Beautiful Friends

Tuesday, February 24, 2015

Bursa - Sapanca, Turkey..

Assalamualaikum all,

Last day di Bursa.

Kata orang.. orang la yang kata.. 'breakfast is the most important meal of the day'. Kalau kami.. out of 5.. sorang je kut yang 'wajib' sarapan.. hatta walau hanya dengan secawan horlicks tabur ngan nestum. Sapa lagi kalau none other than.. si Manja. Dia kalau perut tak berat.. masalah besar nanti.

And untuk si Polan yang tak boleh makan awal sangat tu.. its okey.. dalam beg Doraemon dah siap bawak stok apa-apa yang patut. 

Tapi bila dah travel ni.. semua kena paksa makan sebab tak tau macam mana keadaan selepas tu.

And pagi tu..
Pak Yusran and family join kami sekali. So at last.. hasilnya..



And akhirnya almost lunch jugak baru kami setel semua. Our ride pun dah sampai.. and perjalanan seterusnya ke Istanbul pulak.

Tapi biasalah kan.. mana sah kalau tak bergambar dulu. Meh.. Ibu belanja sekeping dua bahan bukti.. (4 keping actually)..





On the way turun dari Bursa.. our driver rekomen pi ziarah satu tempat ni. Dekat la jugak dengan apartment kami. Walking distance.. if you have all day.. okey la. Tapi kalau untuk slot-in.. sebaiknya ada ride. Tonggek bontot nak daki bukit babe.

Jom Ibu cerita sambil layan gambar..

Kisahnya..
Pokok ni sangat terkenal di Bursa.
Nama pokok ni Sycamore Tree.
Dah 600 tahun.. dah tua tu babe. Tengok saiz pun dah boleh agak. Cuma since kami datang time winter.. tak ada la cantik mana sangat. But if it in spring.. pokok ni akak redup rendang dengan daun-daun.. plus di bawah tu orang ramai akan dok picnic or layan makan-makan at the nearby restaurant.






Yang best tu..
Kat area ni jugak ada dijual banyak barang-barang art.. and again.. ada yang juling mata.. ada yang tak tahu nak mula kat mana.. faham-faham je la 'siapa' tu..






But..
I always have my list.. masa panjang lagi ni.. takut nanti 'over spend'. Sendiri jugak yang menanggung.


And after an hour.. kami sambung semula perjalanan kami.

I guessed.. mana-mana tour driver pun will have the same trick. Kut tak rajin promote.. sendiri rugi la. And since our driver sangat 'peka'.. dia rekomen kami ke satu kedai 'teh' on our way down from Bursa.

Selling all sort of manisan and teh.. again ada orang tu dah juling mata.. and at the end.. teh delima.. teh epal.. Turkish tea.. semua masuk troli. As well as Turkish delicacies.





And sempat la jugak Ibu ambik gambar Manager of the store. Very cheerful guy.. if I may say.

Then dalam ride.. lagi sekali our driver rekomen satu tempat ni.. Sapanca. Kisahnya kat sini boleh jugak main salji.. boleh jugak nak ski. To those yang takmo pi Uludag.. boleh la ziarah ke sini.

Tapi itu la kan..
Planning is simple.. but in reality.. hanya DIA yang lebih mengetahui. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 2++ hours akhirnya jadi semakin panjang disebabkan cuaca yang kurang baik. And akhirnya kami sampai jugak ke Sapanca. Cuma time tu dah hampir maghrib.. and hujan pulak dah mula turun.

Jom kita cerita pasal makanan pulak. Hope I got all the info right.. kut salah tu.. mintak ampun la ya.. tak habis ngaji tu ari..


Yang macam nasi tu.. actually beras yang separuh masak. So when you chew.. ada la bunyi kruk-krak-kruk-krak..


All the while we're in Turkey.. inilah belacan Turkey yang paling sedap. Ada la rasa pedas sikit-sikit. Sedap dimakan dengan apa cara pun. Dengan roti.. dengan salad.. have it your own way..

