Beautiful Friends

Saturday, February 28, 2015

Insan terpilih..

Hidup merantau..
Menumpang kasih pada yang sudi..
Menumpang ehsan pada yang empati..

Mereka yang sepertinya anak-anak pada kami..
Mereka yang sepertinya abang-abang pada anak-anak kami..

Hidup merantau jugak.. mengajar kami erti ingat-mengingatkan.. erti bersederhana.. semuanya kerana adik-adik ini..

Sakat-menyakat.. usik-mengusik..

Jika ada yang terkurang.. ditambah..
Jika ada yang tersasar.. diperingatkan..
Jika ada yang terlajak.. ditegur..
Jika ada yang kurang molek.. diperbetulkan..

Usia muda..
Bukan bermakna mereka kurang jati diri..
Bukan jugak bermakna kurang ilmu di dada..

Ada masa.. banyak masa..
Mereka inilah yang menjadi ruang rujuk kami..
Mana yang mampu dikongsi.. dipanjangkan.. agar ilmu jadi lebih barakah.

Dalam banyak keadaan jugak.. adik-adik inilah tempat Ibu menumpang mencurah rasa.. berkongsi hiba.. berseka air mata..

Dalam murung.. ada senyum..
Dalam tangis.. ada manis..
Semuanya kerana keluarga kecil kami ini.

Alhamdulillah..
Agar keluarga kecil ini tetap utuh kasih sayangnya..
Kasih sayang 'sesama iman'..




Insan terpilih..

Sejuk mata memandang.. sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan..

Alhamdulillah.. adik kami kini sudah ada yang bergelar.. suami orang

  

5 comments:

  1. hidup merantau kena pandai membawa diri....sentiasa berdamping dengan orang baik2 in sha Allah selamat....

    ReplyDelete
  2. Betul tu SAR....yg disekeliling dah dianggap mcm sedara, mcm adik beradikkan kalau di perantauan ni. Yang bestnya, perantau ni mmg terer terer masak semuanya kan....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Nasa,
    Adik-adik ni tak pernah segan nak menegur kalau ada yang 'sumbang' pada pandangan mata atau lari dari garis panduan sebagai orang Islam.


    Cik Hainom OKje,
    Terer masak tu la.. tapi alhamdulillah.. setakat ni tak ada la lagi yang kena food-poisoning.. ngeee..

    ReplyDelete
  4. semoga adik-adik ni maju jaya dan dapat menyambung legasi ulama' yang ada

    ReplyDelete
  5. Dik Salbiah,
    Insya'Allah.. semoga Allah permudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...