kasih sayangnya..
Kasih sayang 'sesama iman'..
Insan terpilih..
Sejuk mata memandang.. sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan..
Alhamdulillah.. adik kami kini sudah ada yang bergelar.. suami orang