Anyway..
Ibu je yang suka-suki panggil belacan. Actual name.. ntah..


Yogurt..
Dia orang ni memang suka sangat dengan yogurt. Might it be yang cair macam susu or yang macam dalam gambar tu. Rasa wise.. errrr...


The soup which Arif having.. is actually my corn soup. Sedap makan dengan roti or just plain soup. Our driver cukup suka hati bila tengok my kids sudi-rela cuba all the Turkish delicacies and food. Tak cuba.. tak tahu kan.

Suka sangat our driver bila Ibu again and again ordered the same soup.. (sejak dari hari baru sampai lagi). Cuma kata dia.. its delicious.. only no protein.. and cheap. Untung la Cik Asben sebab dapat bini pandai berjimat..


Bawang jeruk.. ermmm..


Almost everything in my plate. Leka sangat ambik gambar.. makan pun lupa..


Earlier I asked them.. what is this very nice smell?
Satu restoren bau.. and later they brought me these. A combination of 'fruits' yang produced that particular aroma. Jimat kan.. boleh makan.. healthy.. cantik.. and at the same time acted as penyegar udara.

Lain-lain tu.. biasa saja. Mix-grill.. nasi.. roti kejung.. 

Rugi kut tak menembak..

Kami cuma sempat have our late lunch there. Nak pi ronda-ronda.. tak sempat dah. And alhamdulillah.. sempat la jugak selesaikan hutang 2 waktu.. so since kami tunggu hingga maktu maghrib.. maka by the time sampai Istanbul its already very late.

Rupa-rupanya all the while our driver memang dok perhati peil kami berdua. Dua-dua suka menembak kan. And for that reason la dia rekomen kami singgah ke Sapanca ni. If not for the bad weather.. the result might be as beautiful as these..




Gambar-gambar di atas adalah ehsan Cik Gugel..




But instead.. I only have these..

Tapi apakan daya.. DIA lebih mengetahui.. and setakat itu sahajalah cerita kami untuk hari itu. Later.. bila semua dah selesai solat maghrib.. sambung pulak our travel ke Instanbul.

And jika sampai rezeki.. kita sambung lagi cerita..
Bi'iznillah.. take care friends..

8 comments:

  1. aduhai..cantik sgt
    sy lom sampai ke istanbul
    kapal asik penuh je

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    Kami tunggu 3 tahun utk this trip.
    Kapal tak penuh.. tapi tabung ayam yg tak penuh-penuh..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik dengan food yang menggoda selera tuk menyantap so deliziusss...

    ReplyDelete
  4. IQROZEN,
    Sebenarnya tak banyak yang kami sempat cuba. Maklum sahaja.. tekak anak-anak yang banyak terikat dengan kebiasaan di Kuwait.
    Mak bapak nak saja try.. tapi anak-anak mintak yang sama jugak..

    Acano tu..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya tempat ksham pegi. Dan pokok besar tu, memg tk penh terfikir la boleh ada sebesar dan secantik itu. Subhanallah. Hebatnya Tuhan mencipta alam ini kan.

    ReplyDelete
  6. Su,
    Once while we're in Beijing.. kami pernah tengok pokok bonzai yang usia dah cecah ratus tahun. It was very intriguing.. and to think about it again.. masya'Allah.. memang tak terkata.. cantiknya ciptaanNya. Same goes with the 'pokok besar'.. totally breathtaking..

    ReplyDelete
  7. Kalau 600 tahun sebenarnya tak tua sangat... usia negara Turki tu sendiri lebih dari 800 tahun sebenarnya...

    tempat jualan art tu memang giler cantik... kalau saya memang saya borong banyak benda tu... susah nak dapat kat negara kita esp sarban tu... tu model sarban Sultan Mahmed kan... pehhh giler best....

    cantiknya gambar2 sungai tu... best lah Turki

    ReplyDelete
  8. Najib,
    Jenuh gak nak menembak dalam hujan. Takut lens basah pun ya jugak.

    Sarban Sultan Mahmed tu.. cun kan kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...